JUDUL: BILA DAH SUKA
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: KARNADYA SOLUTIONS
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: KARNADYA SOLUTIONS
~ Rasaku… ~
Mengisahkan percintaan anak gadis bernama Nurul Huda [Huda] di samping terselit juga penderitaan Huda yang terpinggir daripada kasih sayang ayahnya sendiri. Huda menaruh hati pada Shazlan namun kasihnya tak disambut. Shazlan memilih Diba; bekas kakak iparnya. Kecewa dengan itu dia membawa diri ke Taiping dengan alasan mencari abangnya; Amar Safuan. Namun malangnya Huda diragut dan momen itu menemukannya dengan keluarga Tarmizi dan dijadikan anak angkat Puan Mahani.
Hati Huda berbunga-bunga kembali bila dia jatuh hati buat kali kedua dengan Anuar; anak sulung Puan Mahani. Tetapi bila masing-masing tak reti nak meluahkan dah timbul salah faham. Anuar ingatkan Huda tu menyintai adiknya; Alam. Anuar tegar memilih Erin, sepupunya dan melamar Erin menjadi isteri. Patah hati buat kali kedua membuatkan Huda pulang ke KL. Di rumahnya Huda berdepan pula dengan sikap cemburu Kak Diba apabila melihat kemesraan Shazlan dengannya. Tak mahu mengeruhkan keadaan, Huda kembali ke Taiping.
Sekembalinya di Taiping tiada bawa beza. Huda tertekan dengan sikap Erin yang tak senang dengan kehadirannya di rumah Puan Mahani. Apatah lagi Erin merasakan yang Anuar seakan mahu kembali pada Huda. Aku tak suka dengan watak Anuar ni. Pada mulanya dia dipotretkan sebagai lelaki yang cukup budiman malah sanggup mengalah demi adiknya sendiri tetapi bila sudah menjadi suami orang, kenapa pula hatinya menginginkan Huda? Kan lebih elok dia tak kahwin dengan Erin bila Alam dah jelaskan tentang perasaan Huda yang sebenarnya.
Alam pula waktu di awal cerita memang agak menjengkelkan. Suka bergaduh dengan Huda tetapi di akhir-akhir cerita dia berubah menjadi lelaki yang memahami. Dan bila melihat kelukaan Huda, entah bila pula dia jatuh hati. Tetapi itu semua ambil masa juga sebab Alam kecewa apabila cintanya; Intan Nurhanis berkahwin dengan orang lain. Orang lain tu kan abang Huda! Cuma kasihan pula sebab hasrat Huda nak jumpa abangnya tak kesampaian sebab watak Amar Safuan yang dimatikan terlalu awal.
Ini cerita cinta biasa dan aku tak mengharapkan banyak sebab bila melihat keseluruhan watak Huda yang terlalu 'mentah'. Bila hatinya kecewa ataupun dilukai dia jadi terlalu lemah. Kecewa dengan cinta bukanlah pengakhiran dunia. Melarikan diri bila timbul masalah juga tidak akan bawa kita ke jalan penyelesaian. Ingat itu! Ada satu persoalan yang tinggal di kepala: Kenapa ayah Huda begitu membenci anak-anaknya tetapi boleh pula menyayangi orang lain? Ada sesiapa mahu jawab?
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Cite ni best tau, suke je
Tanpa Nama,
Ya kerana itu kesukaan anda ;D
Catat Ulasan