Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831245828
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ogos 2010
Halaman: ~ 512
Harga: RM 19.90
~ Rasaku… ~
Membaca karya RAM ni seperti aku menonton filem Starwars je. Watak Aiddin/Rayyan dan Ibrahim/Mij-Gillion sememangnya memerlukan aku berfantasi luar biasa. Baik daripada segi watak, tempat dan laras waktu. Semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini. Mujur juga sudah biasa dididik dengan stail RAM yang akan bercerita dengan tidak mengikut susunan waktu, maka tidak terasa kejanggalannya. Tetapi ada masanya aku perlu juga membelek-belek halaman terdahulu sebab lost hik3 lalala5 :P
Aiddin dilihat sebagai anak muda yang punya segala-galanya. Ada ayah, ibu tiri yang begitu mengasihinya serta datuk yang amat menyenangi dirinya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan daripada Aiddin malah daripada semua isi keluarga Ibrahim. Rahsia susur galur Aiddin dan juga diri Ibrahim sendiri. Siapa mereka berdua dan bagaimana boleh tercampak ke dunia asing iaitu bumi, Malaysia khususnya.
Ya, ini kisah makhluk asing [baca: makhluk fantasi] yang 'melarikan' diri ke bumi dan bagaimana mereka berdua hidup dalam suatu komuniti masyarakat di Malaysia. Tak banyak bezanya hidup di Yuk’kaa mahupun bumi, ada dunia gelap dan ada yang putih. Dan kerana kegelapan itulah Ibrahim membawa waris tunggal kerajaan Yuk’kaa jauh ke dunia lain. Dia tidak mahu warisnya diapa-apakan namun takdir Tuhan tidak dapat dielak.
Ketika usia Aiddin mencecah 21 tahun, dia disahkan menghidap barah otak tahap empat. Tiada apa yang lebih mendukakan buat seisi keluarga tetapi Ibrahim tahu inilah masanya Aiddin akan kembali nun ke sana, di Yuk’kaa. Aiddin meniti sisa-sisa hidupnya dengan melakukan apa saja yang dia mahukan. Salah satunya mendaki Gunung Kinabalu bersama Feena; tunangnya dan juga rakan sekuliah. Impiannya terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.
Insiden kehilangan Aiddin menggegarkan Malaysia. Pelbagai cara digunakan untuk menjejaki Aiddin tetapi hampa kerana semuanya menemui jalan buntu. Hanya Ibrahim tahu ke mana hilangnya Aiddin dan kerana itu dia redha. Lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dan sejak itu berlaku kisah pembunuhan ngeri. Apa kaitannya dengan kemunculan Aiddin?
Kisah di Yuk’kaa memang hebat. Sejarah sebenar kehidupan Ibrahim atau pun lebih dikenali dengan Mij-Gillion; raja terbilang di kerajaan Yuk’kaa. Kisah para penghuni Yuk’kaa yang berlainan bangsa. Kesemua wataknya memang dibina dengan baik, begitu juga dengan peperangan dan perjuangan Rayyan mengembalikan takhta yang dirampas. Terasa aku juga seperti salah seorang daripada bangsa di dunia fantasi itu [berangan! hik3 lalala5]
Itu yang membuatkan aku sanggup menonton kembali Starwars hahaha5 Dan kebetulan ketika membaca novel ini, ada kisah Alien vs Predator di TV2. Wah! Bagai berjanji pula hik3 lalala5 :P
Penghujung cerita ini seperti ada yang tertinggal [mungkin aku je yang rasa begitu kih5]. Kisah di sebalik batu berkilat di Jajahan Karuh itu seperti sengaja ditinggalkan tidak berjawab. Mungkinkah ada kesinambungannya? Tak tahu, tunggu dan lihat saja.
Happy reading (^-<)

2 ulasan:
rasanya cite ni ade sambungan
best kan..betul la rasa mcm rakat yukkaa pulak
Eera Shera,
Ya ke? Ish! Kalau betul memang beli lagi la hehe2
Catat Ulasan