Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Isnin, 22 Februari 2010

Kau Sayangku

3:20 PTG 0 Comments

JUDUL: KAU SAYANGKU
PENULIS: BIKASH NUR IDRIS
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD


~ Rasaku… ~

Mula-mula baca novel ni pinjam daripada seorang kawan. Aku terus jatuh suka! Jadi, sudah tiba masanya menjadikannya sebagai koleksi sendiri ;D Kalau tak silap aku beli ini di Book Galore. Thanks ya ;D

Gaya bahasa yang sangat-sangat selamba dan penuh humor memang buat aku tertarik. Tak boleh tidak novel ni dibaca non-stop hik3 lalala5 ;P Cerita cinta komedi dan bergenre remaja ni sesuai juga untuk mereka yang mahukan hiburan yang ringan.

Ia bercerita tentang Arissa yang cuba melarikan diri daripada Eddy Sham yang tergila-gilakannya. Rimas bila dihimpit dengan pelbagai cubaan mengurat oleh Eddy Sham yang memang tak makan saman tu, Arissa mereka cerita yang kononnya dia sudah bertunang. Dengan selamba pula bibirnya menuturkan nama "Akif Zamani" sebagai tunangannya. Idea gila yang memang tak masuk akal! hahaha Tetapi demi mengelak daripada si Eddy Sham dia sanggup.

Namun, siapa tahu ada pula insan yang bernama Akif Zamani muncul di sisinya. Si pria yang bujang itu merupakan bos baru di tempat kerjanya. Ternganga kejap la si Arissa! Bila Akif Zamani dapat tahu hal berkenaan 'pertunangan' tu pula, dia mula naik angin. Dia sengaja mempergunakan hal itu sebagai tempat dia membalas dendam. Tiap-tiap hari ada saja akalnya untuk mengusik dan sekali gus menyakiti hati Arissa.

Kesabaran Arissa melayani setiap karenah Akif Zamani membuatkan hati Akif Zamani mula terpaut. Apatah lagi apabila masanya banyak dihabiskan bersama gadis ini. Dalam diam dia mula menyimpan niat, 'pertunangan' ini seharusnya diteruskan. Malah sepatutnya sudah pun diakhiri ke jinjang pelamin. Apa ya reaksi Arissa? Pastinya kenalah baca karya yang telah juga diterbitkan sebagai drama bersiri di tv2. Ala yang ada Ayu Raudah berlakon tu hik3 lalala5 ;P

Ps: Part sarung cincin tu memang aku suka! Gilalah memang tak pernah dibuat orang hik3 lalala5 ;P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 19 Februari 2010

Pergilah Air Mata

11:41 PG 4 Comments

JUDUL: PERGILAH AIR MATA
PENULIS: HANNI RAMSUL
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

PAM membawa kita menyelongkar kisah cinta selepas kahwin. Kisah cinta yang penuh air mata ini pastinya berliku. Baik buat Sabrina, Badrul, Ikmal dan Dayana serta tak terkecuali Maria.

Perkahwinan Sabrina dan Badrul bukanlah satu rancangan. Tak pernah terlintas di fikiran Sabrina untuk beralih kasih daripada Ikmal; tunangannya. Malah Badrul sendiri tak pernah menduakan cintanya pada Dayana. Namun, kerana kesilapan Sabrina yang tersalah masuk ke bilik Badrul, mereka ditangkap basah. Tak mahu cerita ini heboh, Badrul dipaksa oleh Datuk Hamidi untuk berkahwin dengan gadis yang tak pernah dikenalinya.

Sabrina yang cuba membela diri tidak dipandang. Sebaliknya dia dituduh wanita murahan. Ikmal sudah tidak mempercayainya malahan menyalahkannya dan Maria pula mula menjauh. Pertunangan diputuskan. Kerjanya diberi pada Maria, malah tempatnya sebagai tunang Ikmal juga diambil oleh Maria. Waktu ni aku terbayangkan, mungkin Maria yang rancang semua ni [sikap berprasangka buruk ini jangan ditiru hahaha]

Walaupun diberi ruang untuk bersuara namun tiada yang ambil peduli. Kasihan Sabrina! Pasrah, dia akhirnya rela dalam paksa menjadi isteri kepada Badrul. Badrul menyimpan dendam. Kebenciannya juga tak pernah surut. Kata-kata nista sering saja diungkapkan kerana perkahwinan dengan Sabrina meranapkan impiannya untuk memiliki Dayana. Sabrina yang tahu dirinya tidak pernah diterima membuka jalan. Dia mengizinkan Badrul berkahwin lagi, dengan Dayana pastinya pilihan hati. Dalam diam, bila itu yang berlaku hati Sabrina mula berkocak. Dia tak tahu apa yang sedang bergolak dalam hatinya. Melihatkan indahnya hubungan suami dan madunya dia terseksa.

Pelik dengan kelakuan sendiri, Sabrina bertindak menjauhkan diri. Dia sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Badrul. Namun Badrul pula mula terkenangkan isteri pertamanya. Pastinya keizinan Sabrina untuk dia berkahwin dua tidak dilupakan. Perlahan-lahan dia mula berbaik-baik dengan Sabrina. Dalam benci sudah ada rasa suka dan dalam diam cintanya sudah terbelah dua.

Di penghujungnya konflik pasti tercetus. Salahkah Sabrina kalau dia jatuh cinta pada suami sendiri? Kesibukan Dayana pula bolehkah dijadikan alasan untuk Badrul tawar hati dan kemudiannya mencari Sabrina sebagai peneman? Atau memang benarkah Sabrina adalah pilihan kedua sekiranya Dayana tiada di sisi Badrul? Persoalan terakhir, siapakah menjadi dalang pada kes tangkap basah Sabrina dan Badrul?

Keseluruhannya aku rasa penyampaian PAM lebih kemas berbanding BYMB. Malah cerita ini lebih beremosi mungkin kerana rasa simpati pada watak heroin yang asyik berendam duka. Cuma ada beberapa typing error yang sepatutnya boleh dielakkan. Pada mereka yang pernah membaca karya ini di laman Kak Hanni suatu masa dulu, aku cadangkan dapatkanlah novel ini. Rugi la kan kalau dah baca hampir separuh tapi tak baca apa kesudahannya. Dalam cerita ni timbul juga Firdaus dan Adiya. Rindu pula pada pasangan sejoli tu hik3 lalala5 ;P

Ps: Tahniah di atas kelahiran novel kedua ;D Novel ni memang tebal!

Happy reading (^-<)

Hati Seorang Wanita

11:33 PG 2 Comments

JUDUL: HATI SEORANG WANITA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sebuah lagi karya lama NB ditayang di sini ;D HSW bercerita tentang Nurain. Gadis ini lahir sebelum perkahwinan ayah dan ibunya. Dilahirkan sebegitu buat Nurain menjauhi ayah dan ibunya. Apatah lagi sikap kedua-dua ibu bapanya yang tidak begitu mengendahkan kehadiran Nurain dalam adik-beradiknya yang lain. Walaupun dia pasrah tetapi masih ada tersimpan dendam di hati pada keluarganya itu.

Nurain bekerja keras untuk mencapai kejayaan tanpa mengharapkan keluarganya yang juga mempunyai perniagaan sendiri. Dia bekerja dengan Datuk Badrul dan menjadi antara orang kepercayaan majikannya itu. Malah sebenarnya Datuk Badrul dah lama berkenan dengan Nurain. Aha, bukan untuk dirinya yang duda tu tetapi untuk anak tunggalnya; Zarul.

Aku memang tak berapa suka dengan Zarul tu. Dia ni memang terkenal dengan sikap kegatalannya! Mata keranjang tau. Walaupun segak tetapi kalau dah perangai macam tu sesiapa pun tak nak. Niat Datuk Badrul ditolak oleh Nurain tetapi apabila ibu dan ayahnya sendiri masuk campur, dalam keterpaksaan Nurain menerima Zarul sebagai suami.

Hubungan suami isteri ini memang bahagia dan romantis. Zarul menunjukkan ciri-ciri suami yang penyayang. Namun, dalam pada itu perangai Zarul yang miang keladi tu sukar diubah. Malah sikapnya yang tanpa segan silu meneguk arak dan bergaul mesra dengan pekerja-pekerjanya di majlis ulang tahun syarikat buat Nurain makin memendam rasa. Akhirnya hal kecurangan Zarul terbongkar dan mereka saling bertengkar hebat. Zarul pula memang tak reti nak kawal mulut, jadi dah terlajak kata melafaz talak. Nurain pula bukan tak sayang suami tetapi kalau talak dah diberi tak akan dia nak tunggu kan?

Maka tinggallah Zarul yang masih tak dapat melupakan Nurain. Berbagai-bagai cara yang diusahakan untuk menawan hati bekas isterinya, kan dah tak pasal-pasal jadi gila talak! Namun, ada suatu tragedi berlaku. Nurain dilaporkan menjadi nahas kapal terbang. Dalam kepayahan Zarul pasrah, rasa menyesal yang menggunung membawa dia kembali ke jalan Tuhan. Bolehkah keinsafan Zarul membawa kembali Nurain ke sisinya?

Ps: Sudah ada 2 buku yang sama tajuknya tapi berbeza penulisnya ;D

Happy reading (^-<)

Rabu, 17 Februari 2010

Ombak Bukan Biru

9:38 PG 6 Comments

JUDUL: OMBAK BUKAN BIRU
PENULIS: FATIMAH BUSU
TERBITAN: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD



~ Rasaku… ~

OBB merupakan karya yang dah lama nak kubaca. Akhirnya dapat juga beli walaupun hanya buku second-hand, rasanya berbaloi juga sesi pencarian novel ni ;D Satu kepuasan bila selesai membaca novel ini. Novel lama atau baru, tidak bawa banyak kesan bila membaca sebuah karya yang aku kira masih relevan di waktu masa kini.

Mengisahkan tentang Imrah; heroin cerita ni berasal dari Kelantan. Nun jauh di bumi Cik Siti Wan Kembang, aku tak dapat lari daripada membayangkan Imrah itu bertudung litup sejajar dengan konsep Islam di negeri itu. Namun semuanya itu tidak tepat. Imrah gadis yang berdiri di garisan tradisi lama dan kehidupan moden di bandar.

Ketika dia berkasihan dengan Yamin, muncul krisis. Terserempak dengan Rubiah dan Yamin di bandar menimbulkan salah faham. Tanggapan yang diberi menyatakan yang Yamin itu sudah pun curang dan Rubiah si Israel yang merampas! Akur dengan itu, Imrah bangun dan terus berdiri. Hidup perlu diteruskan walaupun tanpa cinta di hati. Nama Yamin diusir jauh-jauh.

Imrah berkenalan dengan Celine, gadis Eropah yang mengunjungi Kota Bharu kerana amat berminat dengan kesenian Melayu. Imrah jadi senang dengan kehadiran Celine kerana salah satu sebabnya, dia dengan mudah dapat memadam kenangan indah bersama Yamin. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Celine mengundang Imrah ke Pulau Pinang. Dengan rasa yang cukup berbunga-bunga, Imrah bersetuju menghabiskan cuti penggalnya di sana.

Di saat itu tanpa sedar hidupnya mula berubah. Hatinya turut terkesan dengan kehadiran jejaka mat salih bernama Lawrence. Dalam malu dan takut, dia sudah terpaut pada Lawrence. Bukan bertepuk sebelah tangan, mereka rupanya saling memendam rasa. Cinta itu perlu dimerterai dan itu yang Imrah mahukan walaupun bukan dengan restu ayahnya!

Kesukaran Pak Haji Awang Mahmud menerima kehadiran orang putih yang pernah menjajah tanah airnya buat Imrah perlu memilih antara satu. Keluarga atau cinta? Dia tegar memilih cintanya maka tinggallah ayah dan ibu. Sudah takdir, hidup dengan cintanya bukanlah mudah. Pertembungan dua dunia yang cukup berbeza diharungi walaupun ia bagai duri. Bagaimana akhirnya kehidupan Imrah bersuamikan Lawrence tanpa restu ayahnya? Bahagia atau cintanya juga ikut musnah dengan kematian ayahnya?

Ps: Beli di Toko Buku Kicap Thanks ya Sis Dyea ;D

Happy reading (^-<)

Mulanya Satu Cinta

9:38 PG 0 Comments

JUDUL: MULANYA SATU CINTA
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sebaik membuka halaman pertama aku dah rasa seronok! Seronok membaca cerita yang santai begini. Penulis menggunakan ayat yang biasa-biasa, yang mudah nak dihadam dan cukup releks. Pendek kata ia bacaan yang cukup menghiburkan hatiku, malah macam dah terkena penyakit sengih-kerang-busuk je sebab jalan ceritanya yang cukup manis ;D

MSC mengisahkan Eddy Ezli [Ezli], seorang duda beranak satu yang sudah pun mengeraskan hatinya untuk menerima kehadiran mana-mana perempuan dalam hidupnya. Kesan pahit akibat kecurangan isteri yang dikasihi, Khairina membuatkan Ezli berhati batu untuk mencari peganti.

Kehidupan Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya menyatakan hasrat untuk pulang terus ke kampung, Ezli kelam-kabut. Memang dia tak mahu ada pembantu rumah tetapi dengan pemergian ibunya pada siapa lagi dia harus tinggalkan anak kesayangannya; Afizan [Afi]. Dengan hati yang cukup berat, dia akur dengan kehendak ibunya. Seorang pengasuh sambilan diambil.

Iryanie; seorang pelajar UiTM yang perlu mengulang satu lagi paper diambil. Itu pun ibu Ezli yang uruskan. Sememangnya ibunya dah berkenan dengan Iryanie tu hahaha Bila bertemu, Ezli tercengang! Mana taknya dia baru je berperang dengan gadis tu beberapa hari sebelumnya gara-gara Iryanie yang melanggar kereta kesayangannya. Iryanie pula menerima kerja itu kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abang iparnya; Zamri. Lagipun kerjanya senang dan amat bersesuaian dengan waktu kelasnya.

Hari-hari Iryanie sebagai pengasuh Afi bukannya mudah. Apalagi perlu berdepan dengan singa segarang Ezli. Kecut perut, takut-takut berani Iryani gagahkan juga. Boleh dikatakan dia terpaksa menelan tiap kata-kata sinis dari Ezli. Namun itu semua tak diendahkan. Iryanie seronok melakukan kerja hariannya di samping si cilik Afi. Hubungan mereka mudah mesra malah semakin rapat bila Afi dengan selesa memanggil Iryanie dengan ‘mama’.

Tanpa sedar hati Ezli makin terbuka bila melihat keakraban anaknya bersama-sama Iryanie. Malah ibunya sendiri amat menyenangi gadis itu. Dia akhirnya tak dapat menolak yang cinta sudah mula bertunas di hati. Namun, kemunculan Khairina secara tiba-tiba dengan niat untuk merampas kembali Afi membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara yang digunakan sehinggalah menuntut hak penjagaan anak ke mahkamah. Khairina ni ada masanya bodoh juga. Dah tentu susah dia nak dapatkan Afi balik sebab dah terang-terang dia yang tinggalkan anaknya dulu.

Adakah Ezli sanggup berpisah dengan anak manjanya? Sempatkah dia menjadikan Iryanie permaisuri baru di hatinya sekaligus melengkapkan rumah impiannya? Afi pula bolehkah menerima Khairina sebagai mamanya sedangkan dalam hati kecilnya dia sudah punya Mama Iryanie? Dan Iryanie, mengapa pula tiba-tiba je boleh beralih pada Zamri? Baca untuk tahu kesudahan cerita ini ;D

Ps: Novel yang dah berulang kali aku baca, baru kini ditayang di sini. Novel ni pun dah selamat terbang ke rumah makcikku, baru-baru ni masa ke sana aku sempat baca sekali lagi dan terus snap cover ;D

Happy reading (^-<)

Khamis, 11 Februari 2010

Jaja & Din

10:00 PG 2 Comments

JUDUL: JAJA & DIN
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat' [Prolog Pertama]

Itu agaknya yang terjadi. Aku sama-sama mabuk dengan cinta Faiza [Jaja]. Gadis yang tak pernah jatuh cinta dan bila masa dia terjatuh cinta, Jaja dah seperti orang yang jatuh dalam gaung je! hahaha ;P Jaja; seorang eksekutif perancang media lost in space bila terpandang wajah Ustaz M dalam sekeping foto yang ditangkap oleh Suhaimi [Mie]. Kebetulan dia dipanggil untuk membantu Mie memilih foto yang mana harus dipilih untuk iklan raya kali ini.

Bila saja mata Jaja menangkap wajah seorang lelaki yang berkopiah putih duduk bertafakur di pusara, mata Jaja tak dapat dialihkan lagi. Buat pertama kalinya Jaja dah tak serupa Jaja, dah jadi Jojet kan? hik3 lalala5 ;P Maka bermulalah sesi percarian Jaja dengan hanya berbekalkan maklumat sekeping foto.

Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung! [Prolog Kedua]

Burhanuddin Al-Helmy [Din]; ini Ustaz M Jaja. Si Din yang Jaja boleh jatuh hati dengan hanya melihat iklan bisu tu! Walaupun sudah beberapa kali Jaja 'patah hati' sebab selalunya Jaja dapat maklumat yang salah tentang Din, Jaja masih lagi berharap. Sungguh dasyat aura Din ni ;D

Jaja sendiri pun selalu cermin diri. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Din yang bergelar ustaz itu? Jaja berambut karat, tak pakai tudung, jarang bersolat dan tak tahu memasak itu buat dia rasa kerdil sekali. Namun, Jaja cuba untuk berubah. Perubahan yang baik aku kira ;D

Di saat Jaja mengutarakan rasa hatinya pada keluarga, memang semuanya terkejut. Mana taknya kes anak perempuan meminang lelaki! Tiada dalam sejarah keluarga Dr Badrul Hisyam. Tetapi kalau itu kehendak Jaja, apa lagi yang harus dikata. Cuma bertuahnya Jaja, hadir dalam keluarga yang menyokong satu sama lain. Selain ada abah dan mamanya, dia ada Uncle Aqmar Aziz [macam pernah dengar kan watak ni ;P] yang terlalu menyayanginya. Ada Nini, Lala dan Wassim penyeri dalam hubungan adik-beradik ni.

Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi bagaimana yang kita rasa [Prolog Ketiga]

Ini kisah penamat. Tak boleh cerita sebab seperti apa yang aku baca di awal bab, ada ingatan dari Jaja, "Biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel ini untuk mengetahui penghabisan cerita aku dan dia ini." [page 3]

Cuma dah jadi tabiat aku mula dari belakang, jadi masa mula-mula baca tu memang aku ternganga kejap la. Pandai Kak Su 'memperolok-olokkan' pembacanya ;D Ada juga diselit ingatan yang paling bagus dari Kak Su, "Tetapi kalau Jaja tidak kejam, bagaimana industri Malaysia hendak maju. Yalah, kalau seorang membeli, lima orang berkongsi baca… dan kemudian buku itu dijual sebagai barangan terpakai. Sedih kan!" [page 6]

Jujur aku nyatakan novel ini bukan hanya kisah cinta si perigi yang mencari timba. Bukan hanya cerita Laila yang mengejar Majnun. Ia kisah gadis biasa yang cuba mencari cinta pertamanya. Namun kisah ini menjadi luar biasa bila ia cerita cinta yang diadun dengan intipati agama dan bagaimana merungkai cinta berlandaskan syariat dan norma masyarakat. Disampaikan dengan cara bercerita yang cukup santai oleh Jaja, ia jadi seperti mendengar kawan baik anda yang berkongsi rasa.

Ps: Novel ni dah termasuk dalam carta kegemaranku untuk tahun 2010 walaupun ia sebenarnya diterbitkan di penghujung 2009 ;D

Happy reading (^-<)

Selasa, 9 Februari 2010

Air Mata Kasih

4:50 PTG 9 Comments

JUDUL: AIR MATA KASIH
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Karya lama NB yang sudah selamat berada dalam koleksiku. Gila agaknya aku ini, sibuk mencari karya-karya terdahulu sedangkan novel-novel baru makin melambak di pasaran hik3 lalala5 ;P

AMK cerita tentang konflik yang melanda Farah Diba dan ayahnya; Fakhrulradzi. Konflik ini tercetus kerana dendam ayahnya terhadap kakaknya sendiri. Walaupun itu kisah hitam bertahun-tahun yang sudah, Fakhrulrazi masih menyimpan dendam. Akibatnya dia terlalu membencikan kaum wanita. Padanya semua perempuan itu akan membawa bencana. Malah di dalam syarikatnya pun, semua pekerjanya adalah kaum lelaki.

Jadi, bila dapat anak perempuan dia 'buang' anaknya sendiri jauh-jauh. Cuba disembunyikan Farah Diba daripada sesiapa dan memang ketara sangat yang anak perempuannya itu selalu dilayan serba tak kena. Mungkin juga kerana wajah Farah Diba memang saling tak tumpah seperti kakaknya itu, jadi dia makin membenci darah dagingnya sendiri.

Walau apa pun yang terjadi, Farah Diba gadis yang cekal hati. Tanpa merasai kasih sayang daripada seorang ayah, dia tetap bahagia menempuh kehidupan. Apatah lagi ibu tersayang sering saja di sisi. Farah Diba membuka sebuah kedai kucing hasil titik peluhnya sendiri. Bukan mahu berlagak tapi tanpa bantuan ayahnya, dia mampu hidup sendiri. Kasihan! Dah serupa macam anak tiri je.

Kehilangan Fakhrulrazi bersama-sama anak lelakinya Fuad dan Farid di Whitsunday Island, Australia membawa satu episod baru dalam hidup Farah Diba. FAS Holding; perniagaan ayahnya perlu dikendalikan, mahu atau tidak Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu.

Pertemuan Farah Diba dengan Daniel aku anggap hanyalah sekadar penyeri. Bermula dengan kisah Daniel beli kucing di kedainya. Kemudian dibambu oleh Farah Diba kerana sikap girlfriend Daniel yang selamba badak baling kucing keluar tingkap. Kejam gila! Bila kehilangan ayah dan abang-abangnya barulah tahu yang ayah Daniel turut sama hilang dalam kejadian itu. Hubungan mereka makin rapat, malah Daniel yang banyak membantu Farah Diba dalam menguruskan syarikat.

Dalam keseronokan Farah Diba membimbing syarikat, ayahnya kembali. Dalam diam, luka lama berdarah kembali. Farah Diba akur. Dia bukan anak kesayangan ayahnya.

Ps: Credit to Toko Buku Kicap ;D

Happy reading (^-<)

Rabu, 3 Februari 2010

Keranamu Ain

11:20 PG 8 Comments

JUDUL: KERANAMU AIN
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Kau pahat langit dengan angan-angan
Kau ukir malam dengan bayang-bayang
Jangan hanya diam yang kau simpan
Dalam duduk termenung
Malam yang kau sapa, lewat tanpa jawap...

KA bercerita tentang Ain Najwa [Ain]. Gadis yang sebatang kara ini bekerja dengan keluarga Pak Baki; kenalan lama arwah ayahnya. Dengan hanya berbekalkan ilmu dia diterima masuk menjadi editor di syarikat itu. Ia buat Haris; anak Pak Baki menolak keputusan ayahnya. Padanya ilmu dan pengalaman itu seharusnya berjalan seiring. Namun sudah rezeki, Ain tetap menjadi ahli keluarga terhormat dalam Baki Publishing.

Haris sememangnya tak sebulu dengan Ain. Dia selalu sangat berprasangka buruk. Ini semua akibat ditinggalkan kekasih hati. Haris seperti berdendam dan sukar mempercayai kaum wanita. Rasa menyampah juga hadir sebab ayah dan ibunya selalu sangat menangkan Ain hahaha Mereka memang dah lama berkenan dengan Ain ni. Lama-kelamaan barulah Haris sedar, Ain itu lain daripada bekas kekasihnya malah berbeza dengan sesiapa pun. Sayangnya dah terlambat... Ain pada waktu itu sudah mulai rapat dengan kawan lamanya, Nik Ahmad Adam [Adam]. Rupa-rupanya masing-masing sudah lama memendam perasaan cuma tak diluahkan saja.

Ain, Adam dan Maisarah tiga serangkai ini teman baik di alam universiti. Semasa Adam meluahkan perasaannya, hati Ain berbunga-bunga. Namun, dia tak mampu membalasnya kerana pada waktu yang sama Maisarah mengaku yang dia turut menyintai Adam. Kasihannya Ain! Berkorban perasaan demi teman tersayang. Ain terbang jauh ke bumi Brunei untuk lari dari kekecewaannya.

Kalau tak silap ini antara novel terawal tulisan penulis ini. KA menyingkap kisah cinta tiga segi yang biasa namun bila di tangan Kak Su aku rasa lain pula kisahnya. Dua hero berebut heroin yang mana akan menang ya?

Nik Ahmad Adam - Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati.

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)