Bahruddin Bekri
ISBN: 9789833654796
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2001
Halaman: 131
Harga: RM9.90
~ Rasaku… ~
Orang kata, apa-apa jenis novel atau drama/filem bersiri, pastinya yang pertama itulah yang paling seronok. Bila datang sekuelnya, ia akan jadi kurang ummph... Mungkin. Membaca catatan Tuan Bahruddin Bekri kali ini masih menyenangkan, malah pada pendapatku lebih baik daripada edisi Hati Emak.
Di sini sebenarnya watak seperti Citra Indah Qalisa, Tuan Pangkah, Ibu Rayyan, Puan Musalmah, Ahmad Zuhri selaku pembantu bilik mayat dan Mahmud si pekerja kilang dikenalkan. Bertitik-tolakkan inilah baru kita dapat mengenal watak-watak itu dalam edisi seterusnya [baca: edisi Hati Emak]. Tetapi ia tetap tidak menjadi masalah seandainya hanya membaca salah satu edisi atau pun melangkau kerana setiap watak dibangunkan dengan baik. Mereka semua memainkan peranan yang berbeza dengan identiti yang tersendiri.
Dalam meneliti naskhah ini baru aku sedar akan kepentingan Mahmud [kesan lambat padahal dah 'kenal' dalam edisi Hati Emak :P]. Walaupun mungkin pelajarannya tak tinggi, Mahmud punya pengetahuan yang cukup tinggi. Falsafahnya mengalahkan mereka yang bergelar pelajar universiti walau mungkin ada masanya aku terasa nak lempang laju-laju si Mahmud yang tak habis-habis mengingatkan Idlan supaya tidak rasa rendah diri kerana hanya bekerja sebagai mat despatch. Mahmud bagai tak pernah beri Idlan peluang untuk menerangkan yang dia itu mat despatch yang berijazah.
Memandangkan ini diari kedua Idlan, tujuannya membuat diari bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi [BMT], tetapi kerana merasakan menulis diari boleh melegakan perasaan dan membuatkannya tenang. Tetapi dengan kehadiran Tuan Pangkah, bukan saja Idlan malah aku sendiri turut terkena tempias BMT *wink* Namun motif sebenar Idlan adalah mencari definisi seorang lelaki yang baik. Bagaimana ya lelaki itu dikatakan lelaki yang baik? Jika mahu tahu apa itu lelaki baik dari kaca mata Idlan dan temannya, silalah baca diari kedua ini :D
Bahagia itu bukan kerana kita ketawa dan gembira, tetapi bahagia itu adalah melihat orang yang kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita [page 69]
Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan