JUDUL: CINTA PERTAMA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Novel banyak mengimbau kenangan sebenarnya [bukan cerita cinta pertamaku ok!]. Ingat lagi aku baca CP ketika berumur 17 tahun. Eh, dah hampir tujuh tahun berlalu dan tak sangka jodoh dengan novel ini masih ada :D Walaupun aku beli hanya buku secondhand tak mengapa, apa yang penting kenangan itu yang tak mungkin bisa dibeli di mana-mana. Dan bila aku dapat je novel ni, sanggup aku tinggalkan novel lain hahaha
Nurul Iman [Iman] anak gadis yang cantik dan manis manakala Carl Zafran [Carl] pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda. Tetapi tak sangka jodoh antara berduanya masih panjang. Mereka bertemu lagi di Chazz Sdn Bhd, di mana Iman ditawarkan sebagai pegawai pemasaran di bawah seliaan Carl; pengurus syarikat tersebut.
Carl lelaki yang sukar dijangka. Ada masanya lembut dan mesra tetapi ada masanya dingin dan beku. Dia memandang rendah akan kebolehan perempuan. Dalam masa yang sama dia menganggap semua perempuan itu sama jahatnya seperti ibunya. Dan sebab itu dia melayan Iman agak kasar.
Projek pertama Iman menemukan dia dengan Pak Tabib atau Ayah Mad [Dr Rahmat], teman rapat keluarga Carl. Iman jadi senang dengan Pak Tabib. Hubungan mereka berdua semakin rapat. Pak Tabib kemudiannya memperkenalkan Iman dengan Pakcik Razali yang juga mahukan pemasangan CCTV di rumahnya. Saat itu Iman bertemu dengan Carl. Memang tak sangka yang Pakcik Razali itu adalah ayah Carl. Pertemuan yang tak disangka itu menimbulkan perbalahan kecil antara mereka berdua.
Iman yang pergi outstation disangkakan merajuk. Carl susah hati. Dan di saat ini baru dia menyedari sudah ada cinta yang bertunas di hati. Sekuat hati Carl untuk mengetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Iman. Dari hari ke hari Carl makin berubah lakunya. Dia menjadi lebih mesra. Semuanya kerana Iman.
Namun cintanya tidak kesampaian bila Iman ditunangkan dengan Muaz; kenalan rapat Dr Afifah; ibu Iman. Memang Iman tak mahu tetapi bila melihat Carl yang terlalu biasa, dia jadi segan. Disangkanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Tetapi siapa tahu luka di hati Carl? Carl terpaksa membawa diri apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya benar benar terseksa.. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?
Iman cuba menyembunyikan rasanya. Dia kini menyandarkan semua harapan pada Muaz. Belajar untuk menyayangi dan menyintai bakal suami. Namun dugaan tiba lagi. Iman bertemu dengan Muaz yang keluar daripada bilik adik tirinya; Miza. Hatinya hancur. Dan ia lebih hancur apabila mengetahui yang Encik Ahmad bukanlah ayah kandungnya. Iman bertindak melarikan diri. Dan di rumah Pak Tabib dia mengadu.
Pak Tabib kasihan melihat Iman yang tak henti-henti menangis. Sudahnya dia menghubungi Carl. Aku suka scene Carl memujuk Iman. Bukan setakat pujuk je siap buat sesi luahan perasaan lagi hik3 lalala5 :P Apa yang pasti kesudahan cerita ini memang best. Terlalu banyak kebetulan yang menjadikan cerita ini lebih manis. Untuk makluman novel ini sudah pun diangkat menjadi drama yang bertajuk 'Tak Tercapai Akalmu' dan pernah disiarkan di TV1.
Ps: Beli online di Syida. Thanks.
Happy reading (^-<)
6 ulasan:
Novel ini akan saya kenang sampai bila-bila walaupun tak pernah baca.
Ada seorang kawan dalam kelas tak gemar saya suka membaca tapi saya hanya tulikan telinga.
Satu pagi ketika kelas belum bermula, dia berteriak pada saya. Katanya " Weh John! Aku beli novel ni". Betul, saya terperanjat.
Sejak itu, kelas saya jadi ulat buku. Permulaan yang baik walaupun mereka hanya sekadar baca novel dan akhbar yang saya bekalkan setiap hari.
Ohh! Kami sama-sama gengster sekolah di puak yang berbeza dan tak boleh berjuma - buku mendekatkan kami.
Sampai hari ini, setiap kali saya melihat novel ini - saya pasti teringat kembali kisah ini.
Siapa kata orang jahat tak baca buku?
Pei Pan,
Pastinya ia kenangan terindah bukan?
Anda berdua didekatkan dengan buku, barangkali ia panahan 'cinta pertama' :D
Eh, semua orang tak kira baik atau jahat pastinya membaca. Paling tidak, pasti ada membaca akhbar :))
Hi there,
I have a inquiry for the webmaster/admin here at gobokairina.blogspot.com.
Can I use some of the information from this post right above if I give a link back to your website?
Thanks,
Peter
Hai Peter,
Sure you can :D
I'm glad to help you
Atas nama allah saya cakap . Buku ni best gila . Jujo saya cakap saya bukan jenis yang suka baca novel . Kalau baca novel pun separuh suku je.tapi novel ni dalam masa satu hari je saya habis baca . Dah 3 kali saya ulang baca buku ni . Tapi yang kali kedua n ketiga tu saya just baca part iman n charl je . Sbb sweet n kalakar
Marisa Azmi ,
Hehe.. memang minat sungguh ni sampai 3x baca :))
Mereka memang sweet couple kan dalam novel ni?
Catat Ulasan