Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Jumaat, 29 April 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (12) Kaca Jendela Ainnur

8:59 PG 0 Comments
Kaca Jendela Ainnur
Diya Nordin

ISBN: 9789675118517
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Januari 2011
Halaman: ~ 414
Harga: RM 18.00


~ Rasaku… ~


Terima kasih kepada Ulat Buku di atas hadiah yang comel ini :D Patutlah hati berat je nak masukkan novel ini dalam wishlist, rupanya ia akan 'hadir' sebegini. Kemudiannya dapat bertemu empat mata dengan penulisnya sendiri. Terima kasih! *senyum lebar*


Ainnur Shahirah [Ainnur]; aku jatuh cinta dengan peribadinya. Bagaimana dia meniti hidupnya yang berliku. Bukan senang untuknya berdepan dengan Syuhairah walaupun wanita itu ibu kandungnya sendiri. Seumur hidupnya, Ainnur tidak pernah dipedulikan. Umpama melukut di tepi gantang, menagih kasih pada mama sendiri. Sedihnya!

Ainnur tidak pernah kenal siapa ayahnya. Ayah yang juga membuangnya. Namun dia tetap bersyukur kerana ada Luqmannul Hakim; ayah tirinya yang dipanggil Uncle Papa. Lelaki itu yang merawatnya semenjak kecil. Cuba mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh mamanya sendiri. Kasihan Ainnur. Menumpang kasih pada ayah tiri, sedangkan mama makin menjauh.

Kesabaran Ainnur seringkali diuji. Hatinya sering saja terluka. Kesukaran menggapai kasih si ibu membuatkan Ainnur cuba melarikan diri. Mungkin dengan jarak waktu, mamanya akan mula merindu. Namun sangkaannya meleset. Ada tiada, kehadirannya tidak pernah diendahkan.

Kehadiran Faizal hanya menimbulkan konflik. Senior si adik tirinya; Ain Suhana rupanya cuba mengintai Ainnur. Ikutkan hati, Ainnur memang mahu mengelak tetapi bila terkenangkan Uncle Papanya, dia turutkan. Sayangnya Ain Suhana pula yang hampir putus nyawa. Kerana si adik, mamanya berang. Mula mengungkit di hadapan suami hingga lupa dia juga ada Ainnur. Alahai! Terluka lagi hati Ainnur.

Permainan takdir tidak hanya di situ. Siapa tahu mamanya kemalangan jalan raya sehingga koma di saat Ainnur sudah lelah mengejar kasih mamanya. Dan kisah selanjutnya? Aku tak akan cerita *gelak jahat* Aku mahu kamu merasai sendiri kisah kembara Ainnur dalam mencari kasih ibu dan ayahnya.

Terlupa pula pada watak Zhafran Huwaidi, antara watak penting yang bakal mengubah hidup Ainnur. Aku juga suka dengan kewujudan Umi, ibu tiri ayah Ainnur; Amir Iskandar. Begitu juga dengan watak Tok Baba dan Tok Mama. Kesemuanya saling berkait yang bakal membawa anda mengenali Ainnur dengan lebih dekat.

Walaupun aku ni sering saja dikatakan minah jiwang yang baca novel cinta tapi air mataku tak mengalir dengan mudah. Ini novel ketiga yang berjaya mengusik emosiku, hinggakan aku perlu sediakan sapu tangan di sisi. Tak suka! hik3 lalala5 :P Tahniah buat penulisnya kerana berjaya membingkiskan kisah Ainnur Shahirah dengan baik sekali hinggakan aku teringin mencari novel tulisannya yang lain :D


Masa itu makhluk Allah yang tak pernah berhenti dan tak pernah menoleh [page 414]


Happy reading (^-<)

Selasa, 26 April 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (11) Tiada Khatimah Cinta

10:06 PG 0 Comments
Tiada Khatimah Cinta
Salina Ibrahim

ISBN: 9789831246290
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 5 Jan 2011
Halaman: ~ 496
Harga: RM 19.90


~ Rasaku… ~


Kata orang kesilapan silam akan menghantui kita walau ke mana saja kita pergi. Walaupun sudah bertaubat dan insaf, kita sukar melenyapkan rasa bersalah itu. Terasa bebannya tak tertanggung walaupun kaki mahu melangkah ke hadapan. Benarkah?

