PENULIS: ZAHARAH NAWAWI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD (2007) / BERITA PUBLISHING (1981)
~ Rasaku… ~
Novel ini diklafikasikan sebagai 'Novel Nostalgia' oleh pihak Alaf 21. Aku kira satu inisiatif yang bagus untuk memelihara karya-karya terdahulu. Kalau tidak, aku sendiri tidak akan tahu kewujudan karya-karya ini. Kalau tahu pun, pastinya aku tercari-cari di mana mahu mendapatkan novel yang sudah pastinya lahir sebelum kewujudan aku hik3 lalala5 ;P
Kisah Dali dan Tijah yang berkahwin dalam usia yang muda. Mereka merupakan teman sepermainan semenjak kecil. Mereka memulakan kehidupan suami-isteri dengan menjadi peneroka muda di tempat yang belum bernama [memang tak bernama – page 17]
Kehidupan mereka pada mulanya aman bahagia walaupun hidup tak begitu mewah. Namun bila kawasan teroka mereka terbakar, ia telah melenyapkan segala impian Dali. Dia mula berasa kerjanya itu tidak langsung membantunya, dalam diam dia bertekad untuk keluar mencari kerja nun jauh ke tanah Singapura. Walaupun dihalang oleh Tijah, Dali tetap berdegil. Dali mahukan Tijah dan anak mereka Dahlia untuk hidup senang. Akhirnya dengan hati yang berat, Tijah akur. Sang suami dihantar dengan diiringi doa dan air mata.
Sepeninggalan Dali, Tijah mendiami tanah mereka. Dia meneruskan usaha-usaha suaminya yang terbengkalai. Pelbagai peristiwa berlaku namun Tijah seorang wanita yang tabah. Tak siapa menduga Tijah boleh duduk di tengah-tengah hutan seorang diri. Dashyat sungguh! Tapi paling kagum masa Tijah berdepan dengan harimau. Petua orang tua-tua; jangan membelakangkan harimau. Kita mesti terus menghadap dan merenung anak mata harimau. Aduh, aku yang cemas masa baca sebab boleh bayangkan bagaimana rupa harimau buas.
Dali di Singapura ditangkap polis kerana tidak mempunyai pas kerja. Kasihannya… padaku, kalau dia duduk je kat tanah teroka lebih bagus. Lagipun, kesian dengan Tijah yang tinggal seorang kat dalam hutan. Memanglah ada jiran, tapi bayangkan je la zaman dulu. Jarak dari satu rumah ke satu rumah boleh buat padang bola je kat tengah-tengah hik3 lalala5
Ending? Cerita yang menggunakan bahasa yang mudah dan straight forward ni menjanjikan penamat yang indah ;D Aku teringin mendapatkan lagi tulisan penulis ini. Khabarnya Anugerah (1995) merupakan novel terpanjang di Malaysia.
Ps: Beli secara online. Credit to Syida ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan