Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Rabu, 27 Julai 2011

Jumaat, 22 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (29) Cinta Hari-hari Rusuhan

8:54 PG 2 Comments
Cinta Hari-hari Rusuhan
Faisal Tehrani

ISBN: 9838934143
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2000

Halaman: ~ 288
Harga: RM 15.90



~ Rasaku… ~

Secara ringkas, CHHR adalah kisah cinta pada hari-hari rusuhan. Namun ia bukan hanya kisah cinta Basri dan Tengku Valizah. Ia turut membawa kisah perjuangan para mahasiswa ketika di zaman 70-an.

Menyingkap di tahun 1974, Malaysia ketika itu di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak. Kita diperkenalkan dengan Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang mana penyusunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan sedang giat dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Namun tak semua nasib rakyat dibela. Masih ada yang tertindas dan mahasiswa inilah yang bangun memperjuangkan nasib golongan marhaen.

Semangat Basri, Tengku Valizah dan rakan-rakan seuniversiti [UM] begitu membara, berkobar-kobar untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuatu isu. Mereka berdemonstrasi dan berkumpul dengan harapan suara dan permintaan mereka mendapat perhatian. Demonstrasi bukanlah jalan mudah tetapi ia memang dapat memancing sokongan ramai. Ketika itu para pelajar UM bersama-sama UKM, USM, ITM dan beberapa institusi lain bergabung tenaga. Kemaraan mereka tidak dapat ditahan lagi, apatah lagi dengan sokongan beberapa pensyarah di universiti masing-masing.

Dari Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Jalan Travers, Padang Kelab Selangor hinggalah ke Masjid Negara telah menjadi saksi kebangkitan para mahasiswa. Laungan dan sorakan bercampur-aduk dengan FRU, polis dan air pemedih mata. Ada yang ditangkap dan ada juga yang meloloskan diri tetapi tiada seorang pun yang terlepas. Hanya Basri yang berjaya melarikan diri ke Singapura kemudian ke Batam dan Sydney, menuju ke Paris dan langsung ke kota London.

Menjadi pelarian di bumi London bukanlah mudah. Dia dikejar dengan bayang masa lalu, terutamanya rasa cinta yang terkubur. Padanya Tengku Valizah adalah pengkhianat cinta. Mengingkari janji taat setia dengan berkahwin dengan Raja Hishamuddin. Tetapi dia juga tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh Tengku Valizah. Dan kemunculan Basariah dua puluh tahun kemudian menimbulkan tanda tanya. Gadis muda itu ada iras-iras Tengku Valizah. Apa kesudahannya?

Ketika membaca kisah ini ada sesuatu yang menganggu aku. Lompatan masa dan plot. Dalam satu muka, kisah Basri dan tiba-tiba muncul Basariah. Tiada perenggan khusus. Jadi ada masanya aku kena ulang baca beberapa kali kih5

Memetik catatan FT;

Semua orang ada nostalgia yang mengotor dan mencantikkan kanvas hidup mereka [page 89]

Agaknya, yang mana paling banyak aku lakukan? Mengotor atau mencantikkan? :P

Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (28) Catatan Nizam Sani

8:38 PG 2 Comments
Catatan Nizam Sani
Nizam Sani

ISBN: -
Penerbit: DuBook Press
Tarikh Terbit: 2011

Halaman: ~ 45
Harga: RM 10

~ Rasaku… ~

Ini bukan novel panjang berjela ia cuma catatan sang penulis blog. Catatannya ringkas namun isinya padat. Cukup dengan dua ke tiga baris, maknanya sudah dapat dikesan. Ada sinis, gembira, bahagia dan duka. Pendek kata catatan penulis cukup seadanya. Tidak terlalu melebih-lebih membuatkan aku senang duduk membacanya dan sedar-sedar sudah tiba ke halaman terakhir. Kebetulan catatannya hanya sebanyak 45 halaman, memang sesuai sekali untuk mereka yang malas membaca.

Catatan daripada blogger lelaki ini lebih berkisar tentang kehidupannya. Dengan penyakit lupa yang di tahap kronik, kisah dia dan isterinya; Intan juga hal-hal berkaitan kerjanya. Disampaikan dengan mudah tetapi ada masanya menyengat. Seperti di di halaman 43 [Setan Punya Kerja], buat aku terfikir. Mengantuk itu salah siapa? Sendiri? Atau memang setan punya kerja? kih5 :P

Dek kerana ia catatan di alam maya sebelum berpindah ke bahan bercetak, mungkin ejaannya tidak dititikberatkan. Baiklah sekali lagi aku tutup mata. Ini BukuBlog atau dikenali juga dengan blook [blog + book] yang kedua aku baca, terima kasih la Ajib sebab kasi aku pinjam lagi hehe2

Walaupun kamu boroi serta buruk paras rupa,
isteri kamu tetap sudi berpegangan tangan di pasaraya
[page 25]

Ps: Ini juga review paling pendek pernah aku tulis memandangkan isinya juga hanya mencakupi 45 muka surat hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 19 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (27) Quartet

1:18 PTG 2 Comments
Quartet
Saidatul Saffa


ISBN: 9789675118609
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – April 2011

Halaman: ~ 471
Harga: RM 20.00



~ Rasaku… ~

Ini kisah Misa dengan empat lelaki dalam empat musim yang berbeza. Kisah Misa yang mudah jatuh cinta. Hatinya lembut dan kerana itu bila saja bertemu lelaki yang dirasakan mampu membimbingnya, hatinya mudah jadi suka.

Misa membawa diri ke US apabila kekasihnya; Fadhil kemudiannya memilih Aina; rakannya sendiri. Di sana ketika Misa cuba melarikan diri dengan pertanyaan 'Sami Yusuf' ibunya, dia bertemu dengan Bilal. Tasik Mendota menjadi saksi kepada quotes Bilal yang menyentuh hati Misa. Mereka berdua kemudiannya saling berhubung di laman blog tetapi sangkaan Misa tentang Bilal rupa-rupanya salah. Hanya Misa saja yang termimpi-mimpi tentang Bilal sedangkan lelaki itu tunangan orang.

Di Melaka ketika Misa menghabiskan sisa cuti musim panasnya dia bertemu Ustaz Mustaqim. Sekali lagi hatinya dibuai rasa. Disangkakan semua ustaz itu seperti Ustaz Din [Jaja & Din], namun sangkaannya meleset. Taring Ustaz Mustaqim yang sebenar terserlah ketika dia terserempak lelaki itu sedang merokok. Tetapi apa yang lebih menyakitkan kata-kata Ustaz Mustaqim itu. Aduhai! Hati Misa terluka lagi.

Di musim terakhir ketika Misa sudah belajar memperbaiki diri, dia mula dihimpit dengan E-Van [Irfan]. Pengungjung setia blognya itu cuba mengintainya. Misa tak mahu hipokrit, akhirnya menoktahkan hubungan alam maya mereka. Tetapi takdir menemukan mereka kembali. Misa sudah penat membaca hatinya sendiri, jadi dia tak mahu tersalah lagi. Si Irfan pula kini tak pasti. Antara mahu dengan tidak, mana pilihannya?

Keseluruhannya cerita ini tersusun di mana setiap musim digambarkan dengan jelas. Kisah Misa dan empat lelaki yang berjaya menyentuh hatinya pun diceritakan dengan sempurna. Cuma di awal-awalnya saja yang membosankan. Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah pengisian penulis. Dalam melayari kisah empat musim Misa, kita juga sebenarnya dibawa mengenal diri sendiri. Sebagai seorang wanita muslim, ada lagi ruang yang bisa diperbaiki untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Praktikal bukan hanya sekadar teori. Namun apa yang pasti, dalam kita sibuk mengejar cinta manusia, di mana letaknya cinta kita pada Tuhan? Tanya hati anda :)

Happy reading (^-<)

Jumaat, 15 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (26) Cinta 3 Suku

4:31 PTG 4 Comments
Cinta 3 Suku
Herna Diana

ISBN: 9789831245828
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ogos 2010

Halaman: ~ 512
Harga: RM 19.90


~ Rasaku… ~

Iman dan Arie bertemu kerana insiden perlanggaran. Masing-masing keras kepala, ego melangit hingga menjadikan semua pertemuan mereka yang berikutnya bagai medan perang antara si Minah Sewel dan si Mamat Tiga Suku. Mereka berdua tak pernah sehaluan. Tetapi siapa sangka kerana perbezaan itulah yang menjadi titik-tolak kepada keserasian pasangan ini.

Iman gadis comel yang agak nakal. Berperwatakan tomboy semata-mata mahu melindungi dirinya sendiri. Ayah Iman sudah tiada, meninggalkan dia sebatang kara manakala ibu tirinya pula tidak menyukai kehadirannya. Itu yang membuatkan Iman membawa diri ke kota dan di sini dia bertemu Suhaila. Menumpang kasih pada Suhaila yang dianggap sebagai kakak sendiri. Di situ juga dia bertemu Dr Razif, yang kemudiannya turut menyayangi Iman seperti adik sendiri.

Tanpa diduga Arie pula merupakan teman baik Dr Razif. Kawan sepermainan semenjak kecil. Jadi nak tak nak, terpaksalah mereka berdua berbaik-baik dan lama-lama memang kamceng habis. Nak dijadikan cerita pula Dr Razif ni juga sedang mencari adiknya yang hilang. Ha, dapat teka tak siapa adiknya? Ya... Iman adalah adik yang dicari-cari selama ini dan bila dah bertemu kembali, hubungan Arie dan Iman makin rapat hinggakan datuk Arie meminta Arie mengahwini Iman. Arie yang ketika itu baru berpisah dengan kekasihnya; Julia hanya menurut permintaan datuknya.

Lewat episod seterusnya berkaitan kisah rumah tangga Iman dan Arie. Ada juga beberapa plot yang buat aku tersenyum disebabkan cubaan Iman yang mengurat Arie. Nak mengurat sang suami yang belum bersedia menerimanya sebagai isteri bukannya senang. Tabik spring la sebab Iman sanggup buat apa saja demi suami tercinta.

Keseluruhannya padaku cerita ini biasa-biasa saja. Mendatar daripada mula hingga ke akhir dan ada masanya sedikit membosankan 'melayan' fiil Iman. Kemunculan Julia di akhir-akhir plot cerita sekadar ada saja, kalau tiada pun rasanya tidak mengapa sebab impaknya sangat kecil. Mungkin sesuai untuk mereka yang mahukan cerita santai tetapi tak begitu 'masuk' dengan jiwaku.

Ps: Credit to kawan kepada kakak iparku yang bagi kami berdua membaca novel ni :))

Happy reading (^-<)

Khamis, 14 Julai 2011

Cerita Crushed

10:19 PG 2 Comments
Cerita Crushed
Nir

ISBN: -
Penerbit: http://cintafinespun.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 01 Disember 2009
Halaman: ~ Pt 8 [including intro]
Harga: -

~ Rasaku… ~

Apa itu crushed? Tersangkut? Tersuka? Terjatuh hati? Terlanggar? hahaha :P Bunyinya agak lucu bila diterjemahkan ke BM tetapi rasanya dah sedia maklum kan maksudnya :D

Mengisahkan hubungan Shereen Khuzaimah Yusuf [Sky] dan Akmal Ikmalshah [Ikmal] yang sekadar pandang-pandang, jeling-jeling sedangkan di hati ada rasa. Mereka berdua sekadar memuja dari jauh walaupun tinggal di satu kawasan kejiranan yang sama. Sky bukannya tak pernah cuba mendekati cuma yalah, perasaan sukanya itu mungkin sekadar kisah fairytale. Lagipun tak mudah untuk seorang gadis sunti menyampaikan rasa hati sedangkan lelaki itu pun tayang muka selamba badak :P

