JUDUL: MULANYA SATU CINTA
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Sebaik membuka halaman pertama aku dah rasa seronok! Seronok membaca cerita yang santai begini. Penulis menggunakan ayat yang biasa-biasa, yang mudah nak dihadam dan cukup releks. Pendek kata ia bacaan yang cukup menghiburkan hatiku, malah macam dah terkena penyakit sengih-kerang-busuk je sebab jalan ceritanya yang cukup manis ;D
MSC mengisahkan Eddy Ezli [Ezli], seorang duda beranak satu yang sudah pun mengeraskan hatinya untuk menerima kehadiran mana-mana perempuan dalam hidupnya. Kesan pahit akibat kecurangan isteri yang dikasihi, Khairina membuatkan Ezli berhati batu untuk mencari peganti.
Kehidupan Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya menyatakan hasrat untuk pulang terus ke kampung, Ezli kelam-kabut. Memang dia tak mahu ada pembantu rumah tetapi dengan pemergian ibunya pada siapa lagi dia harus tinggalkan anak kesayangannya; Afizan [Afi]. Dengan hati yang cukup berat, dia akur dengan kehendak ibunya. Seorang pengasuh sambilan diambil.
Iryanie; seorang pelajar UiTM yang perlu mengulang satu lagi paper diambil. Itu pun ibu Ezli yang uruskan. Sememangnya ibunya dah berkenan dengan Iryanie tu hahaha Bila bertemu, Ezli tercengang! Mana taknya dia baru je berperang dengan gadis tu beberapa hari sebelumnya gara-gara Iryanie yang melanggar kereta kesayangannya. Iryanie pula menerima kerja itu kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abang iparnya; Zamri. Lagipun kerjanya senang dan amat bersesuaian dengan waktu kelasnya.
Hari-hari Iryanie sebagai pengasuh Afi bukannya mudah. Apalagi perlu berdepan dengan singa segarang Ezli. Kecut perut, takut-takut berani Iryani gagahkan juga. Boleh dikatakan dia terpaksa menelan tiap kata-kata sinis dari Ezli. Namun itu semua tak diendahkan. Iryanie seronok melakukan kerja hariannya di samping si cilik Afi. Hubungan mereka mudah mesra malah semakin rapat bila Afi dengan selesa memanggil Iryanie dengan ‘mama’.
Tanpa sedar hati Ezli makin terbuka bila melihat keakraban anaknya bersama-sama Iryanie. Malah ibunya sendiri amat menyenangi gadis itu. Dia akhirnya tak dapat menolak yang cinta sudah mula bertunas di hati. Namun, kemunculan Khairina secara tiba-tiba dengan niat untuk merampas kembali Afi membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara yang digunakan sehinggalah menuntut hak penjagaan anak ke mahkamah. Khairina ni ada masanya bodoh juga. Dah tentu susah dia nak dapatkan Afi balik sebab dah terang-terang dia yang tinggalkan anaknya dulu.
Adakah Ezli sanggup berpisah dengan anak manjanya? Sempatkah dia menjadikan Iryanie permaisuri baru di hatinya sekaligus melengkapkan rumah impiannya? Afi pula bolehkah menerima Khairina sebagai mamanya sedangkan dalam hati kecilnya dia sudah punya Mama Iryanie? Dan Iryanie, mengapa pula tiba-tiba je boleh beralih pada Zamri? Baca untuk tahu kesudahan cerita ini ;D
Ps: Novel yang dah berulang kali aku baca, baru kini ditayang di sini. Novel ni pun dah selamat terbang ke rumah makcikku, baru-baru ni masa ke sana aku sempat baca sekali lagi dan terus snap cover ;D
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan