JUDUL: BIDADARI HUJAN
PENULIS: NOOR AZZAHRA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING
PENULIS: NOOR AZZAHRA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING
~ Rasaku… ~
Kasihan itu salah satu cabang cinta! [Blurb novel]
Aku dapat banyak komen daripada rakan-rakan FB bila meletakkan potongan ayat di atas. Ramai yang berpesan jangan bercinta kerana kasihan. Oh! Begitu kah? Tetapi rasanya dalam novel ini kasihan itulah puncanya pada cinta. Yang membawa kepada bahagianya rasa jiwa pada dua insan yang sudah cukup derita. Menariknya cerita ini diceritakan dari sisi seorang lelaki. Jarang berjumpa dengan penulis yang berani meletakkan 'aku' itu di watak lelaki. Jadi syabas untuknya :D
Rain seorang lelaki awal 30-an. Mempunyai paras rupa yang kacak dan berkerjaya membuatkan dia lupa pada cinta. Namun pertemuan dengan Qamalia [Lia] sewaktu Lia menumpangnya di masa hujan membuatkan Rain jatuh cinta. Gadis berusia 21 tahun yang dianggap Bidadari Hujan itu sudah berjaya mencuri hati Rain. Dan pastinya Rain lelaki yang paling bahagia apabila cinta yang dihulurkan mendapat balasan.
Kisah cinta Rain-Lia kelihatan manis dan memang nampak seperti pasangan yang paling secocok. Namun siapa tahu takdir mengaturkan sesuatu yang lain. Rain dipaksa menerima calon isteri pilihan keluarganya. Sudah puas memujuk tetapi dia gagal. Sudahnya saranan membuat istiqarah diturutkan. Dan mimpi Rain yang bertemu seorang lagi Bidadari Hujan membuatkan aku makin tak sabar untuk mengetahui kehidupan Rain selepas itu.
Berkahwin dengan Sufi Sofea [Sufi] bukanlah angannya. Jadi dia memilih untuk menyakiti hati isteri sendiri. Kasihan Sufi! Layanan baiknya tak pernah dipeduli. Rain buat Sufi bagai tak wujud je di rumah mereka. Namun hati Rain tertanya-tanya, tak berperasaankah Sufi? Bagaimana gadis itu masih bisa tenang dan tersenyum? Malah tidak sedikit pun keburukan Rain diceritakan pada keluarga mereka.
Kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa Sufi membawa Rain mengenali sisi lain Sufi. Gadis yang selalunya tenang itu sudah tiada di matanya. Sebaliknya kini Sufi sudah pun kalah dengan air mata. Keceriaan dan semangat Sufi turut dibawa pergi. Rain menjadi serba-salah. Kasihan beraja di hati bila melihatkan air mata Sufi.
Bermula saat itu, Sufi sudah jauh berubah sehinggalah Sufi jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Penemuan diari Sufi menyingkap rahsia hati seorang isteri. Barulah Rain mengerti akan sengsaranya Sufi dengan perkahwinan ini. Malah rahsia hidup Sufi sebelumnya turut diketahui. Dia merasakan dia sudah banyak berkorban, tetapi yang nyata Sufi lebih besar pengorbanannya.
Rasa kasihan itu akhirnya menjadi kasih. Rain sudah boleh menerima Sufi sebagai isterinya. Tetapi Sufi pula sedia mengundur diri kerana baginya bila ibu bapanya sudah pergi bermakna tiada lagi hati yang perlu dijaga. Ha, waktu ni baru si Rain tu tak senang duduk. Angau pada isterinya mengalahkan rasa angau pada Lia dulu. Paling kuingat masa doktor lelaki cek degupan jantung Sufi, ketekunan doktor itu saja dah berjaya membangkitkan rasa cemburu di hati hahaha
Yang pastinya ending kelihatan manis sekali. Suka sangat! Sebagai penulis baru, aku kira ini adalah buah tangan yang amat bagus. Lain daripada yang lain :D Ada masanya terasa penulis ini combination of two writers; Hlovate yang santai dan sempoi dengan Kak Su yang manis berpuitis. I’m looking forward your next novel :))
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
cambest je!
nk beli gak la! hik2
tp syg skrg ni aku mcm xde ms utk novel.. :(
p/s: cik rina, blh x ko bt pop-up window kt blog ko ni, bkurun kot aku nk bg komen...huk2..asek kne refresh dr td..
fira hilwa,
best tau, ceritanya masam2 manis hahaha
ala, kau baca slow & steady la... sikit2 lama2 habis la tu :))
Oh! Ya ke? Aku tak perasan pula before this. Takpe, aku dah ikut saranan kau tu. Thanks fira :D
hik2...sama2. ;D
tp siyes r rs nk bli novel ni ;)
beli jangan tak beli hehehe :))
Catat Ulasan