JUDUL: KAU LAKSANA BULAN
PENULIS: AINA EMIR
TERBITAN: KARNADYA SOLUTIONS
PENULIS: AINA EMIR
TERBITAN: KARNADYA SOLUTIONS
~ Rasaku… ~
Suasana dalam novel ni memang buat aku teruja. Mana taknya hampir kebanyakan plot mengambil tempat di public transport – LRT, Komuter dan ERL hik3 lalala5 Barangkali kerana selalu menggunakan perkhidmatan ini, aku jadi senang dengan perjalanan cerita ni hik3 lalala5
KLB mengisahkan Adrianna; seorang penulis novel romantic-thriller. Dalam kesibukan mencari idea untuk novel terbarunya. Dia bertemu dengan Firas yang mempunyai karakter yang amat serupa dengan watak utama novelnya itu. Jadi Adrianna menggunakan Firas sebagai tempat rujukan. Membayangkan Firas sebagai hero novel seterusnya mengadaptasikan setiap pertemuan mereka ke dalam novel. Kejam pula aku rasa si Adrianna ni! Sebab dia dah mengambil kesempatan ke atas Firas yang baik hati tu.
Bila Firas mengetahui kisah sebenar, dia amat-amat kecewa. Mana taknya watak tulisan Adrianna memang bagaikan cermin dirinya siap dengan nama dan kerjaya lagi. Firas terasa dipermainkan dan ditipu hidup-hidup. Kecewa dengan sikap Adrianna, dia bertindak menjauhkan diri. Dia tak lagi menggunakan perkhidmatan komuter. Merajuk la kononnya hik3 lalala5 ;P
Adrianna berasa amat bersalah. Tapi dia pun tak cuba untuk memperbaikinya. Segan barangkali. Apatah lagi dia selalu mengatakan hubungan mereka sekadar kawan namun bila kehilangan Firas barulah dia tahu yang dia sudah ada rasa pada Firas. Sebelum ini, Adrianna pernah bercinta dengan Syafik, namun hubungan mereka putus bila masing-masing sambung belajar. Dia jatuh hati pula pada Razif yang pandai berpuisi tetapi Razif pula meninggal dunia. Adrianna kemudiannya berkenalan dengan Eizlan; salah seorang peminat novelnya. Menggunakan Eizlan sebagi tempat dia meluahkan rasa rindu pada Firas. Aduhai, Cik Adrianna ni mudahnya jatuh suka!
Nasib baik Adrianna dan Firas berbaik-baik semula. Dengan erti kata lain, masing-masing dah mengaku rasa hati. Adrianna pun dah menceritakan segala kisah silamnya pada Firas. Dengan senang hati mereka menempuh alam baru iaitu perkahwinan. Tetapi, sungguh tak disangka si Razif yang mati muncul kembali. Malah Eizlan pula makin obses dengan Adrianna. Kedua-dua lelaki ini mula jadi pemburu dalam hidup Adrianna. Hubungan Adrianna dan Firas berantakan lagi!
Happy reading (^-<)
8 ulasan:
mmg best citer nih..
byak penyiasatan..
salah satu novel yg kita suka.. :D
Aku Sendiri, iyepp ada terselit 'kes-edisi-siasat' hehehe
hai airina.....btol ka eizlan actually perempuan?
i've benn looking for this novel like crazy....x jumpa =(
Hai didi yana,
Haah, betul..
Payah nak dapat novel lama ni, saya pun beli online.
Mungkin boleh cari di blog yang menjual novel-novel secondhand.
Kalau tak pun boleh hubungi Karnadya terus :)
tq airina ...saya didi yana....mph dh pg pon x jumpa....
ooo....betulla eizlan perempuan.... hihihi dh agak.....thanx a lot...=))
didi yana,
Ya, memang betul dia perempuan :)
Oh, cuba cari lagi ok! Berbesar hati dapat membantu kamu :)
wow..da lame x bace novel..mlm tgk tv2, 'kau laksana bulan'..tiba2 rasa nk baca novel ni membuak2...plz, mana nak cari ek..
Tanpa Nama,
Seronok kan tengok drama tu? :D
Hari tu saya ada ke Jalan TAR, ada kedai buku Minerva & Pustaka Mukmin yang masih menjual novel ni.
Malah Karnadya juga ada menerbitkan kembali novel ni dengan cover pelakon drama di TV2. Jadi kalau mahu yang lebih special bolehlah dapatkan edisi terbaru tu.
Tetapi kalau nak lebih mudah, pergi saja ke halaman Karnadya. Ada diskaun lagi kalau beli secara online :D
Catat Ulasan