JUDUL: AIR MATA KASIH
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Karya lama NB yang sudah selamat berada dalam koleksiku. Gila agaknya aku ini, sibuk mencari karya-karya terdahulu sedangkan novel-novel baru makin melambak di pasaran hik3 lalala5 ;P
AMK cerita tentang konflik yang melanda Farah Diba dan ayahnya; Fakhrulradzi. Konflik ini tercetus kerana dendam ayahnya terhadap kakaknya sendiri. Walaupun itu kisah hitam bertahun-tahun yang sudah, Fakhrulrazi masih menyimpan dendam. Akibatnya dia terlalu membencikan kaum wanita. Padanya semua perempuan itu akan membawa bencana. Malah di dalam syarikatnya pun, semua pekerjanya adalah kaum lelaki.
Jadi, bila dapat anak perempuan dia 'buang' anaknya sendiri jauh-jauh. Cuba disembunyikan Farah Diba daripada sesiapa dan memang ketara sangat yang anak perempuannya itu selalu dilayan serba tak kena. Mungkin juga kerana wajah Farah Diba memang saling tak tumpah seperti kakaknya itu, jadi dia makin membenci darah dagingnya sendiri.
Walau apa pun yang terjadi, Farah Diba gadis yang cekal hati. Tanpa merasai kasih sayang daripada seorang ayah, dia tetap bahagia menempuh kehidupan. Apatah lagi ibu tersayang sering saja di sisi. Farah Diba membuka sebuah kedai kucing hasil titik peluhnya sendiri. Bukan mahu berlagak tapi tanpa bantuan ayahnya, dia mampu hidup sendiri. Kasihan! Dah serupa macam anak tiri je.
Kehilangan Fakhrulrazi bersama-sama anak lelakinya Fuad dan Farid di Whitsunday Island, Australia membawa satu episod baru dalam hidup Farah Diba. FAS Holding; perniagaan ayahnya perlu dikendalikan, mahu atau tidak Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu.
Pertemuan Farah Diba dengan Daniel aku anggap hanyalah sekadar penyeri. Bermula dengan kisah Daniel beli kucing di kedainya. Kemudian dibambu oleh Farah Diba kerana sikap girlfriend Daniel yang selamba badak baling kucing keluar tingkap. Kejam gila! Bila kehilangan ayah dan abang-abangnya barulah tahu yang ayah Daniel turut sama hilang dalam kejadian itu. Hubungan mereka makin rapat, malah Daniel yang banyak membantu Farah Diba dalam menguruskan syarikat.
Dalam keseronokan Farah Diba membimbing syarikat, ayahnya kembali. Dalam diam, luka lama berdarah kembali. Farah Diba akur. Dia bukan anak kesayangan ayahnya.
Ps: Credit to Toko Buku Kicap ;D
Happy reading (^-<)
9 ulasan:
Dah lama baca novel ni. Ingat-ingat lupa dah jalan ceritanya. Cuma yang ingat, ayah Farah Diba anti-perempuan. Dan, si Daniel ni gatal!
Si Daniel tu gatal! Lama dah baca novel ni, ingat-ingat lupa. Uhuu ayah Farah sangat anti-perempuan!
Pei Pan,
Ha ingat la tu... dah betul dah si Daniel yang miang2 keladi dan si ayah yang sememangnya anti-perempuan ;D
tak taulah daniel 2 mmang gatal...sya bca kisah novel ni rasa geli...daniel 2 apabila jumpa ngan farah asyik nak cium jerr.....
Tanpa Nama,
Betul la tu memang lagak Daniel tu memang gitu! Miang!
dimana saya bisa dapatin novel ini ???
Tanpa Nama,
Cuba lihat di toko Alaf 21. Mungkin masih ada ;D
gitulah hidup kita atas dunia ni. kdg2 ank sndiri pn dianggap sprt smph je. cba lht dnia pda hri ni... ternyta apa yg d kishkan dlm novel ini smkn mnjadi2 kt ngara kita. mislnya: bapa rgl ank sndiri, ibu buang ank dll (x trmsk yg anknya mmbuang ibu bpa plk...)
Hamba Allah,
Sudah jadi resam kini. Sudah lupa pada agama sendiri. Tidak diajar, sudah puas dididik. Sayangnya masih lagi begitu.
Dunia akhir zaman.
Catat Ulasan