JUDUL: PERGILAH AIR MATA
PENULIS: HANNI RAMSUL
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: HANNI RAMSUL
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
~ Rasaku… ~
PAM membawa kita menyelongkar kisah cinta selepas kahwin. Kisah cinta yang penuh air mata ini pastinya berliku. Baik buat Sabrina, Badrul, Ikmal dan Dayana serta tak terkecuali Maria.
Perkahwinan Sabrina dan Badrul bukanlah satu rancangan. Tak pernah terlintas di fikiran Sabrina untuk beralih kasih daripada Ikmal; tunangannya. Malah Badrul sendiri tak pernah menduakan cintanya pada Dayana. Namun, kerana kesilapan Sabrina yang tersalah masuk ke bilik Badrul, mereka ditangkap basah. Tak mahu cerita ini heboh, Badrul dipaksa oleh Datuk Hamidi untuk berkahwin dengan gadis yang tak pernah dikenalinya.
Sabrina yang cuba membela diri tidak dipandang. Sebaliknya dia dituduh wanita murahan. Ikmal sudah tidak mempercayainya malahan menyalahkannya dan Maria pula mula menjauh. Pertunangan diputuskan. Kerjanya diberi pada Maria, malah tempatnya sebagai tunang Ikmal juga diambil oleh Maria. Waktu ni aku terbayangkan, mungkin Maria yang rancang semua ni [sikap berprasangka buruk ini jangan ditiru hahaha]
Walaupun diberi ruang untuk bersuara namun tiada yang ambil peduli. Kasihan Sabrina! Pasrah, dia akhirnya rela dalam paksa menjadi isteri kepada Badrul. Badrul menyimpan dendam. Kebenciannya juga tak pernah surut. Kata-kata nista sering saja diungkapkan kerana perkahwinan dengan Sabrina meranapkan impiannya untuk memiliki Dayana. Sabrina yang tahu dirinya tidak pernah diterima membuka jalan. Dia mengizinkan Badrul berkahwin lagi, dengan Dayana pastinya pilihan hati. Dalam diam, bila itu yang berlaku hati Sabrina mula berkocak. Dia tak tahu apa yang sedang bergolak dalam hatinya. Melihatkan indahnya hubungan suami dan madunya dia terseksa.
Pelik dengan kelakuan sendiri, Sabrina bertindak menjauhkan diri. Dia sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Badrul. Namun Badrul pula mula terkenangkan isteri pertamanya. Pastinya keizinan Sabrina untuk dia berkahwin dua tidak dilupakan. Perlahan-lahan dia mula berbaik-baik dengan Sabrina. Dalam benci sudah ada rasa suka dan dalam diam cintanya sudah terbelah dua.
Di penghujungnya konflik pasti tercetus. Salahkah Sabrina kalau dia jatuh cinta pada suami sendiri? Kesibukan Dayana pula bolehkah dijadikan alasan untuk Badrul tawar hati dan kemudiannya mencari Sabrina sebagai peneman? Atau memang benarkah Sabrina adalah pilihan kedua sekiranya Dayana tiada di sisi Badrul? Persoalan terakhir, siapakah menjadi dalang pada kes tangkap basah Sabrina dan Badrul?
Keseluruhannya aku rasa penyampaian PAM lebih kemas berbanding BYMB. Malah cerita ini lebih beremosi mungkin kerana rasa simpati pada watak heroin yang asyik berendam duka. Cuma ada beberapa typing error yang sepatutnya boleh dielakkan. Pada mereka yang pernah membaca karya ini di laman Kak Hanni suatu masa dulu, aku cadangkan dapatkanlah novel ini. Rugi la kan kalau dah baca hampir separuh tapi tak baca apa kesudahannya. Dalam cerita ni timbul juga Firdaus dan Adiya. Rindu pula pada pasangan sejoli tu hik3 lalala5 ;P
Ps: Tahniah di atas kelahiran novel kedua ;D Novel ni memang tebal!
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
da beli tp xsmpat bace lagi...:-)
LaDolce vs CN,
cepat2 baca, pastinya seronok! ;D
Ada jual lagi ke dekat mph?
Tanpa Nama,
Tak pasti. Tapi di website Kaki Novel tu ada je rasanya ;D
Catat Ulasan