JUDUL: SAKITNYA SAYANG
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
~ Rasaku… ~
Novel Kak Yati ini aku khatamkan dalam masa sehari hik3 lalala5… mungkin saja sebab aku suka dengan jalan ceritanya. Ia membuatkan aku rasa sayang nak meninggalkan novel ini separuh jalan.
Tema kekeluargaan sememangnya amat dekat dengan penulis ini. Malah rasanya aku rasa ia adalah trademark Kak Yati. Di samping pembangunan watak yang cukup berkesan. Cuma rasanya aku lebih tertarik pada Reza. Aku tak tahu sama ada cerita ini heronya Reza atau pun si Firdaus. Kalau nak dibandingkan, watak Reza lebih menonjol. Mungkin saja ia ada berkait rapat dengan watak si heroin – Marlia.
Ia kisah tentang hubungan abang-adik antara Marlia dan Reza. Si adik yang menjadi tempat abang mencurah rasa, berkongsi saat indah dan pahit. Si adik yang terlalu memahami dan si abang yang sungguh mengasihi. Mungkin kerana sikap kebergantungan ini menyebabkan si abang hilang punca. Dia perlukan si adik senantiasa disisinya. Reza perlukan Marlia sebagai bayangnya.
Marlia pula anak bongsu yang agak keras. Sering saja melawan ayahnya, Syed Jabar hingga dirinya jadi begitu jauh dengan ayah sendiri. Apatah lagi Syed Jabar kelihatan begitu menjaga Reza. Dia adalah perancang masa depan yang cukup sempurna pada anak sulungnya sehinggakan dia lupa anak itu adalah seorang manusia. Punya hati, punya keinginan sendiri dan kehendaknya adalah cinta Marlia.
Dan di sini berlakulah konflik dalam diri si Reza. Mana mungkin dia dapat berbahagia andai si adik yang menjadi idaman. Apatah lagi Marlia, bila mengetahui punca keretakan rumah tangga si abang sedikit sebanyak adalah kerana sikap si Reza yang sering saja meletakkan dirinya sebagai tanda aras. Adakah ia cinta bila si abang jatuh cinta dengan si adik yang berlainan ibu?
Firdaus atau Darus pula adalah lelaki yang memandu Mercedes A Class hahaha pandai ye nak trick! Watak Darus yang sempoi dalam menawan Marlia tu yang aku suka. Apa lagi rasanya memang Darus ni sukakan Marlia dari dulu lagi. Di saat kali pertama dia melihat si comel Marlia di sisi Reza. Aku juga terbuai dengan lagu Mama alunan si Darus khas untuk ibunya tercinta.
Kesudahannya? Bacalah kerana di sini terselit makna sayang itu. Selain cinta, ada sesuatu yang lebih bermakna.
“Aku pernah merasa betapa sakitnya rasa sayang dan sekarang aku telah dapat merasai betapa indahnya sayang itu”
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan