JUDUL: TIADA YANG KEDUA
PENULIS: SANIA YASMIN
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: SANIA YASMIN
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Dalam novel pertama Sania Yasmin bersama Alaf 21, masih lagi mengekalkan kisah cinta romantis. Hairan juga pada mulanya melihatkan nama penulis, lepas tu bila diteliti barulah tahu ohhh… Kak Sarnia rupanya! :))
TYK kisah kahwin paksa. Siapa yang suka genre ini pastinya boleh membelinya sebagai koleksi. Tetapi bagi aku, kisah DDI lebih memorable. Plot dalam DDI lebih menarik dan lebih kuat tetapi cerita ni pun boleh tahan juga.
Shira berkahwin dengan pilihan keluarganya. Sebagai anak yang baik, dia gembira dengan perkahwinan itu walaupun tak kenal langsung dengan pasangannya. Padanya apa saja yang menggembirakan ibu bapanya, dia akan rasa gembira. Shira ni kiranya family type dan dia tersangatlah rapat dengan kedua ibu bapanya.
Tetapi hati Shira hancur bila mengetahui yang Imran; suami yang baru saja menikahinya tak pernah setuju dengan perkahwinan mereka. Semuanya dibuat kerana ayah dan ibunya. Malam pertama yang diharapkan sebaliknya dia diberitahu yang Imran akan menceraikannya selepas 2 tahun kerana Imran sudah punya pilihan hati.
Hati mana yang tak terluka mendengarkan pengakuan sang suami? Namun Shira masih menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan sebaik mungkin. Tetapi dia seboleh mungkin mengelak daripada terlalu rapat dengan Imran. Dia tak mahu menjalinkan sebarang perhubungan dengan Imran.
Sepanjang tempoh mereka berkahwin, Imran mula menyedari akan kebaikan isterinya. Dia mula membandingkan isterinya dengan Niza; kekasih hatinya yang lebih kaya dan manja. Nampaknya Shira menang dari setiap segi. Disebabkan itu Imran cuba mengubah pendiriannya. Dia mula belajar untuk menerima Shira sebagai isteri. Shira dipikat dan dicurah kasih sayang sepenuhnya.
Niza yang kecewa mencari Shira. Sengaja mempergunakan cintanya untuk mengugut Shira. Antara percaya dengan tidak, rupanya 2 tahun seperti yang dijanjikan sudah tiba. Shira berperang hebat dengan perasaanya, makin keliru. Dalam diam dia lebih rela pergi kerana tak sanggup mendengar lafaz perpisahan yang bakal Imran ucapkan.
Imran yang terlalu menyayangi Shira terdesak untuk mencari isterinya. Perasaan bersalah dan kesal yang menggunung apatah lagi Shira ketika itu masih lagi dalam keadaan sedih kerana kehilangan ibu dan ayahnya. Nasib Imran baik kerana mempunyai adik ipar yang cukup memahami. Shira ditemui dan Imran berjanji yang tiada lagi Niza dalam hubungan mereka.
Kebahagiaan pasangan ini sukar bertahan lama kerana sikap Imran yang terlalu cemburu. Cemburu butanya menyebabkan Shira mula menjauh dan akhirnya sekali lagi Shira pergi meninggalkan Imran. Kali ini Imran semakin parah kerana perginya Shira bukannya seorang malah membawa anak mereka sekali.
Bagaimana kesudahan kisah Imran-Shira? Siapa pula Rizal yang menjadi papa pada Rina; anak Shira? Ha, kenalah cari dan baca novel ni :P
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
perghh menarik ni..nak beli gak ni....
aku tgh cr MURNI KASIH, hahahahah x jumpe2 novel ni
Yakuza Merah,
Beli Ain jangan tak beli hahaha
Eh, Murni Kasih by Norhayati Berahim ke? Kalau payah sangat kau beli online je kat website NB Kara tu.
Tapi kalau kau rajin, kau pergi lah Minerva Jalan TAR, leh dapat diskaun 20% hehehe
Catat Ulasan