Episod Cinta
Harlys
Fieyza Fadlina
ISBN: 9789671188
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 644
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Full review: 25/01/2018
Masa dah mula baca aku
tertanya-tanya la siapakah gerangan Harlys ni? Dah baca separuh baru nampak
review di GR yang ia sebenarnya gabungan nama rupanya. Silly me! Haha.
Sebenarnya aku memang
suka dengan kisah penghijrahan ni tak kisahlah wataknya lelaki atau pun wanita.
Tapi dalam kisah ini, bagai kurang ‘rasa’. Aku tak dapat nak ‘selam’ bagaimana
seorang abang dan ibu yang seakan-akan rela menyerahkan tanggungjawab
membetulkan anak pada seorang yang tak dikenali. Itu pun selepas 6 tahun, baru
rasa “Haaa adik aku ada suami. Patut
suruh suaminya bimbing ke jalan yang benar.” Terus aku rasa, ehhhhh!
Apa pun aku bagi
kredit pada Arlyssa. Sekurang-kurangnya dia try
her best to change, and she did it well. Bukan macam Humaira tu. Nampak complete package sebab berilmu bagai
tapi hati? Sebab tu kita jangan cepat nak melabelkan dia itu begini-begitu.
Hidayah datang tanpa diduga.
Keseluruhannya masih
boleh dihadam. Cuma itulah mungkin aku yang kurang ‘rasa’. Nanti aku cuba baca
novel lain penulis ini.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan