Ayumi Syafiqah
ISBN: 9789670448299
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2013
Halaman: 323
Harga: RM21
Halaman: 323
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Aku rasa sinopsisnya terlalu details, mencakupi hampir keseluruhan cerita ini sebenarnya. Agak spoiled di situ sebab sudah hilang elemen surprised itu.
Tapi tak mengapa, aku cuba menulis seringkas yang mungkin, biar kamu-kamu yang membaca penasaran untuk tahu kesudahannya hikhikhik ;P Kali pertama baca karya penulis muda yang hampir sebaya adikku. Ya ampun, dik! Mana dapat idea nak tulis panjang-panjang ni?
Mencecah usia 26 tahun, Illysya Kirana [Kirana] ditekan ibunya akan soal rumah tangga. Walaupun dilabel sebagai pengacara popular yang sebaris dengan selebriti Malaysia, Kirana masih gagal mendapatkan seorang lelaki untuk didampingi. Mungkin kerana piawaian lelaki idamannya agak sukar dipenuhi, maka dia lebih senang menyendiri.
Kamariah; ibu Kirana bertindak mencari jodoh untuk anak sulungnya dan di sini dia bertemu teman lamanya; Dahlia. Kebetulan yang manis, si Dahlia ni pun sibuk mencari bakal menantu buat anak lelakinya; Edryzal. Tanpa memerlukan persetujuan daripada si anak, kedua-dua bonda tercinta ini dah merencanakan pelan masing-masing. Edryzal akan berkahwin dengan Kirana. Confirmed!
Saat pertama kali Kirana bertentang mata dengan Edryzal, hatinya tercuit. Si lelaki bermata ais itu sebenarnya amat menarik. Tetapi kedinginan Edryzal menguburkan perasaan indah Kirana. Namun apa yang lebih mengejutkan, Edryzal bersetuju pula untuk mengambil Kirana sebagai isteri. Eh!
Cerita ini cerita klise novel Melayu. Aku akui tetapi agak memorable plotnya. Melihat bagaimana gigihnya Kirana cuba menarik perhatian Edryzal mampu membuat aku tersengih. Pelbagai cara dan taktik memikat diatur untuk memenangi hati keras Edyrzal. Sedikit sebanyak buat aku teringat pada novel Kampung Girl yang punya resepi yang sama.
Walaubagaimanapun aku tetap tak berapa berkenan dengan cara Kirana yang boleh selamba gila memeluk lengan Edryzal. Dia digambarkan gadis ayu bertudung, makanya tolong jangan buat adegan yang mengelirukan. Berlapik atau tidak bukan persoalannya kerana yang haq dan batil itu sudah nyata dan jelas.
Apa pun, tahniah. Karyanya masih menghiburkan. Ada masam manisnya. Sesuai sekali untuk dijadikan sebagai bacaan santai. Ditambah dengan gaya bahasanya yang mudah dan susun atur plot yang kemas. Hampir sempurna buat seorang penulis muda. Moga terus menulis. Yay!
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Wahh.. Macam best jaa..
Cik Yaya,
Hee ;)) Ha, boleh lah try baca
Haii... novel ni ada lagi tak??
Saya nak beli lahh..
Ada stok lagi tak??
please..
Maaf mdzaidi mdjemi,
Bukunya tak dijual.
Catat Ulasan