Rose Harissa
ISBN: 9789672137146
Penerbit: Penerbitan Idea Kreatif
Tarikh Terbit: Disember 2017
Halaman: 346
Harga: RM28
Halaman: 346
Harga: RM28
~ Rasaku… ~
3.5*
Yayyyyy... nak sambungan/story Yen itself. Boleh tak?
Full review: 13/02/2018
Yang
aku suka – buku nipis, jalan cerita simple,
pace laju, watak-watak yang seadanya,
konflik dan isi cerita yang dijalin kemas. Begitu juga dengan watak pembantu;
Yen pastinya. Penulis selalu berjaya buat aku rasa lebih sukakan watak pembantu
(watak baik la kan) daripada hero haha.
Aku
juga suka bagaimana penulis ‘mengikat’ pembacanya sampai ke akhir cerita. Kita
mesti tertanya-tanya apa hubungan Fath-Yen sebenarnya mahupun kisah Nur yang
sampai bila nak melarikan diri. Tapi, aku rasa bahagian Zahier di hujung-hujung
cerita tu macam terlalu rushing,
memang habis begitu je ke?
Dan,
satu lagi RH suka buat watak sang hero yang ‘bersungguh’. Maksudku bila dah
suka, terus atur langkah meminang. Ha, takde lah adegan
tarik-tali-nak-couple-ke-kahwin.
Seperti
biasa, ceritanya jarang ‘kosong’. Mesti ada input yang buat aku terfikir,
kiranya kepuasan itu bukan sekadar tamat cerita. Congrats sis! Cuma part sweet
tu, aku setuju dengan pandangan KC -- sekadar rencah. Tiada pun masih tak
mencacatkan keseluruhan novel ini.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan