Seteguh Fayqa
Hanina Abdullah
ISBN: 9789670567358
Penerbit: Penulisan2u
Tarikh Terbit: Julai 2014
Halaman: 776
Harga: RM29
~ Rasaku… ~
Rasanya macam aku lompat kijang. Buku kedua
tak baca lagi tapi pilih yang ni dulu... mungkin sebab aku ada baca sikit snippet
cerita ni di blog penulis.
Full review: 22/01/2015
Masih lagi dalam mood
menyelesaikan review yang tertunggak hahaha.
Ternyata Hanina
Abdullah adalah antara penulis baru yang aku suka dan tak akan fikir panjang
tentang bukunya. Nampak saja, capai dan terus bayar di kaunter.
Dan, jujurnya aku
lebih sukakan karyanya yang ketiga ini. Pergolakan rasa seorang Fayqa Lara
Lyana [Fayqa] dapat dirasa walau ada ketikanya ‘kosong’ tapi ia masih tak
mencacatkan rasa itu. Ditambah pula dengan kehadiran jeneral sengal yang bukan
saja mengucar-kacirkan perasaan Fayqa, malah aku jua.
Bukan mudah untuk
Fayqa menyusun atur hidupnya bila saja nyawanya hampir turut melayang akibat
daripada pergeseran yang dilalui oleh Dzahim. Mahu atau tidak, dia kini perlu
duduk sebumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain gara-gara peristiwa hitam itu.
Kalau ikutkan mudah
saja ‘berkampung’ di rumah keluarga tuan haji yang meriah itu. Tapi, semuanya
menjadi tidak mudah bila perlu berdepan dengan Dzariff; si abang Dzahim yang
sentiasa berprasangka dengan Fayqa. Yalah, tiba-tiba seorang gadis yang entah
dari mana masuk ke dalam keluarganya, memanglah dia tak memahaminya.
Tapi dalam pada itu,
ada getar yang melanda. Fayqa dan kemisteriannya mengikat rasa. Namun sukar
untuknya menebak perasaan Fayqa yang agak keras itu. Cuma nasib amat
menyebelahinya. Si gadis idaman berjaya disunting menjadi isteri. Yay!
Maka bermulalah
segala-galanya. Konflik datang sikit demi sedikit. Yang aku suka, seperti novel
terdahulu watak heroin selalunya cekal dan keras hati. Begitu juga dengan
adanya watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Adik-beradik si jeneral
sengal yang boleh tahan havoc-nya. Funny!
Aku tutup buku dengan
senyum yang meleret di bibir. Kudos Hanina!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan