JUDUL: CHINTA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
~ Rasaku… ~
Chinta bercerita tentang watak utamanya; Chinta dan juga Raja Akid. Kedua-dua watak ini merupakan tonggak utama dalam novel ini. Seperti selalunya, penulis kegemaran aku ini suka mengangkat kaum Hawa tuk punya semangat juang yang tinggi. Tak mudah mengalah, penuh dengan sikap sabar dan bersemangat kental walau apa pun halangan yang mendatang. Ngee~ bila nak jadi cam tu ek?
Chinta – gadis ini tak pernah diterima dalam kamus hidup ayahnya sendiri. Sadis sungguh kerana dari kecil dia sering dipukul oleh ayahnya sendiri. Maki hamun, sepak terajang itu bagaikan 'makanan' untuknya membesar. Chinta akur dan pasrah menerima segalanya biarpun dia tak pernah mengerti apa punca sebenar ayahnya itu selalu naik angin. Namun, Chinta tetap ceria... hidupnya bahagia dengan kehadiran ibunya; Molek dan Mak Yongnya. Malah, adik-beradik kecuali abangnya; Rodin begitu menyayangi kakak mereka. Dia juga punya Candy; sahabat karibnya sejak kecil.
Menginjak ke bangku universiti, Chinta bertemu Saiful. Hubungan itu mekar sehinggalah masing-masing bekerja. Tapi sayang, hati Saiful mudah berubah. Dia bagaikan lupa pada siapa yang banyak membantu Saiful dan keluarganya. Saiful akhirnya hanyut dengan harta-harta dunia. Si Chinta dibiarkan keseorangan. Sungguh tidak adil sedangkan hati Chinta sarat dengan kasih sayang bukan saja untuk Saiful malah kedua-dua ibu bapa Saiful yang cacat penglihatannya.
Raja Akid – lelaki metroseksual kih5 Memanglah... kalau pandai bergaya, kacak dan banyak duit pula tu, semua orang pasti menjangkakan Raja Akid ni sempurna. Tapi dalam diam, Raja Akid tak pernah sukakan wanita. Bukannya gay, tetapi ada cerita sewaktu kecil yang menjadikan dia trauma pada golongan perempuan. Berkenalan dengan Chinta buat dia makin selesa tapi di sudut hati dia masih tidak mampu mempercayai Chinta.
Dek kerana ingin menyelamatkan tanah, Chinta 'terpaksa' berkahwin dengan bos sendiri – Raja Akid. Walaupun keliru, masing-masing nampaknya berusaha untuk bahagia. Bukankah cinta selepas kahwin itu lebih indah? [agak je sebab ni yang terjadi dalam cerita ni] Ending? Tak perlu dicerita korang kena la baca hik3 lalala5
Selain cerita Chinta dan Raja Akid, ada juga cerita tentang Raja Haidar dan Sheema; ayah dan ibu Raja Akid. Ada juga terselit kisah mengapa Chinta ‘dibuang’ oleh ayahnya sendiri di penghujung cerita. Kisah Mak Yong yang setia dengan cintanya pada arwah suaminya juga menarik. Senang cerita, kisah-kisah dalam Chinta ini adalah cerita tentang cinta dan kasih sayang ;D
Ps: Dah berkali-kali khatam novel ni, tapi baru la ni aku tulis review hik3 lalala5
Happy reading (^-<)
3 ulasan:
i like this novel too;-)
huhu..macam best novel nih..
nnt nk belilah..hihi..
kebayan,
Really? This 1 of my 'buah hati' also ;D
Aku Sendiri,
Beli la, tak rugi juga baca ;)
Catat Ulasan