Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Selasa, 31 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (18) Langsir Biji Remia

9:22 PG 6 Comments

Langsir Biji Remia
Noor Suraya

ISBN: 9789670201139
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: ~ 263
Harga: RM 17


~ Rasaku… ~

Sejujurnya aku amat mengagumi watak Duha Hafa [Duha]. Anak gadis yang periang yang ramah. Si mata bundar yang cantik tersembunyi di balik purdah hitam. Gadis yang walaupun pada mulanya takut dengan kelemahannya sendiri tetapi bangkit semula. Andai saja memang wujud gadis seperti ini, memang aku pergi meminang untuk adik lelakiku [mengarut! Abaikan kih5 :P].

Benar kata orang, cinta kalau hanya di mata tidak kekal lama. Dulu Umair pernah sukakan Duha. Mereka berdua adalah teman bicara jendela. Saling berkongsi cerita dan tawa, tetapi itu dulu. Kisah sepuluh tahun dahulu. Dan bila saatnya dia bertemu dengan Duha Hafanya yang baru, suasana tidak sama seperti dulu.

Menyingkap kisah Duha, tidak dapat tidak aku jadi geram dengan Umair. Pemuda yang aku kira cukup pandai mencipta alasan. Katakan saja kalau tak suka, tak perlu pusing sana, pusing sini. Sudahnya? Bukankah hati kecil Duha terluka lagi?

Namun mungkin dengan wujudnya Umair, barulah kita sedar mungkinkah kita sendiri seperti Umair? Suka dengan kecantikan, biasa dengan keindahan dan bila ia tidak serupa dengan apa yang kita jangkakan, mudah saja rasa suka itu pergi. Berganti pula dengan rasa benci. Aduh, hati! Mudah saja ia dibolak-balikkan.

Mujur saja ada watak Ahmad Muhsin yang berjaya meneutralkan keadaan kecewaku pada Umair :D Sejuk je bila nampak nama Muhsin di halaman-halaman seterusnya. Lebih-lebih lagi bila di ayat ini:

Apa yang saya hendak kata ini, tak perlu tulis. Sudah ada dalam hati, lama sudah [page 243]

Waktu ini aku rasa bagus pula Umair itu tak jadi dengan Duha. Yalah, kalau tidak siapa pula yang sesuai nak dipadankan dengan peguam syarie yang ala-ala jiwang seperti Ahmad Muhsin? kih5 :P Tetapi kalau Duha menahan tawanya bila mendengarkan gelaran ‘saudari’, aku pula dah menyeringai. Tak tahu nak cover langsung hik3 lalala5 :D ‘Saudari’ - serius, masih adakah golongan Adam yang memanggil Hawanya begitu?

Penamatnya aku cukup suka. Tak perlu cerita panjang cukup dengan hanya sebaris ayat [soalan lebih tepat lagi :D].

Pada mulanya aku letakkan 4 bintang, tetapi bila meneliti sasaran pembacanya – siri Si Manis 17 [ala-ala novel chitlit seperti keluaran PTS :D], aku tambah satu bintang lagi. Untuk adik-adik manis, LBR memang sesuai untuk kamu. Belajar melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Belajar bagaimana mahu mensyukuri apa yang kamu ada :))

Bila angin menari, hatiku pun berlari [page 1]

Jiwaku sudah tahu berlagu
Dia di balik awan
Apa kamu dengar nyanyian lagu rindu?
[Gobokairina, 2011]

Tak tahu malu. Rima berterabur ada hati mahu sambung kata-kata puitis Kak Su kih5 Jadi kamu-kamu yang membaca anggap saja yang aku tulis di atas itu hasil daripada SS [syok sendiri] hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 27 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (17) Aku Yang Kau Tinggalkan

3:23 PTG 11 Comments
Aku Yang Kau Tinggalkan
Alina Haizar

ISBN: 9789675067655
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Mac 2011
Halaman: ~ 759
Harga: RM 25.00



~ Rasaku...~

Teringat kata Kak Ti “Fell-in-love-at-first-sight…hook-in-love-after-first-reading.” :D Tapi betul lah tu, aku sudah jatuh cinta [again? :P]. Mungkin selama ini aku disogokkan dengan novel KN yang ringan, jadi bila ada novel serius seperti ini ia jadi sesuatu yang sungguh menarik.

Nia Athirah [Nia] ditugaskan sebagai pemandu pelancong kepada pelawat Malaysia di Turin, Itali. Di situ dia bertemu dengan Zaril Ikhwan [Zaril] dan di sinilah cerita ini bermula :D Adegan imbas kembali yang penuh dengan peristiwa-peristiwa penting. Tak pasti orang lain, tetapi bagiku adegan ini teramatlah penting kerana ia membantu cerita Nia-Zaril berkembang.

Nia dikahwinkan dengan Zaril apabila adiknya; Ani melarikan diri di saat-saat akhir. Nampak klise kan bunyinya? Mungkin tetapi sebab utama perkahwinan Zaril adalah sesuatu yang baru. Zaril mengalami kemalangan ngeri yang meragut hampir keseluruhan kesihatannya. Dia berubah daripada seseorang yang hampir sempurna kepada kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Apabila ayahnya mahu meletakkan Zaril di rumah kebajikan, nenek Zaril membantah. Dia kalut mencari seorang cucu menantu yang boleh menjaga cucunya.

Nenek Zaril mahukan seorang gadis kampung yang tak belajar tinggi tetapi tahu menguruskan hal rumah tangga dengan baik. Disebabkan itu Ani dipilih. Tetapi tak sangka pula Ani menarik diri. Sudahnya Nia yang perlu menjadi galang gantinya kerana ibunya sudah pun mengambil wang hantaran untuk menebus kembali tanah mereka yang tergadai. Nenek Zaril menyangka Nia ini berkriteria seperti itu, sedangkan Nia pelajar universiti.

Aku tak pasti sama ada Zaril ini boleh berkahwin atau tidak. Sebab emosinya tidak stabil. Kadang-kadang elok, kadang-kadang macam tak betul. Dan bila datang angin tak betulnya mulalah Zaril lupa diri. Habis semua orang dibelasah termasuklah Nia. Tetapi Nia ni pula memang baiklah. Sayang benar dengan suaminya walaupun pada mulanya dia bagaikan paksa rela je untuk berkahwin dengan Zaril. Diam-diam Nia mengharapkan agar perkahwinannya bersama Zaril kekal seumur hidup.

Mungkin disebabkan sayang, Nia cuba mencari alternatif untuk membantu memulihkan kesihatan Zaril. Namun sayang, ibu mentua Nia merancang sesuatu yang lain. Mereka menganggap Nia hanya tertarik dengan harta bukanlah sayangkan Zaril. Akhirnya Nia disingkirkan sebaik sahaja Zaril pulih sepenuhnya. Sungguhlah tidak adil!

Jadi pertemuan semula di negara orang menjadi titik-tolak kepada perhubungan mereka. Nia menganggap Zaril sudah tidak mengenalinya, maklumlah sudah hampir 4 tahun. Lagipun Nia masih tidak mahu melepaskan buah hati kecilnya pergi. Hak penjagaan Hazeril; anaknya bersama Zaril akan jatuh kepada Zaril sekiranya mereka bercerai. Itu sudah termaktub dalam perjanjian prenuptial antara Nia dan Zaril. Disebabkan itu Nia cuba mengelak daripada bekerjasama dengan Zaril. Namun siapa tahu apa yang ada dalam hati Zaril?

Aku suka plot cerita ini [aku memang suka cerita begini sebenarnya kih5 :P]. Dan perkara yang paling penting adalah kepercayaan dalam apa jua bentuk perhubungan. Komunikasi itu pun penting, jangan asyik fikir orang itu tahu apa yang kita rasa. Ada masanya aku terasa seperti membaca karya NB sebab banyak betul info yang diselitkan. Penulis pun menggambarkan Turin dengan baik sekali. Hingga aku yang penasaran, mahu masukkan nama Turin dalam wishlist melancong. Eh, Turki pun tak lepas pergi lagi! Ada hati mahu panjangkan wishlist hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (16) Bebunga Kasih

2:58 PTG 2 Comments
Bebunga Kasih
Hani Fazuha

ISBN: 9789831244623
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009
Halaman: ~ 502
Harga: RM 19.90




~ Rasaku… ~

Ardyana [Dya] mengalami episod hitam yang pahit. Diperkosa oleh abang kandungnya sendiri; Abang Ari semenjak dia berusia 10 tahun. Mungkin kerana itu Dya kurang menyenangi kaum lelaki. Apatah lagi dalam keluarganya, dia dipandang umpama sampah. Ayah tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Apa salahnya hingga sering saja disisihkan.

Sejak peristiwa itu Dya menjadi gadis yang pendiam dan suka menyendiri. Tetapi kehadiran Dya rupanya berjaya menarik perhatian Zarif, teman sekolahnya. Cuma cara Zarif saja yang tak berapa nak kena, sudahnya mereka berdua umpama musuh. Kemuncaknya Dya menampar Zarif, dan akibatnya ayah Dya mengamuk. Dya yang memang sering saja dianggap pembawa malang dihantar ke kampung.

Semasa di UPM, Dya bertemu kembali dengan Zarif. Jarak masa tidak dapat menghilangkan rasa sakit hatinya pada Zarif. Berkawan dengan Syamir semata-mata untuk mengelak dengan Zarid bukanlah satu perkara yang bijak. Episod seterusnya bagaimana kehidupan Dya sesudah bekerjaya. Diintai oleh Nasri; ketua di tempat kerjanya, begitu juga dengan kehadiran Syamir yang masih menyayangi Dya walaupun sudah beristeri. Ada masanya aku merasakan kesemua watak lelaki di dalam kisah ini digambarkan sebagai lelaki yang suka ambil kesempatan.

Konflik berlaku apabila Dya dipaksa bertunang dengan anak kenalan bapanya. Tiba majlis, Dya menerima kejutan yang maha hebat. Bakal ibu mentuanya adalah seseorang yang amat dia kenali. Lebih terkejut bila melihat bakal suami sendiri. Siapa? Tak susah pun nak teka :D

Tetapi aku tak faham satu perkara. Kenapa Dya begitu membenci Zarif tetapi mudah pula memaafkan Abang Arinya? Kalau ikutkan kesalahan Zarif adalah disebabkan kenakalannya, sesuai dengan usia mereka ketika remaja. Tetapi kesalahan Abang Ari? Dya sering saja gagal mempercayai kesungguhan Zarif sedangkan mudah pula dia mempercayai Abang Ari yang kononnya dah insaf. Mungkin aku ada tertinggal di mana-mana, ada masa nanti aku ulang baca.

Happy reading (^-<)

Khamis, 26 Mei 2011

Read Malaysia 2011

3:24 PTG 0 Comments
Date: 27 May – 5 June 2011
Time: 11 am – 10 pm
Venue: Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City


5 major pavilions:
1. General Books Zone (including reference books, educational books, magazines, story books and science fiction books),
2. E-World Zone,
3. Kids Zone (including stationeries, gifts and IQ games),
4. Comics, Animations & Games Zone,
5. Academic Zone and Food and Beverage Zone.




Pesta yang mengumpulkan buku-buku terbaik daripada penerbit buku berbahasa Melayu, Cina dan English. Aku perasan pesta ni kurang hebahannya, mungkin sebab aku masih tenggelam dengan keasyikan KLIBF 2011. Dekat sangat penganjurannya, tak sempat nak penuhkan kembali poket kecil ngee~~ Rasanya aku tak pergi [ya je aku ni kih5 :P], tetapi tengoklah nanti kalau ada kesempatan mencelah/merewang ke sana :D

Setakat yang aku tahu, PTS akan ada di sana. Syarikat penerbitan lain kurang periksa :D
Klik gambar untuk ke link PTS

Ps: Masih dalam mood malas mahu menaip review hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 25 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (15) Baju Melayu Hijau Serindit

8:48 PG 8 Comments
Baju Melayu Hijau Serindit
Syud

ISBN: 9789675118593
Penerbit: Jemari Seni Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mei 2011

Halaman: ~ 430
Harga: RM 19.00

~ Rasaku… ~

Wardah Ahmad Bakhtiar [Wardah] vs Mohammad Firas Adam Mohammad Iskandar [Pacai] :D Dua watak ini sudah berjaya membuatku tak henti-henti tersenyum. Watak yang ada warna yang berbeza dan rasanya aku boleh masukkan Pacai dalam carta hero idaman [gatal! :P].

Pertemuan mereka yang pertama kali terjadi disebabkan novel Nyanyian Tanjung Sepi. Pertemuan yang mewujudkan gelaran 'Dorothy' dan 'Shrek'. Cuma aku tak berjaya menzahirkan Pacai ke dalam bentuk Shrek, sebab mindaku sudah menekankan Pacai itu sangat kacak dengan baju melayu hijau [gatal lagi! Abaikan :P].

Pertemuan mereka seterusnya berlaku secara kebetulan. Kebetulan yang amat manis. Penulis bijak menyusun 'kebetulan' itu hingga aku rasa ia bukannya kebetulan yang disengajakan :D Begitu juga dengan watak-watak sampingan yang menjadi penyeri cerita. Saling berkait dan saling membantu penceritaan dua watak utamanya. Aku suka dengan Aidil; kawan Pacai. Aku suka dengan Nik yang merupakan teman baik Wardah. Aku juga suka dengan Ilham [boleh tak lepas ni tulis cerita Ilham? :D]; lelaki yang membuatkan Wardah rasa 'sesuatu' itu. Ilham yang menjadi idaman para mentua untuk dijadikan menantu.

Wardah yang kalut itu memang buat aku jadi kalut sama. Mana taknya bila dia menawarkan Pacai menjadi teman istimewa pura-puranya, aku pula yang gelabah - Please… please… say yes! kih5

Dalam novel ini aku tertarik dengan 2 perkara lagi.
1. Lelaki pun sukar nak lupakan cinta pertama.
2. Perempuan bila sudah meletakkan batas di hati, ia tidak akan pernah berubah.

Selepas membaca novel ni aku tidak dapat lari untuk menyelak semula halaman UATA. Rindu pada pasangan Adil & Aulia. Seperti karya Syud yang terdahulu, tiada konflik yang boleh membunuh jiwa. Tiada rasa nak campak atau nak hempuk kepala watak-wataknya. Cerita yang ringan, sempoi dan tetap indah di mataku :D Indah sebab ia cerita-cerita yang dekat di hatiku. Paling yang aku suka adalah istilah ini:

All good guys are taken [page 23]

Benarkah? :D

Teringat juga bingkisan Syud di helaian kedua BHMS:

If it’s worth it,
Then fight for it

[Harus akui, kadang-kadang aku tak bersungguh untuk berjuang sesuatu yang aku sendiri tak pasti, terutamanya bila libatkan perasaan hohoho horlicks~]

Ada banyak benda nak cerita mengenai novel ni, sayangnya jemariku malas nak menaip panjang-panjang [gelak jahat :D]. Jadi kesimpulannya, sila cari sendiri novel ini. Boleh beli, boleh pinjam tetapi jangan curi! :D Atau pergi ke Ulat Buku. Ada banyak review pasal novel ini.


Ps: Fira, aku pun rasa menyesal tak bergambar dengan Cik Penulis yang manis tu *wink* Mungkin aku malu [alasan tbb :P]

Happy reading (^-<)

Khamis, 19 Mei 2011

Cabaran 50 Buku/Novel & Promosi

2:52 PTG 0 Comments
Klik untuk keputusan penuh di laman Ulat Buku



Info yang diambil di Ulat Buku. Tahniah ya pada semua pemenang! :D Apa yang aku gariskan di situ adalah sebagai pembakar semangat. Mana taknya bila Kak Wan Amalyn tulis begitu, ada rasa bangga pula *wink* Teringat kata seorang tutorku, 'kalau kamu pening, maknanya ada peningkatan!' [Eh, ada sangkut-pautkah? kih5 :P]




Promosi: Jom jadi ahli SMO Card!

Syarikat Muda Osman sedang melancarkan "SMO Card". Berminat? Boleh daftar ya, RM5.00 je :D

Sepatutnya aku menulis review, tetapi minggu ni aku dah kehilangan kosa kata :P Otak pula makin tepu, nak fikir ayat pun sudah berjam-jam. Sudahnya aku sambung membaca. Baca dan baca. Apalagi yang paling seronok selain membaca? :D

Ps: Sudah ada 3 karya online dibaca. Makin bertambah hutang review :P

Happy reading (^-<)

Isnin, 9 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (14) Kasih Antara Kita

5:20 PTG 0 Comments
Kasih Antara Kita
Norisah A. Bakar

ISBN: 9789838938846
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2008
Halaman: ~ 584
Harga: RM 19.90


~ Rasaku… ~


Ini novel kedua tulisan penulis Kota Singa yang ada dalam simpanan. Langsung teringat catatanku dulu tentang karenah penduduk flat :D Jadi berbekalkan KAK, dapat jugalah mengintai kisah penduduk Melayu di sana.

Nur Asyikin [Syikin] bukan seperti watak heroin biasa. Dia gadis yang biasa-biasa saja. Tak pandai sangat, bukannya kaya malah cantiknya pun dianggap kurang daripada adiknya; Nur Suraya [Yaya]. Namun bukan itu persoalannya. Bukankah cantik itu subjektif? :D

Syikin pernah menyandarkan harapan pada Zulkarnain. Keakraban mereka memang ramai yang mengetahuinya. Kerana selesa dengan Zulkarnain, hatinya menyimpan rasa cinta. Sayangnya ia ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu. Hati Syikin tercalar. Sedar akan kedudukan dirinya yang tak setanding Zulkarnain. Sikap Zulkarnain yang makin menghindarnya begitu mengecewakan. Memahami isyarat yang diberi, Syikin mula menjauhi.

Pemergian Zulkarnain ke Australia titik-tolak untuk Syikin membina hatinya kembali. Sudah dia tinggalkan cinta yang tak terbalas. Belajar menerima takdir walau ada masanya dia tewas juga melayan perasaan. Zulkarnain pula sebaliknya mula rasa menyesal. Mula merindui Syikin. Dia cuba mengintai peluang, cuba mendampingi Syikin kembali. Alahai! Lelaki seperti Zulkarnain memang mengecewakan. Sepatutnya menghargai si dia yang ada di depan mata, bukannya tercari-cari bila dia sudah tiada.

Syikin berkeras tentang hatinya kali ini. Lagipun sudah ada seseorang yang bisa membuatkan jantungnya berdetak lebih kencang. Ahmad Zakuan memang misteri. Kemunculannya bukan saja membuatkan Syikin itu ternanti-nanti malah aku juga *wink* Ahmad Zakuan tidak banyak bercakap tetapi tiap bicaranya menyengit. Dalam serius ada sendanya. Dalam dingin ada mesranya. Tahniah Kak Nor kerana mempotretkan Ahmad Zakuan dengan indah :D

Keluarga Syikin merupakan keluarga Melayu Singapura yang sederhana tetapi ibunya seorang yang agak berlagak. Sanggup berhutang untuk kelihatan lebih hebat daripada jiran sekitarnya. Dan di atas sebab itu Syikin menyemat cintanya diam-diam di dalam hati. Dia cukup faham yang ibunya mahu setiap anaknya mendapat jodoh yang berharta. Apatah lagi kakaknya; Nur Amira dan Yaya berkahwin dengan lelaki yang berada. Jika nak dibandingkan dengan Ahmad Zakuan yang kurang dipandang ramai itu memanglah jauh bezanya.

Namun selepas kematian ayah Syikin membuka mata ibunya. Dengan pelbagai musibah yang berlaku membuatkan keadaan mereka sekeluarga tidak tenang lagi. Syikin sebagai anak kedua memikul tanggungjawab yang ditinggalkan. Bantuan yang dihulurkan oleh Ahmad Zakuan menyebabkan ibu Syikin mula sedar. Kebahagiaan tidak datang bersama wang ringgit.

Melihat watak Nur Asyikin terasa seperti melihat diriku sendiri [perasan lebih! Sila abaikan :P]. Tetapi seperti kata Syikin cinta bukanlah rasa mutlak yang boleh membawa kita ke mahligai perkahwinan. Mungkin aku pesimis tetapi bagiku cinta saja tidak memadai untuk hidup bersama. Apatah lagi tanpa restu keluarga.

Happy reading (^-<)

Rabu, 4 Mei 2011

Cerita KLIBF: Kenanganku

5:22 PTG 4 Comments
Sudah 4 hari berlalu. Bagaimana dengan kisah anda ke pesta buku? Menarik? Rasanya tahun ni yang paling meriah buatku. Tak pasti kenapa. Sebab tiada teman agaknya, jadi bila pergi memborong tu jadi lupa diri hik3 lalala5 :P

Bajet untuk membeli tahun ni pun bertambah. Maknanya bilangan buku juga bertambah. Mujur juga sudah siap-siap di rumah – bawa hanya cash! Alhamdulillah! Jadi tiadalah tangan menggatal mengeluarkan duit / kad lain :P