Anis Hasanah [Hana]; gadis yang sudah memulakan hidupnya yang baru. Meninggalkan dunia jahilnya jauh dari kamus hidupnya. Namun, langkahnya bukan mudah. Sering saja hatinya merusuh. Apatah lagi apabila dia berhadapan dengan 'sejarah' lama itu hampir setiap hari. Amir Hakim dilayan dingin. Sabar, sabar dan sabar – itu yang diajar berulang kali dalam dirinya, namun si kecil itu sering saja menyebabkan Hana hilang sabar.

Bertemu dengan Hatim; rakan perniagaan keluarganya membawa Hana ke satu dimensi baru. Sudah berulang kali hatinya dikeraskan, tetapi hati kecilnya sering saja terusik dengan perilaku Hatim. Lelaki itu punya hati yang tulus. Hatinya ikhlas berkawan dengan Hana. Padanya, Hana bisa menggetarkan naluri lelakinya. Malah sikap Hana yang sering saja rendah diri itu membuatkannya makin terpaut.

Mereka berdua bukannya bercinta seperti orang lain. Tiada madah-madah cinta yang meloyakan. Tiada kata-kata puitis yang romantis. Tetapi aku harus akui lenggok bahasa yang digunakan sudah cukup menggambarkan perasaan Hana dan Hatim. Hubungan mereka berdua direstui oleh keluarga Hana, malah satu-satunya kakak Hatim juga amat menyenangi Hana.

Namun ada yang cemburu. Ada yang iri hati dengan hubungan Hana-Hatim. Pada Ehsan, hidup mesti ikut hatinya. Dia mahu mendapatkan semula cintanya yang pernah hilang dan cinta itu adalah Hana. Tidak dapat cara baik, dia gunakan 'sejarah' lama Hana. Watak Ehsan memang dipotret dengan baik. Rasa menyampah dengan Ehsan memang tidak dapat aku elakkan kih5 :P

Hatim yang memang tidak pernah mengetahui 'sejarah' lama Hana mula meragui keikhlasan Hana. Mujur juga Hana cepat sedar akan Hatim yang makin menjauh. Dengan bantuan abang keduanya; Hilman, 'sejarah' lama itu dibongkar. Hatim memang seorang lelaki yang berjiwa besar. Apa yang berlaku dulu biarlah berlalu. Dia kini cuba lebih realistik, menawarkan dirinya untuk saling berganding dengan Hana. Saling melangkah menuju masa depan.

Cerita ini memerlukan kesabaran. Kesabaran untuk mengetahui apa itu 'sejarah' hidup Hana. Namun aku rasa kesabaran itu memang berbaloi. Apatah lagi dengan kisah penamat yang cukup manis. Pengajaran yang paling berkesan pastinya tinta penulis yang begitu menekankan sikap berlapang dada, saling memaafkan dan tidak bermusuhan. Malah apa yang mengagumkan adalah hubungan kekeluargaan yang disulam baik dalam keluarga ini. Bagaimana ahli keluarga Hassan Indra dan Siti Rahmah saling menyokong antara satu sama lain. Seperti apa yang dituliskan, tiap watak mahu melangkah terus ke hadapan, memburu khatimah hidup yang tenang lagi diredhai. Dan inilah kisah mereka, maka kamu haruslah membacanya!

Novel Nur pertama keluaran Alaf 21 yang ada dalam gobokairina :D Terpikat dengan tajuknya di kala aku membaca sisipannya di sebuah akhbar awal pada tahun lepas. Cerita bersiri yang disiarkan sekali seminggu ni sering saja aku tertinggal. Maklumlah aku bukannya suka membaca cerita bersiri kih5 :P Ini juga novel pertama penulis yang begitu popular dengan Bukan Yang Pertama [BYP] aku baca. Ternyata novel ini juga berjaya menarik aku mencari novelnya yang lain. Mungkin aku patut mula dengan BYP :D

Lorong dan jalan yang panjang mungkin tidak akan lurus, mungkin tidak akan rata sepanjang masa. Barangkali dia akan terserempak simpang, mungkin akan ada lekuk kelok yang menuntut mata lebih berawas dan tentu akan ada lubang-lubang yang harus dielakkan supaya tidak terjerembap jatuh [page 27]

Kematangan tak datang dengan bertambahnya usia. Kematangan bermula dengan sikap menerima tanggungjawab [page 83]

Ps: Siapa dah baca BYP? Sila kongsi review anda denganku :D

Happy reading (^-<)

Isnin, 25 April 2011

Menulis Itu Cinta!

