JUDUL: KETIKA CINTA BERTASBIH [Episod 1]
PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
TERBITAN: AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD
PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
TERBITAN: AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD
~ Rasaku… ~
Membaca novel ni, nak tak nak tetap akan membandingkan dengan AAC. Barangkali pengharapan yang terlalu tinggi akan menyebabkan ramai yang berkata ia tak sehebat AAC. Benarkah?
Secara jujurnya aku lebih senang dengan KCB. Mungkin aku tak pernah berjumpa lelaki yang sesempurna Fahri (AAC), jadi kehadiran Azzam dalam novel ini membuatkan aku rasa wataknya lebih dekat di hati.
Khairul Azzam – Lelaki yang biasa-biasa saja. Berpendidikan agama tetapi tetap ada khilafnya. Dia tak kaya, tidak miskin cukuplah seadanya. Kekurangan kebendaan menyebabkan Azzam berusaha keras untuk menampung pelajarannya. Apalagi bila di tahun 2, ayahnya pergi meninggalkannya. Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab pada keluarga melebihi segala-galanya. Lalu Azzam mengambil keputusan berniaga tempe/bakso dan perlahan-lahan telah mengalihkan tumpuannya dari belajar kepada dunia pekerjaan.
Kesungguhan Azzam berniaga dan berdiri di atas kakinya sendiri itulah yang membuatkan aku lebih menyukainya. Walaupun terpaksa menghabiskan B.A hampir 9 tahun, namun tak siapa yang tahu bahawa dia adalah tulang belakang pada keluarganya di Indonesia. Dengan hasil niaganya itulah yang membiayai persekolahan adik-adiknya yang akhirnya telah menjadi ‘orang’. Aduh, cintanya pada keluarganya buat aku juga jatuh cinta hik3 lalala5
Sepertimana cerita novel lain, ada juga terselit kisah cinta. Azzam jatuh cinta pada Anna Althafunnisa. Pernah tergoda dengan Eliana. Itulah Azzam yang biasa-biasa. Aku kira itulah jua lelaki yang biasa-biasa yang bila berdepan dengan godaan, iman semakin lemah. Ada terselit watak Furqan. Lelaki yang hampir sempurna. Sahabat Azzam di Mesir yang agak popular; si putera tampan, cerdas, kaya dan berkelulusan Master dari Cairo University. Namun, itulah kehidupan. Yang baik yang kaya yang cerdas dan yang bijak ada masanya kecundang juga. Takdir Tuhan tiada yang bisa dihalang.
Azzam - tidak terkira ramainya orang-orang yang hidup bermentaliti kambing, meskipun mereka sebenarnya adalah singa. [Page 613]
Ps: Will be continued… KCB Episod 2
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Berapa rating boleh kasi untuk novel ni tuan rumah?
*malas dah nak sambung baca novel ni, dah lama tinggal - habuk di rumah*
Pei Pan
Kalau anda mencari cinta berbentuk kekeluargaan
sy beri 5 bintang
Tapi kalau mencari watak sesempurna AAC, rasanya 3 1/2 bintang je la
Ps: ikut pandangan peribadi je hik3 lalala5
Catat Ulasan