Emma Maizura
ISBN: 9789831245583
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 2010
Halaman: ~500
Harga: RM19.90
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
SRS kisah persahabatan antara Azreen dan Amin. Berkenalan semenjak kecil membuatkan kedua-duanya rapat. Bagai isi dengan kuku. Namun perbezaan darjat yang begitu ketara menyebabkan hubungan itu terputus di tengah jalan. Ayah Azreen, Dato’ Yussof begitu membenci Amin. Siap hina-hina Amin lagi. Entah apa salahnya menjadi orang miskin?
Azreen yang selama ini dibela oleh datuk dan neneknya dipanggil balik ke KL. Dato’ Yussof mahu Azreen melanjutkan pelajarannya sekaligus merenggangkan lagi hubungan anaknya dengan Amin. Dato’ Yussof sendiri tak begitu sukakan minat Azreen yang lebih menjurus kepada dunia automobil. Azreen suka hidup dalam dunia mekanik, bergelumang dengan spanar dan skru, bermandikan minyak hitam dan menghirup bau enjin. Minat Azreen itu direstui oleh datuknya, Haji Rahim yang membuka sebuah bengkel di kampung.
Kehilangan Amin tanpa meninggalkan sebarang berita menyebabkan dunia Azreen gelap-gelita. Di saat itulah dia menyedari rasa sayangnya terhadap Amin rupanya adalah cinta. Namun sayang, dia tak sempat meluahkannya. Kehadiran Razin yang cuba mencuri hatinya tidak diendahkan. Hanya kerana arahan ayahnya, Azreen membiarkan Razin menemaninya. Puas dibuka hati untuk Razin, apatah lagi Razin bakal menjadi tunangannya namun apakan daya… hati Azreen sudah pun tepu dengan nama Amin.
Dalam pada itu Azreen berkenalan dengan Skru; teman alam maya. Menggunakan nama Minah Spanar, dia jadi selesa dengan Skru. Umpama bertemu dengan sahabat lama, dia jadikan Skru tempat meluahkan rasa. Tak susah sebenarnya nak meneka siapa Skru tu. Sejak awal lagi aku dah dapat agak.
Sebenarnya aku suka jalan ceritanya terutama ending yang bukannya cliché. Tetapi aku tak tahu apa yang kurang, kerana ianya tidak begitu 'masuk' dengan jiwaku. Rasa sedihnya tak dirasa. Tak pasti samada aku yang kurang menjiwai ataupun mungkin kerana aku tak menggemari pembangunan watak Azreen. Pada mulanya wataknya begitu menonjol. Tak mudah mengalah, keras hati dan ada pendirian. Namun di akhir-akhir plot aku jadi muak dengan sikapnya. Maaf!
Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan