Gelora Asmara
Haryani Kamilan
ISBN: 9789833669370
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2008
Halaman: ~ 528
Harga: RM 18.90
~ Rasaku… ~
GA membawa kisah si mata keranjang; Tengku Ryan [Ryan] yang mula memperbaiki diri sendiri setelah terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya koma. Sebaik saja sedar dia pula disahkan mengalami komplikasi pneumonia akibat daripada gaya hidupnya yang kuat mengambil minuman beralkohol dan merokok ditambah pula dengan kecederaan yang dialami ketika kemalangan. Kesemuanya membuatkan Ryan mula menginsafi diri sendiri.
Sebagai lelaki yang kacak dan mempunyai harta peninggalan yang banyak memang sudah cukup melekakan Ryan. Dia digilai oleh ramai wanita sekaligus Ryan makin asyik dibuai nikmat duniawi. Tanggungjawabnya ditolak tepi, apa yang penting enjoy! Dan itu membuatkan ibu saudaranya; Engku Zabedah dan Lokman mengambil kesempatan untuk merampas segala hartanya. Dendam dan sikap iri hati sudah lama bersarang dalam diri dua beranak itu. Ryan yang sememangnya hanyut dengan keindahan sementara tidak pernah mengesyaki apa-apa. Padanya Engku Zabedah dan Lokman adalah tempat untuk bergantung harap.
Dalam keasyikannya dengan hal-hal duniawi, Ryan bertemu dengan Jelita. Jelita ada aura yang tak bisa ditepis. Gadis manis itu tidak begitu mengendahkannya namun tetap dikejar tanpa lelah. Jelita menolak cinta yang dihulurkan oleh Ryan. Padanya lelaki hanya tahu menyakiti. Sepertimana kegagalan perkahwinan ibunya dulu, Jelita telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya.
Ryan berasa tercabar. Sehabis daya dia cuba untuk memikat Jelita. Dan tiada siapa menduga disebabkan Jelita, Ryan telah ditimpa kemalangan. Dan setelah itu segala-galanya berubah.
Mampukan Ryan berubah? Sempatkah dia memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dulu? Dan benarkah Jelita tiada langsung rasa pada Ryan walau sebesar hama? Cuba baca kisah Ryan ini, menyelami dan memuhasabah diri. Manusia itu sentiasa diberi ruang dan peluang. Tetapi hakikatnya kita masih tak sedar diri, sebaliknya sibuk memberikan 1001 alasan.
Happy reading (^-<)

4 ulasan:
Cuma terfikir...kenapa penulis sekarang suka guna nama ala-ala Mat Saleh [ke T. Ryan ada darah kacukan?] dan...watak perempuan mestilah serba-serba lengkap.
(teringat Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim)
Blog baru saya: http://plaktis.blogspot.com
Pei Pan,
Memang dah macam trend. Nama watak mesti glamour sampai terbelit lidah nak menyebutnya hahaha5
Kalau tak salah, NB masih lagi menggunakan nama watak yang biasa2. Simple dan mudah, seperti Nurul Ain & Zarul [HSW]
Saya maksudkan jalan cerita novel ini dengan HSW seperti ada persamaan. Jalan ceritanya sahaja [nama wataknya tidak].
Patutlah nama bayi moden semua panjang belaka - pengaruh novel agaknya.
Pei Pan,
Ohh :)
Itulah orang zaman millenium katanya hehe2
Catat Ulasan