PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
~ Rasaku… ~
Cerita ini kisah seorang janda muda; Lia yang akhirnya berpisah dengan Wan Saiful. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga masing-masing tidak membawa bahagia. Bagaimana ya mahu bahagia andainya suami yang dicinta itu mencintai orang lain?
Wan Saiful masih gagal melupakan kekasih lamanya. Dek kerana ingin mengejar sesuatu yang dia sendiri tidak pasti, sang isteri yang menjadi mangsa. Bodohnya lelaki ini! Meninggalkan isteri yang cukup baik kerana tergila-gilakan perempuan lain. Memang dia telah pun dibutakan oleh cinta sehingga tak tahu membezakan yang mana kaca yang mana permata.
Lia akur dengan kehendak suami, bersetuju dengan kata perpisahan. Bukannya mudah untuk meyakinkan diri sendiri menerima title janda di bahu. Namun Lia pasrah. Buat apa lagi nak menumpang kasih pada yang tak sudi? Seperti kehidupan janda lain, Lia turut mengalami masalah yang sama tetapi Lia tegar. Tidak mudah menyerah, dia masih mampu berdiri dengan kakinya sendiri. Huluran bantuan-bantuan yang punya banyak makna tersirat tidak diendahkan.
Perkenalan Lia dengan Nik Adil bagaikan membawa cahaya. Dalam diam, jejaka itu berjaya menyentuh naluri wanitanya. Bunga-bunga cinta mula mekar dalam hati. Tetapi kemunculan bekas suami bagaikan menghalangnya. Antara Wan Saiful dan Nik Adil, yang mana satu pilihan hati?
Karya terdahulu NB tidaklah tebal kalau nak dibandingkan dengan yang sekarang ni. Seperti novel nipis lain, aku rasa sebab itulah watak sukar untuk berkembang dengan baik. Namun karyanya tidaklah teruk cuma ia cerita yang biasa-biasa saja. Tidak banyak ruang untuk penulis tersohor ini menulis sesuatu yang luar biasa, seperti mana sentuhan ajaibnya dalam cerita-ceritanya kini.
Ps: Aku beli secara online. So credit to Miss Bookaholics
Tiada ulasan:
Catat Ulasan