Sehingga Kita
Bertemu Lagi
Rose Harissa
ISBN: 9789672137283
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: April 2018
Halaman: 281
Harga: RM26
Halaman: 281
Harga: RM26
~ Rasaku… ~
Serius,
kalau Hajar kata dia nak bagi Aariz-Amanda tu dimakan buaya. Aku
pula rasa nak je tanam dua-dua makhluk ni terus. Biar tak menyusahkan orang.
Ehhh! Emo terlebih pula haha :P
Full review: 3/05/2018
Buku
pertama hasil tuaian di PBAKL yang berjaya dihabiskan. Tahniah buat diri
sendiri haha. Tak sangka sungguh.
Tapi mungkin kerana bukunya lebih nipis. Ditambah pula dengan signature mahal daripada Kak RH, dan
godaan / ‘pembakaran terbuka’ yang dibuat oleh kawan-kawan ahakss :P
Masa
mula baca dah rasa macam dejavu tapi teruskan jua. Dah sampai tengah cerita
barulah join geng bonet meroyan. Oh,
betullah! Rupanya kisah ini seperti kisah yang pernah viral baru-baru ini.
Mungkin secara kebetulan agaknya.
Maylea. Nama unik tapi kisahnya tragis.
Sudah sehabis daya menjadi sang isteri yang setia, diduakan pula. Kasihan!
Sudahlah sebatang kara, suami pula tinggalkan dia begitu saja. Pesanan buat
sang isteri; kena sentiasa bersedia. Andai jodoh tak panjang kita perlu segera
bangkit. Please, move on and enjoy your
life! Tapi ya, aku faham. Maylea ni wataknya naif sangat. Dia pun terlalu
percaya dan bergantung harap pada suaminya. Bukan dia tak bisa bangkit cuma ada
rasa yang terbuku pada sang bekas suami dan si madu, sebab tu yang bila
ternampak je mereka berdua, dia jadi lemah.
Nasiblah ada Rex Zulkarnaen. Rex sang pelakon popular Malaya yang tak
diendahkan oleh Maylea haha. Tu yang
Rex ni penasaran bila si Maylea boleh buat tak kenal dia, rupanya memang Maylea
ni tak pernah ambil tahu pasal artis Malaysia. Dan ‘melihat’ Rex, aku jadi
kasihan pula. Begini agaknya real life
sang artis – seperti kau hidup semata-mata untuk orang lain tersenyum gembira.
Apa pun aku suka hubungan Rex dan mama Orkednya. Walaupun tak banyak scene, Orked ada impak yang lebih kuat
daripada si Adeeva tu. Oh, pleaseee!
Kenapa aku jumpa banyak watak annoying
dalam cerita ni *pheww*
Amanda. Watak ini untuk kita para wanita
beringat. Tolong… tolonglah sedar diri kerana malu itu dianggap fitrah yang
hidup dalam diri setiap wanita. Dan, rasa manisnya seorang wanita, kerana salah
satunya adalah sifat malu yang ada dalam dirinya. Ini tidak, watak Amanda ni ya ampunnnn! Ok, tak nak komen dah.
Nanti habis semua perkataan yang tak elok aku keluarkan haha.
Mengikut kata penulis ini kisah santai.
Betullah tu, santai dan padat. Pace pun
laju. Tahu-tahu je aku dah sampai ke penghujung. Kredit untuk info allergi
bawang tu, kali pertama aku baca kes sebegini.
Cuma ya, aku tetap tak puas hati dengan ending Aariz-Amanda. Memang sepadan la
depa berdua ni. Masing-masing loser.
Aku mengharapkan kedua-dua watak ni kena la ‘sesuatu’… ehhh! Jahatnya aku haha.
Ps: Terima kasih buat penulis untuk
pengalaman manis di PBAKL yang lalu. Terima kasih juga atas doanya. Moga panjang
umur, dapatlah kita bertemu lagi. InsyaAllah :)
Ps2: Pesanan penaja untuk Mai, sila baca
dengan kadar segera haha
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan