Acik Lana
ISBN: 9789671163504
Penerbit: Acik Lana – Self Publishing
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 674
Harga: RM33
~ Rasaku… ~
Andai mampu aku putarkan putaran dunia [blurb novel]
Sayangnya kita memang tak akan pernah mampu berbuat sedemikian. Apa yang bisa dilakukan adalah untuk terus maju ke hadapan. Dan itu pun bukan mudah melaluinya, tetapi itu harga yang perlu dibayar oleh Bunga untuk menebus setiap kesalahannya dulu. Kerana kealpaannya, dia hanyut dalam godaan Karl Hakimi [Karl]. Hanya sekali tetapi keterlanjuran yang sekali itu lah membuatkan Bunga hilang segala-galanya.
Bunga dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan kemudiannya Karl hilang tanpa dapat dikesan. Mudah kan lelaki untuk cuci tangan? Haihh...moga-moga adindaku memahami mesej yang tersirat. Jangan hanya pandang kisah romantica-de-amor saja.
Pertemuan Bunga dan Karl selepas bertahun-tahun hanya menambah bara yang terpendam. Senang benar lelaki itu tiba-tiba muncul dan meminta maaf. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Sedangkan Bunga selama ini terkontang-kanting membela maruah diri yang tercalar. Wah! Terasa aku emo lebih di sini *wink*
Namun bagaikan sudah sebati dalam hidup sang kasanova, mengalah bukan ada dalam prinsip Karl. Dia harus mengejar kembali sang bunga idaman. Dan saat itu dia mengerti. Bukan hanya keterlanjuran yang menjadi isu, ada banyak sebab mengapa Bunga membencinya sepenuh hati.
Karl cuba membaiki keadaan. Buat pertama kali mahu bertanggungjawab dengan Bunga. Memang bukan mudah, apatah lagi benci, dendam dan luka di hati Bunga makin parah. Tetapi Karl tak pernah jemu mencuba. Apatah lagi dengan kehebatan Elman; bos Bunga yang segak dan kaya-raya itu buat Karl rasa tergugat. Dia perlu bertindak segera. Apa cara sekalipun harus dilakukan, yang pasti mahukan Bunga kembali di sisinya.
Aku menyenangi gaya penulis ini. Alunan bahasanya tersusun indah. Mudah buat aku tertarik dan tergoda. Opps! Tapi maaf ya! Kali ini aku lebih banyak melangkau baca. Mungkin kerana aku bosan dengan adegan tarik tali si Bunga [padaku punca kenapa novel ni tebal]..atau novel ini hadir ketika lambakan kisah terlanjur di pasaran. Jadi aku mengharap lebih daripada penulis. Slot keinsafan Bunga dan Karl Hakimi misalnya yang perlu ditekankan kerana isu terlanjur dan pembuangan bayi sudah dijadikan pokok cerita.
Walaubagaimanapun tahniah buat penulis. Dengar khabar, tak putus-putus order yang diterima untuk keluaran edisi terhad ini. Pasti saja pengorbanan yang dilakukan untuk menerbit sendiri novel ini berbaloi-baloi bila ada penyokong tegar. Selamat maju jaya!
Happy reading (^-<)