Haswida Abu Bakar
ISBN: 9789670201399
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Januari 2012
Halaman: 366
Harga: RM19
~ Rasaku… ~
Lama juga aku ambil masa untuk 'menyesuaikan' diri dengan naskhah Si Manis 17 ini. Bukan apa, bila terpandangkan yang buku ini dikhususkan untuk anak remaja yang manis, aku terasa aku ini remaja terlebih manis pula kih5 Sekaligus membuatkan aku terfikir dalam usia 17 itu sudah sesuai kah untuk berbicara tentang tunangan dan perkahwinan? *wink*
Arif Azri Baharin [Arif] & Syarifah Seri Indah Syed Ilham al-Idrus [Seri], kedua-duanya tak pernah menyangka akan bertemu. Dan saat mata berpandangan, ada rasa getar yang bertamu. Ada rasa suka yang mengintai tirai hati. Namun, apalah daya Seri dan Arif, mereka berdua sudah ditunangkan dengan pilihan keluarga masing-masing.
Andai bisa diatur waktu, Arif lebih rela memilih Seri tetapi memandangkan wasiat keluarganya, perasaaan halus itu ditimbang-timbang. Bukan tidak penat menggendong rasa cinta pada Seri, tetapi bila diluahkan rasa cinta itu terus ditolak tepi. Pedihnya bila Seri juga bagai menidakkan rasa hati sedangkan Arif sendiri sudah dapat meneka isi hati Seri.
Pada Seri, saat dia bergelar tunangan Syed Haikal, hatinya sudah ditutup kemas-kemas untuk orang lain. Dia perlu berlaku adil pada Syed Haikal dan juga hatinya. Malah perasaan orang tuanya perlu dijaga sebaik mungkin. Dan tika saja hatinya bergetar hebat memandang Arif, hatinya 'dicuci' elok-elok. Setia itu asas perhubungan. Kalau dia sendiri sudah mencemarinya, apa lagi yang tinggal nanti?
Kata orang tua-tua, dugaan masa tempoh bertunang itu maha hebat. Sama ada anda berjaya mengharunginya atau tidak, semuanya terpulang pada diri anda sendiri. Begitu juga Seri dan Arif. Cerita ini mengajar kita bagaimana mahu menjaga hati. Melawan rasa indah yang membuai atau berpijak pada bumi yang nyata. Semuanya terserah pada anda.
Aku suka gaya penulis menceritakan tiap-tiap plotnya. Teratur dari satu ke bab ke bab lain. Bahasanya indah dan bersahaja. Tidak terlalu berbunga-bunga tetapi sudah berjaya menyusup dalam hati.
Terima kasih kepada Ulatbuku & JS atas 'bingkisan' terakhir ini ;)
Happy reading (^-<)

6 ulasan:
Salam,
Komen yang menarik. Kepada cik Airina, bolehkah kiranya saya menggunakan entri ni untuk dipaparkan di laman grup Facebook 'Platun Buku' yang diwujudkan khas untuk membicarakan apa sahaja buku-buku yang terdapat di Malaysia. Cik Airina pun boleh sertai sekali kami di Platun Buku untuk memeriahkan lagi laman grup itu. Terima kasih!
Hafizul Osman,
Salam tuan ;)
T/kasih kerana sudi memanjangkan komen saya dalam grup FB. Moga ada manfaat untuk semua.
Rasanya macam pernah dengar, nanti saya akan singgah ke grup tu.
Jemput-jemputlah sertai!
Hafizul Osman,
Baik :D
Ada lg x buku ni...i nk bli ..nk guna utk assignmnt
Zarns Dir,
Beli online dik via JS website :D
Catat Ulasan