Faisal Tehrani
ISBN: 9838934143
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2000
Halaman: ~ 288
Harga: RM 15.90
~ Rasaku… ~
Secara ringkas, CHHR adalah kisah cinta pada hari-hari rusuhan. Namun ia bukan hanya kisah cinta Basri dan Tengku Valizah. Ia turut membawa kisah perjuangan para mahasiswa ketika di zaman 70-an.
Menyingkap di tahun 1974, Malaysia ketika itu di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak. Kita diperkenalkan dengan Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang mana penyusunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan sedang giat dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Namun tak semua nasib rakyat dibela. Masih ada yang tertindas dan mahasiswa inilah yang bangun memperjuangkan nasib golongan marhaen.
Semangat Basri, Tengku Valizah dan rakan-rakan seuniversiti [UM] begitu membara, berkobar-kobar untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuatu isu. Mereka berdemonstrasi dan berkumpul dengan harapan suara dan permintaan mereka mendapat perhatian. Demonstrasi bukanlah jalan mudah tetapi ia memang dapat memancing sokongan ramai. Ketika itu para pelajar UM bersama-sama UKM, USM, ITM dan beberapa institusi lain bergabung tenaga. Kemaraan mereka tidak dapat ditahan lagi, apatah lagi dengan sokongan beberapa pensyarah di universiti masing-masing.
Dari Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Jalan Travers, Padang Kelab Selangor hinggalah ke Masjid Negara telah menjadi saksi kebangkitan para mahasiswa. Laungan dan sorakan bercampur-aduk dengan FRU, polis dan air pemedih mata. Ada yang ditangkap dan ada juga yang meloloskan diri tetapi tiada seorang pun yang terlepas. Hanya Basri yang berjaya melarikan diri ke Singapura kemudian ke Batam dan Sydney, menuju ke Paris dan langsung ke kota London.
Menjadi pelarian di bumi London bukanlah mudah. Dia dikejar dengan bayang masa lalu, terutamanya rasa cinta yang terkubur. Padanya Tengku Valizah adalah pengkhianat cinta. Mengingkari janji taat setia dengan berkahwin dengan Raja Hishamuddin. Tetapi dia juga tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh Tengku Valizah. Dan kemunculan Basariah dua puluh tahun kemudian menimbulkan tanda tanya. Gadis muda itu ada iras-iras Tengku Valizah. Apa kesudahannya?
Ketika membaca kisah ini ada sesuatu yang menganggu aku. Lompatan masa dan plot. Dalam satu muka, kisah Basri dan tiba-tiba muncul Basariah. Tiada perenggan khusus. Jadi ada masanya aku kena ulang baca beberapa kali kih5
Memetik catatan FT;
Semua orang ada nostalgia yang mengotor dan mencantikkan kanvas hidup mereka [page 89]
Agaknya, yang mana paling banyak aku lakukan? Mengotor atau mencantikkan? :P
Happy reading (^-<)

2 ulasan:
aku cuba untuk mencantikkan :D
aku baca review kau ni pun aku rasa macam tak boleh masuk je dengan novel ni. bukan sebab review yang kau sampaikan tapi kerana ianya berkaitan dengan subjek SEJARAH! hahaha
MissF,
Hahaha mari2 kita mencantikkan 'kanvas hidup' :P
Sejarah yang kita lupakan hehe2 Aku pun tak tahu kenapa aku boleh habis baca, mungkin kerana aura FT. Dia ada 'sesuatu'!
Catat Ulasan