Ada terbaca yang susun atur di KLIBF tahun ni agak serabut. Rasanya tak. Senang pula aku mencari tiap booth. Walaupun pada mulanya aku memang kelam. Mana taknya seelok sampai, ada pula rombongan sekolah. Melilau aku mencari booth. Siap tanya Kak Adhan lagi di mana booth JS. Sedangkan ia hanya di sebelah kanan aku hik3 lalala5 :P

Tahun ni juga tiada jurujual Linguaphone yang 'berleluasa'. Tiada juga gangguan cik adik/abang kad kredit. Mujur! Atau kali ni aku yang lebih cekap melarikan diri daripada mereka kih5 :D

Tetapi yang tak best bila tiada teman tu, satu gambar pun aku tak diambil. Aduh! Lupa! Over-excited? Biasanya memang ada seorang teman yang mengekor, jadi aku cuma sengih depan kamera. Kali ni seorang, jadi aku cuma menyengih depan penulis hahaha :P Bila dah habis memborong barulah kawanku sampai. Jadi aku pula yang mengekor dia mencari buku-buku rujukan/latihan budak sekolah. Sempat juga lah aku membeli 2-3 buku latihan UPSR buat adik sepupuku :D

Bertemu dengan Geng Lomba Baca juga pengalaman baru. Walaupun hanya 2 orang iaitu Kak Adhan & Kak Wan :D *tak sempat posing-manja dengan kakak berdua ni* Teringat kata-kata Kak Adhan di sini [muka saya sama je la kak :D] *wink*


Credit to model memegang: Kak Adhan


Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (13) Kasih Yang Suci

2:00 PTG 8 Comments
Kasih Yang Suci
Meen Zulaikha

ISBN: 9831242726
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 21 Feb 2007
Halaman: ~ 572
Harga: RM 19.90


~ Rasaku… ~


Nora Elena [Elena] ditinggalkan oleh tunangnya; Saiful Idham kerana kesuciannya diragui. Memang sepuluh tahun yang lalu, Elena telah dinodai oleh seseorang yang tidak dia kenali. Peristiwa itu menjadi sejarah hitam yang tak akan pernah dilupakan seumur hidupnya. Tetapi dia redha. Dia sedar akan takdir tidak pernah memihak kepada sesiapa.

Elena tertekan kerana di saat-saat akhir masakan perkahwinan mereka dibatalkan. Apatah lagi dia kini bertambah malu kerana sejarah hitam yang menjadi rahsianya bertahun-tahun kini dibongkar. Dalam pada itu, muncul Seth; jejaka berbangsa Cina yang juga merupakan abang kepada teman rapatnya ketika bersekolah dulu. Seth rupanya sudah lama menyukai Elena. Jadi bila peluang ada di depan mata, cepat saja Seth merebut. Dia mahu Elena menjadi isteri sahnya.

Walaupun Elena mengelak namun kerana keluarganya dia turutkan. Memanglah Seth ni gilakan Elena. Sanggup lakukan apa saja untuk memiliki gadis pujaan. Elena walau pada mulanya agak dingin namun sedikit demi sedikit, hatinya mula terbuka. Lagipun kedinginan Elena itu tidak menjadi masalah besar buat Seth. Apatah lagi dia sudah cukup mengenali Elena, luar dan dalam. Apakah maksudku? Ha, kenalah anda cari sendiri.

Watak Elena dan Seth memang aku sukai. Elena yang dingin dan beku tetapi bila hati dah sayang dia bisa cair dengan mudah. Seth yang sebenarnya 'baik' ada makna. Walaupun perbuatannya seperti pengecut tetapi dia tetap bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Cuma risaukan janganlah anak muda sekarang terikut-ikut ya! Ingatan keras!

KYS tak perlu dicerita lebih lanjut. Ia cerita lama [tahun 2007 tu :D] tetapi tetap menarik dan tertarik! Novel yang menyebabkan nama Meen Zulaikha popular walaupun KYS buah tangannya yang pertama. Ramai yang jatuh hati dengan novel ni termasuk juga aku. Jangan lupa nantikan kisah novel yang diangkat ke drama ni [Mei ni di TV3 slot Akasia :D].

Ps: Gambar diambil di laman Alaf 21 sebab terlupa nak snap hari tu hik3 lalala5 :D

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)