Aisya Sofea
ISBN: 9831242165
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 8 - 2008
Tarikh Terbit: Cetakan 8 - 2008
Halaman: 496
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Jujurnya ini adalah antara bingkisan terbaik oleh AS. Sungguh, aku tak tipu sebab berbanding dengan novelnya yang lain, aku paling menyukai A&H.
Jalan cerita ini mudah sahaja. Kisah Ain Hawani yang ditangkap basah dengan Adam Mukhriz. Mereka berdua dikahwinkan tanpa kerelaan Ain. Apa yang lagi menyedihkan, rayuan dan penjelasan Ain tidak dipeduli. Malah Adam diam membisu, seolah-olah membenarkan segalanya yang berlaku. Ain bertindak menyalahkan Adam yang pengecut. Kecewa dengan perkahwinan tanpa relanya, dia membawa diri jauh ke luar negara.
Setelah lapan tahun, Ain dan Adam dipertemukan di depan Masjidilharam. Pertemuan yang dianggap rahmat oleh Adam tetapi tidak pula Ain. Rasa sakit hati dan bencinya terhadap Adam masih terpendam. Lagipun Ain merasakan hubungan suami isteri yang mengikat mereka sudah lama berakhir. Dia tidak mahu berhubungan dengan Adam lagi.
Tetapi siapa yang tahu rahsia hati Adam. Setiap saat rindunya melimpah. Dibiar sepi tanpa berita, Adam tetap setia menanti Hawanya. Dan di sini bermulalah saat-saat Adam kembali mengejar cinta sang isteri. Dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga, Adam jadikannya sebagai azimat. Bukan mudah untuk melunturkan rasa benci, namun Adam pasrah. Selagi dia berdaya, dia tak mahu melepaskan Ain buat kali kedua.
Sejak pertemuan itu, hati Ain mula berubah. Ada rasa yang mengintai, tetapi dia cuba menafikannya. Sampai bilakah dia harus berlari? Benarkah dalam hatinya tiada langsung rasa cinta buat Adam? Saksikan kesudahannya dalam novel romantis ini.
Secara peribadi, aku sangat menyukai setting yang menjadi pertemuan kembali pasangan ini. Begitu juga dengan kerjaya Adam sebagai juruterbang. Bukan mudah untuk penulis membuatkan para pembaca percaya dengan apa yang ditulisnya. Namun AS berjaya melakukannya.
Aku dah tak sabar menantikan saatnya kisah ini diaptasikan ke drama. Dengar cerita heronya sudah ada - Aaron Aziz. Untuk watak Ain tak pasti pula. Sejujurnya aku menggemari Tiz Zaqyah. Rasanya Tiz sesuai untuk membawa watak Ain daripada remaja, kemudiannya menjadi wanita dewasa. Daripada bertocang dua, kemudiannya memakai tudung. Apa pun mari kita sama nantikan saatnya. Bicara Hati pun dan nak keluar, Januari 2012 :D
My love for you dies when the last petal of these roses falls – Adam Mukhriz
Ada sesiapa nak berikan aku roses? Oh! Please... angau overload kih5
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
whoaaaa.....kakchik juga suke A&H..antara karya yang paling suke...how kesenyapan Adam tu ada nilai yang tidak tergambar & Masjidilharam tempat pertemuan...dan juga kekhilafan Ain ketika berhubungan dengan Johan (betul ke ni eh)...suke cara AS menghurainya...:)
aime_afifah,
Ya, saya pun suka. AS memang superb dalam kisah A&H :D
Catat Ulasan