Di Bawah Pohon Hawthorn
Marita Conlon-Mckenna
Penterjemah: Ramlah Muhamad
ISBN: 9789834606251
Penerbit: The O’Brien Press Ltd. Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh Terbit: 1990 & Cetakan Pertama 2010 [DBP]
Halaman: ~ 208
Harga: RM14
~ Rasaku… ~
Membaca kisah tiga beradik ini begitu mengesankan. Entah bagaimana mereka menghadapi hari-hari yang berlaku dengan penuh ketabahan, sedangkan kanak-kanak seusia mereka ketika ini sedang enak bersenang-lenang menghadap televisyen dan internet. Ironis.
Kisah pengembaraan Elly, Michael dan Peggy adalah kisah hidup yang sebenar di zaman kebuluran di Ireland yang berlaku pada akhir 1880-an. Kebuluran yang teramat teruk hingga memusnahkan hampir keseluruhan penduduk Ireland khususnya.
Kembara tiga beradik ini bermula di saat penantian kepulangan ayah dan ibunya bagaikan sudah tiba di noktahnya. Keyakinan bahawa kedua-dua orang tuanya akan pulang beransur-ansur hilang. Apatah lagi ketika itu mereka telah disuruh untuk berpindah ke rumah perlindungan. Elly tak mahu berpisah dengan adik-adiknya. Akhirnya dia tekad untuk melarikan diri, membawa pergi Michael dan Peggy jauh daripada rumah mereka. Cuba menjejaki nenek-nenek saudara mereka yang hanya diketahui ceritanya melalui ibu mereka.
Entah di mana semangat juang mereka itu hadir. Tetapi ia bagaikan penyuluh kepada tiga beradik ini untuk terus berjuang menempuh perjalanan yang jauh dan sukar. Menyelusuri langkah-langkah mereka, aku sendiri terfikir bagaimana agaknya jika aku di tempat mereka. Seandai hidup dilanda badai, seandai hati dirundum malang, cukup kuatkah untuk menghadapi segala-galanya? Entah aku nanti bisa bangkit kembali atau tidak?
Cerita ini memang wajar [baca: wajib] dibaca oleh anak-anak muda kini supaya mereka tahu erti kesyukuran. Kita hidup di Malaysia dengan penuh rukun dan damai. Tidak menghadapi saat-saat sukar seperti tiga beradik ini. Wajarlah kita mensyukuri nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita.
Tuhan ada caranya sendiri mengatur hidup kita dan tak tahulah kenapa hidup ini begitu sukar. Kita kenalah berusaha yang terbaik dengan apa yang kita ada, menyayangi satu sama lain dan meneruskan hidup ini [page 42]
Dan itulah hakikat kehidupan ini. Kita diuji dengan pilihan. Berusaha dan kemudian bertawakal. Tiada yang lebih berkuasa daripada-Nya. Yakin dan redha. Dia tak akan menghampakan hamba-hamba-Nya. Percayalah.
Ps: Book swapping with Pei Pan. Thanks dear :D

Happy reading (^-<)
6 ulasan:
hari tu hampir2 aku nak beli juga novel ni tp xjadi. huhu... ntilah try cari & beli ;)
tertarik. baca review pun mcm dah boleh rasa perasaan 3 beradik tu.
nak copy boleh ayat tulisan hijau tu?
emm..ngah baca pei pan jugak ni
:)
rina takda link ke novel nih
MissF,
Beli jangan tak beli. Based on the true story :D
Eera Shera,
Silakan, moga ada manfaatnya :))
speckurosaklagi,
Not sure la speck, aku beli yang hardcopy je
Masih ada simpan lagi buku ini? Jika mahu menjualnya, saya mahu beli. No saya 0172748904 (Sharifah)
Sharifah Sharina,
Maaf ya, saya tak jual buku ini :D
Catat Ulasan