10:36 PG 2 Comments



Pernah diminta untuk menulis novel. Memang terkejut. Mana taknya aku bukannya penulis. Tak layak pun rasanya nak jadi pengarang cerita hik3 lalala5 Lagipun kalau semua dah menulis, siapa pula yang nak jadi tukang baca kan? Jadi eloklah aku jadi pembaca, penyokong tegar para penulis di luar sana :D

Menulis memang ikut suka. Ikut suka imaginasi. Namun bagi aku, menulis bukan hanya ikut suka, ikut hati, ikut perasaan. Menulis itu datang dengan tanggungjawab dan aku tahu aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Apa yang ditulis bukan hanya untuk suka-suka. Jadilah penulis yang mendidik para pembacanya, yang memberikan input berguna supaya nilai wang yang dikeluarkan itu setara dengan nilai yang ada dalam novel anda. Dengan itu baru orang lain tak mengata novel itu bahan bacaan picisan.

Sedikit nasihat buat para pengkarya online [nasihat yang diberi oleh seorang teman, kini aku sampaikan pada kamu!]:- Tolonglah menulis dengan baik. Elakkan menulis dengan singkatan ayat. Tolonglah menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik dan betul. Tak perlu pun menggunakan Bahasa Melayu Tinggi [kalau guna aku memang respek la, sebab aku pun tak tahu sangat menggunakannya :P]. Biasakanlah diri menggunakan struktur ejaan yang betul sebab kita bukan menulis dalam bentuk sms. Contoh: yang bukan yg, begitu bukan gitew, sayang bukan sayunk

Aku juga bukanlah penulis yang baik kerana masih menyelitkan Bahasa Inggeris dalam tulisanku di sini. Jadi aku suka mengingatkan para pembaca:

READ AT YOUR OWN RISK
[Blog menggunakan Bahasa Melayu + English + Slanga]

Menulis itu cinta. Jadi sila biarkan aku jatuh cinta dengan tulisan-tulisan kamu semua :D

Ps: Tahniah kepada beberapa rakan maya yang sudah bergelar penulis! :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 21 April 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (10) Cinta Abadi

5:30 PTG 19 Comments
Cinta Abadi
Nasiroh Abdul Rahman

ISBN: 9878972213
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 1995
Halaman: ~ 259
Harga: RM 11.90




~ Rasaku… ~


Novel ini dibeli di atas cadangan Kak Yayah, yang beria promote. Mujur ada dijual secara online. Credit to Shida. Walaupun buku terpakai tapi jadilah sebab nak dapatkan yang baru agak mustahil kerana ia diterbitkan 16 tahun sudah.

CA bermula dari alam persekolahan. Kisah anak muda yang nak ambil SPM. Menjadi anak remaja memang seronok. Ada banyak kenangan manis. Itu apa yang disampaikan di awalnya. Kisah Izza bersama-sama temannya; Mira, Syafiq dan Tengku Iskandar. Saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

Lumrah cinta akan hinggap di hati. Izza terpaut pada Tengku Iskandar tetapi mengenangkan peperiksaan yang bakal menjelang, dipendamkannya. Namun siapa menyangka rupanya Tengku Iskandar juga punya rasa yang sama. Bila saja berpeluang Tengku Iskandar tidak tunggu lama, mudah dia berterus-terang dengan perasaannya. Izza menyambutnya dengan senanghati. Tetapi sering saja dia ingatkan diri, tanggungjawab utamanya adalah belajar. Bukan hanya asyik bercinta.

Izza kemudiannya bertemu Azri; anak Dato’ yang bermasalah. Pada mulanya Azri seorang pelajar yang baik tetapi keretakan hubungan ayah dan ibunya membuatkan Azri tertekan. Kebahagiaan dalam keluarganya tidak bertahan lama. Disebabkan itu dia tekad untuk keluar dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa. Bertemu dengan Izza berjaya mengubah Azri. Dia bagaikan sudah disuntik semangat baru. Dalam diam, hatinya juga mula menyayangi Izza lebih daripada seorang sahabat. Namun kerana Azri tahu hubungan Izza dan Tengku Iskandar, dia rela berundur.

Kisah seterusnya bila mereka semua menginjak dewasa. Lebih tertumpu pada kisah cinta Izza dan Tengku Iskandar. Dugaan datang. Izza melepaskan cintanya, muncul Izam dan kemudiannya Farriz Arman; abang sepupu Izza. Jadi di mana letaknya Azri? Tegarkah melepaskan Izza sekali lagi setelah tahu kisah cinta Izza yang terkubur? Ha, kena lah baca ya kawan-kawan! :D

Meneliti karya ni mengingatkan aku pada gaya Hlovate. Baik dari segi gabungan dua bahasa [BM+English], ayat-ayat santai dan sempoi. Tetapi gaya je lah, yang pasti kedua-dua penulis ini ada sentuhan yang tersendiri.

Tengku Iskandar sudah mati! Sudah penyek digelek steamroller! Sudah hilang ditelan bumi! [page 207]

Ps: Esok KLIBF! Teringat Kak Adhan, aku dah senyum sampai telinga :D

Happy reading (^-<)

Selasa, 19 April 2011

Cerita KLIBF: 3 Hari Lagi!

1:40 PTG 4 Comments
3 hari menjelang KLIBF. KLIBF bermula hari Jumaat ini. Sudahkah bersedia dengan beg besar masing-masing? :P

Setakat ni aku tak pernah lagi bawa beg roda/tarik yang macam nak pergi oversea tu. Paling-paling pun bawa bagpack hehe2 Dan rasanya kali ni pun guna backpack je. Alhamdulillah, aku belum lagi sampai ke tahap beg roda/tarik tu kih5 Namun yang merisaukan aku adalah ruangan untuk meletakkan novel-novel bakal dibeli ni. Mahu tukar lagi ke rak buku? Ngee~ lagi ngeri bila mengenangkan 'bebelan' manja ibuku hik3 lalala5

Info nak share, yang diterima melalui email pagi tadi. Ada kupon istimewa yang dikeluarkan oleh pihak Jemari Seni. Kupon diskaun 25% ini tak silap aku terhad ya. Jadi harap maklum! Pada mereka yang berminat boleh lah ke LRT KL Sentral pada 20 April [esok ya-Rabu!]. Nak kenal mereka ni senang je, perhatikan saja kakitangan JS yang memakai badge/tag Si Manis 17/JS. Ada juga beberapa LRT terpilih sekitar Lembah Klang, tapi maaf aku dah terbuang emailnya huhuhu5 :(

Ps: Diserang flu, tapi akan tetap baik bila tibanya KLIBF hehe :P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 15 April 2011

Cerita KLIBF: Diskaun Membeli Buku

2:35 PTG 2 Comments
Semangat aku nak share hal ni. Yalah, pada yang nantikan pesta buku, memang tak sah lah kalau tak cari info yang WAJIB ni – DISKAUN! Aku memang suka dapatkan diskaun sebabnya boleh jimat habis!

Jemari Seni

(a) 20% untuk buku-buku terbitan 2011
(b) 30% untuk buku-buku terbitan 2006-2010
(c) 40% untuk 'tawaran istimewa'

Semua novel terbitan JS Adiwarna - Siri Buat Orang Muda [RM10 sebuah] dan Novel Si Manis 17 [RM14 sebuah].





Alaf 21




Cetak kupon diskaun ini dan bawa bersama apabila membeli buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.





PTS




Kupon Diskaun Bonanza Facebook PTS + 1 buku percuma: Sah untuk Fan FB PTS.

Klik di sini untuk jadi ahli. Klik sini bagi mendapatkan maklumat mengenai kupon diskaun serta hadiah istimewa dari PTS.




Ini je yang aku tahu la setakat ni. Kalau ada info lagi aku cerita lagi.

Ps: Happy shopping :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 13 April 2011

Cerita KLIBF: Wishlist's Gobokairina

5:29 PTG 2 Comments
Lama tak buat review disebabkan kesibukan [alasan :P]. Kebetulan, idea untuk menulis review pun tak kunjung tiba. Boleh tak dikategorikan sebagai writer’s block? [Ngada-ngada ngee~] Macam lah aku ni penulis novel hahaha5 Tapi dek kerana ingin juga update blog, so aku searching booth yang bakal aku kunjungi masa KLIBF nanti.

Jemari Seni Sdn Bhd
Dewan Tun Hussien Onn
Booth No: A05 - A08


PTS Publications
Dewan Tun Hussien Onn
Booth No: C01 - C012


NB Kara Sdn Bhd
Dewan Tun Razak 3
Booth No: B62 - B63


Fajar Pakeer Sdn Bhd
Dewan Tun Razak 3
Booth No: A06 – A09


Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd [Alaf21/Karangkraf/Buku Prima]
Dewan Tun Dr. Ismail [Tingkat bawah]
Booth No: 60 Booth [Paling besar aku rasa]

Kalau berkesempatan jelajah, aku teringin juga singgah di Dewan Bahasa & Pustaka [Bilik Perlis, Dewan Tun Dr. Ismail], Must Read Sdn Bhd [Legar Putra], Pekan Ilmu Publications [Dewan Tun Razak 3], Kaki Novel [Dewan Tun Razak 3], Karnadya [Dewan Tun Razak], Creative Enterprise [Dewan Tun Razak 3]. Tapi ni pergi kalau ada duit lebih je hik3 lalala5

Senarai novel/buku nak dibeli? Tu yang sedang aku cuba usahakan. Kalau tengok wishlist, memang berkajang-kajang. Tapi bila fikirkan bajet, aku rasa banyak kena potong nanti kih5 :P

Dah terfikir nak naik LRT je. Mudah dan lebih cepat. Tak perlu fikir pasal traffic jam, parking etc. So, anybody wanna join me? :D


Ps: Sesiapa yang terjumpa aku nanti, jangan lupa tegur. Aku jamin, aku tak makan orang cuma nanti aku mungkin blur sebab tiba-tiba je ada orang yang kenal aku kih5 [perasan... sila abaikan :P]

Happy reading (^-<)

Rabu, 6 April 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku: Bulan Mac 2011

11:11 PG 6 Comments
Terima kasih pada ahli panel. Terharu juga sebab review yang entah apa-apa itu terpilih. Thanks a lot :D

Review yang ditulis hari tu adalah tulisan John Norafizan; antara penulis kegemaranku. Boleh klik sini untuk baca :))

Credit to Fira too :P Sebab 'kemasinan' taipan jemarimu, reviewku dipilih antara 10 ulasan terbaik oleh para panel penilai JS.

Tahniah pada para pemenang yang lain. Aku tak kenal yang lain tu kecuali Kak Mardihah Adam, Melihat Buku [aku kenal melalui blog saja :D] dan Kak Wan Amalyn [pun kenal melalui blog juga :D]

Sumber: http://ulatbuku-06.blogspot.com/

Ps: Sempat lagi untuk kamu semua menyertai kami. Jom! Kita Lomba Baca :D

Happy reading (^-<)

Notis Pembetulan: Maaf dari gobokairina!

10:14 PG 0 Comments
Sebenarnya nak betulkan kenyataan tentang novel Kasih Yang Suci [KYS] & Rindu di Awan Biru [RDAB].

Aku yang salah dengar hari tu [salahkan telinga sebab kurang dengar & jemari yang cepat pula menaip maklumat kih5 :P]. Sebabnya semasa bertemu dengan Kak Meen Zulaikha, Kak Meen ada menanyakan novel yang mana menjadi favourite. Lantas cepat saja aku menjawab KYS hehehe Beliau kemudiannya ada menyatakan tentang kesinambungan novelnya. Jadi aku yang dah excited gila masa tu yang tersalah dengar. Maaf ya! Info yang sebelum ni salah. [aku dah betulkan juga dalam post terdahulu]

Terima kasih pada Encik / Cik Tanpa Nama yang meninggalkan pesan. Maaf pada penulis kerana gobokairina memberitahu info yang salah.

So, hopefully my apologize is accepted. Jangan marah-marah ya! :D

Tapi ni memang maklumat sahih. KYS akan diadaptasikan ke dalam drama. Akan bersiaran di saluran TV3. Tunggu saja kemunculannya, tak pasti bila tapi mungkin dalam Mei nanti. Yang pasti heronya Aaron Aziz dan heroinnya Siti Saleha :))

Happy reading (^-<)

Isnin, 4 April 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (9) Rindu di Awan Biru

4:18 PTG 7 Comments
Rindu di Awan Biru
Meen Zulaikha

ISBN: 9789831246252
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 518
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

RDAB ada kisah poligami. Memang aku tak suka cerita begini tetapi mujurlah penulisnya memotretkan kisah ini dengan baik. Indah kah menjadi isteri kedua? Benarkah hanya isteri pertama yang selalunya didera fizikal dan mentalnya? Siapa pula yang sebenarnya paling banyak berkorban perasaan?

Hanan belajar daripada pengalamannya yang lalu. Melihat ibunya yang dimadukan menyebabkan Hanan rasa takut untuk jatuh cinta. Dia jadi dingin dengan semua lelaki kerana padanya lelaki itu hanya akan melukakan. Tetapi tabik juga dengan Hanan sebab walaupun dia tahu tentang kebenaran ayahnya tak pernah pula dia bersikap kurang ajar dengan orang tuanya sendiri.

Dalam pada itu, tugasnya membawa dia berkenalan dengan Akmal. Jejaka yang dalam diam dapat menggetarkan nalurinya. Puas sudah membina benteng, tetapi akhirnya Hanan jatuh cinta juga dengan Akmal. Berwalikan Adi; adik Hanan, mereka berdua dinikahkan di Masjid Biru.

Episod cinta Hanan-Akmal selepas itu memang nampak romantis habis. Mungkin tak pernah bercinta, jadi Hanan benar-benar bagaikan di awangan. Sayangnya, cinta Akmal padanya dibelah dua. Sakitnya hati bila ditipu. Lukanya jiwa kerana dipermain-mainkan. Hanan pasrah bila mengetahui statusnya sebagai isteri kedua. Walaupun sering kali menjeruk rasa, namun dia tetap tegar menjadi sang isteri yang setia. Benarkah kerana cinta, kita rela disakitkan berulang-kali?

Pada mulanya aku memang senang dengan watak Akmal tetapi bila sudah sampai ke konfliknya, aku jadi geram. Bukan rasa nak ketuk-ketuk kepala ke apa ke, tapi memang rasa nak fire terus hahaha Sebagai lelaki yang berkahwin dua, Akmal gagal menyempurnakan tanggungjawabnya dengan adil. Bertambah geram dengan Akmal yang tidak mampu mengawal emosinya dan sewenang-wenangnya menjatuhkan talak tiga pada Hanan! Sikap Akmal yang terlalu cepat menghukum itu memang buat aku bengang.

Hanan yang terluka menggagahkan diri untuk terus hidup. Kasihan Hanan kerana ditinggalkan suami dan kehilangan ibunya dalam masa yang sama. Kemunculan Ridz bagaikan membawa sinar baru. Tetapi sayang, hatinya terluka lagi. Apa sebabnya? Kenalah baca ya :P

Seperti kulit bukunya memang kita asyik dibawa 'terbang' je :D Seronok sebenarnya kalau baca kisah begini, lagipun mengenangkan watak heronya yang menjadi kapten kapal terbang. Terus teringat cerita Adam & Hawa. Maaf bukan nak membandingkan tetapi memang Kapten Adam; adalah juruterbang pertama yang lekat di hati :))

Jangan cari keserasian, tapi wujudkan keserasian, jangan cari apa yang kurang, tapi hargailah yang lebih dan jangan banyak mengajar tapi kenalah banyak belajar [page 492]

Ps: Ada berborak dengan Kak Meen, katanya novel ini akan ada kesinambungannya. Tunggu ya kemunculannya! :D

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)