Ikmal pula rupanya tersalah faham mengenai hubungan Sky dan Faiz. Dia ingatkan mereka berdua ni couple. Patutlah si Ikmal boleh tayang muka tak berperasaan begitu. Jadi apa sudahnya kisah crushed mereka ni? Ha, cepat pergi klik kat laman blog si adik manis ni :))

CC cerita yang mudah dan manis untuk golongan remaja. Cuma padaku ia terlalu straight forward. In fact, the ending was so predictable. Mungkin juga kerana ia cerita pendek, jadi setiap watak tidak dikembangkan dengan baik. Atau mungkin juga sebelum ini aku membaca Cerita Kaseh yang menampakkan kematangan penulisnya sedangkan CC merupakan cerita sebelumnya.

Tapi kan, if somebody saying this to me. Sah, aku ter-crushed juga [crush bukan cinta ok kih5 :P]

Ahmad IkmalshahIf ever you look back, I’ll be here. I’ll be waiting. Percayalah Shereen, Ikmal loves you. I truly. Madly. Deeply. Do. [Pt 8]

Ha, cair tak? Tak pun rasa sweet kan? Don’t laugh! Sebab aku memang cair dah ni hik3 lalala5 :P [gatal, sila abaikan :P]

Ps: Tahniah Nir kerana bakal bergelar penulis [novel bakal terbit bulan Ogos kan?] tidak lama lagi :)

Happy reading (^-<)

Rabu, 13 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (25) Mungkin Nanti...

11:49 PG 0 Comments
Mungkin Nanti…
Anita Aruszi

ISBN: 9789673650514
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 645
Harga: RM 22.90




~ Rasaku… ~

Aku sempat membaca beberapa episod online [tajuk asal karya online: Blue Sunset] sebelum ia dibukukan. Waktu itu aku dah tertarik dengan kisah heroin yang ditampilkan. Aqila Murni [Aqi] mempunyai masalah colourblindness, sesuatu yang baru aku kira sebab selalunya kita dihidangkan dengan kisah heroin cantik, manis, sempurna serba-serbi.

Aqi dibesarkan oleh ibunya sendiri tanpa kehadiran lelaki bergelar ayah. Ibunya diceraikan ketika Aqi masih di dalam kandungan. Dunia Aqi tidak seindah orang lain kerana masalah buta warnanya itu. Namun Aqi tak pernah menyesali semua itu, memadai buatnya dengan kehadiran ibu yang begitu menyayanginya. Namun semuanya berubah apabila Aqi bertemu Nadzihar Hakim [Zahar]. Memandang Zahar ada rasa indah yang bertandang. Aqi melihat Zahar lain daripada yang lain kerana Zahar ada pelbagai 'warna'.

Namun Zahar tidak pernah menyukai Aqi kerana dia amat membenci wanita lantaran masa silamnya yang begitu menyakitkan. Luka di hatinya begitu dalam kerana ibunya membuangnya dan mengikut lelaki lain. Tetapi takdir menentukan sesuatu yang berbeza buat Zahar. Dalam rasa benci, dia mula menyenangi kehadiran Aqi dan mula menyayangi gadis comel itu.

Seperti novel terdahulu, penulis akan membina watak-wataknya mempunyai kaitan masa silam di antara satu sama lain. Dan dalam MN, kaitan antara Aqi dan Zahar begitu memeritkan. Aqi adalah anak kepada lelaki penyebab derita yang ditanggung Zahar selama ini. Walaupun mungkin Aqi bisa memaafkan ayah dan ibu tiri yang merampas kebahagiaan dia dan ibunya, tetapi bagaimana dengan Zahar? Lantas adakah peluang untuk mereka berdua dalam memeterai janji cinta setia?

Watak Sri Jalena; ibu Zahar berjaya dibangunkan dengan baik. Aku tidak dapat menolak rasa menyampah bila Sri Jalena kononnya bertindak sebagai seorang ibu yang memahami. Berlagak pandai dengan meminta Aqi meninggalkan Zahar kerana bimbangkan Zahar terluka apabila mengetahui siapa sebenarnya ayah Aqi. Agaknya dia terlupa siapa yang memahat luka di hati Zahar sebelum ini hingga Zahar jadi begitu membenci wanita.

Secara peribadi aku memang suka dengan novel garapan Anita Aruszi. Tema kekeluargaan kebanyakannya mengisi ruang hampir kesemua isi novelnya, bukan hanya sekadar cinta hero dan heroin saja. Malah penulis yang kreatif ini selalunya berjaya mencipta 'sesuatu' di setiap hasil karyanya [ini apa yang aku rasa :D].

Happy reading (^-<)

Isnin, 11 Julai 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku - Jun 2011

11:10 PG 6 Comments




Keputusan Cabaran 50 Buku – Jun 2011 sudah keluar. Boleh klik gambar di atas untuk baca post ini di Ulatbuku. Terima kasih kepada ahli panel sebab memilih Tinta di antara 10 pemenang bagi bulan Jun :) Tahniah kepada para pemenang yang lain :D



Ps: Ada lagi hutang review. Nantilah tunggu aku rajin nak tulis kih5 :P



Happy reading (^-<)

Jumaat, 8 Julai 2011

Sudah 2 tahun :))

12:18 PTG 2 Comments
Alhamdulillah. Sudah masuk tahun ke-2 dan aku masih meneruskan sesi review yang dulunya aku ingat tak akan bertahan lama. Walaupun tahun ni aku akui review tak banyak, sangat-sangat perlahan. Sudah masuk bulan 7 tapi cuma ada 28 [ada 4 hutang review] buah novel/buku yang baru aku habiskan. Ada perkara yang lebih penting yang perlu aku utamakan -dengan suasana kerja baru [rina, dah masuk 6 bulan tak kan 'baru' lagi? ngee~~] dan di tahun akhir pengajian semuanya membuatkan aku sedikit lelah.


Ini juga merupakan tahun pertama aku ligat dalam Goodreads & sertai Cabaran 50 Buku oleh Ulatbuku. Seronok sebab jumpa teman-teman baru. Semuanya si ulat buku :D

Aku nak minta maaf pada sesiapa saja yang mungkin tanpa aku sedari terluka hatinya tika melayari halaman ini. Suka juga nak aku ingatkan yang catatan di sini adalah pandangan peribadiku, hasil dari 'rasa' aku sendiri. Jadi jika ia tidak menepati selera kamu, aku tak mampu berbuat apa-apa. Apa pun, terima kasih kerana ada yang menjengah ke mari. Terima kasih kerana ada yang menjadikan reviewku sebagai kayu pengukur dalam mencari novel yang ingin dibaca :))

Gaya penulisanku memang agak kaku. Maafkan kelemahan aku itu :))


Ps: Baru aku perasan blog ini dibuka pada 9/07 - tarikh yang tiba-tiba jadi isu hangat. Opss! Ini bukan blog politik :P

Happy reading (^-<)

Khamis, 7 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (24) Contengan Jalanan

8:40 PG 6 Comments
Contengan Jalanan
Hlovate

ISBN: 9789675118531
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2011
Halaman: ~ 262 + 291
Harga: RM 21.00


~ Rasaku… ~

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Walau beribu para peminat penulis ini sudah mengatakan 2 patah kata itu, aku tetap ingin mengucapkannya lagi. Terima kasih dengan 'contengan' ini. Mungkin sekadar 'contengan' tetapi itu sudah lebih bermakna buat aku.

CJ memaparkan 2 kisah yang saling berkait. Kisah mereka yang mencari makna diri dan hidup yang akhirnya perjalanan itu membawa mereka mengenal Tuhan. Mencari apa makna di sebalik ini - "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Pastinya perjalanan ini aku mulakan dengan Fend. Siri online yang pernah dibaca di blog penulis dahulu.

Dunia Fend adalah fotografi dan sketch hitam putih. Jiwanya tak akan hidup andai tiada gitar Fender di tangan. Seni dan muzik, ada warna dan ritma. Itu erti hidupnya. Nampak mudah namun semuanya berubah selepas Fend bertemu dengan Musalmah atau nama sebenarnya Amalia [Lia]. Gadis itu meninggalkan kesan yang mendalam. Menyampaikan pesanan yang perlu dipanjangkan sesama insan. Dan sejak itu Fend mula menyoal diri. Apa inikah makna hidupnya? Seputar di antara kamera dan gitar?

Perubahan Fend disedari teman-teman bandnya, termasuk K2. Sepupunya Irsyad [Chad] turut sama menyedarinya. Malah Chad sebenarnya selangkah lebih ke hadapan apabila Fend itu mula menyoal perkara-perkara yang di luar alam. Sudahnya dia mempelawa Fend ke Australia. Backpacking. Buat masjid-hopping di tanah kangaru di bulan Ramadhan.

Dari kena paksa, paksa-rela akhirnya Fend sendiri yang terbuka hatinya. Mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah, dia berkesempatan untuk berubah. Aku kagum dengan Chad, mengajak orang yang kita sayang ke arah kebaikan. Bukan kita je yang kena pulun habis buat pahala, ajaklah mereka di sekeliling kita. Hidup bersyariat. Indah kan?

Kita bisa saja memimpin tangan orang lain ke jalan-Nya tetapi hidayah itu bukan kerja kita. Fend sudah berusaha sehabis baik, cuba membawa K2 merasai makna hidup yang lebih bererti. Tetapi tidak berhasil. Sudahnya K2 pula yang buat backpacking. Selepas mengikut Fend ke Australia, K2 membawa diri ke Indonesia. Cubaannya dalam mencari makna hidupnya sendiri.

Penamat 2 kisah perjalanan ini memang indah. Sesudah Chad, Fend dan K2 kini tinggal Yani. Harap-harap Yani pun akan merasai perjalanan mereka bertiga sebelum ini. Cuma kehilangan Chad itu sedikit menyentap kalbu. Belum puas rasanya aku membaca kisah Chad itu tetapi apakan daya, penulisnya sudah menoktahkan watak Chad itu sebegitu.

Jujurnya aku lebih menyenangi kisah Fend mungkin kerana membaca K2 seperti tersekat-sekat. Terlalu banyak jargon, terlalu banyak muzik. Jalur-jalur muzik yang membuatkan aku sedikit kelam. Yalah, bukan semuanya aku tahu, lainlah kalau lagu With or Without You tu ada di sepanjang perjalanan K2, ha senang sikit nak faham kih5

Aku dah terbiasa dengan garapan Hlovate yang santai. Terselit tentang ragam manusia yang berhijrah ke arah yang lebih baik. Dan apa yang paling aku suka tentang CJ adalah watak-watak yang berubah itu bukannya disebabkan cinta sesama manusia. CJ tak seperti kisah novel islamik biasa yang sering menjadikan cinta sebagai landasan untuk seseorang itu berubah.

Ada terbaca di beberapa blog [ada masa aku suka blogwalking juga kih5 :P] ramai yang sudah terpengaruh untuk backpacking. Bagus. Permulaan yang baik. Tetapi aku merasakan belajar itu ada di mana-mana, hatta di jalanan yang sering kita lalui setiap hari. Ada. Ia ada. Terserah kita mahu mengutip pelajaran itu atau tidak.

Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa [CJ_Fend]

Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going [CJ_K2]

Ps: Terima kasih Kak Adhan yang tolong belikan CJ masa KLIBF hari tu :))

Happy reading (^-<)

Rabu, 6 Julai 2011

Selasa, 5 Julai 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (23) Hati Bergetar Rindu

12:12 PTG 6 Comments
Hati Bergetar Rindu
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831246597
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 530
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan [Blurb Novel]

Meneliti bait-bait blurb novel membuatkan aku tersengih sendiri. Dalam maksud tu kih5 :P

HBR bermula dengan plot yang mendebarkan. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku? Siapa si pelaku itu? Hero atau musuh? Kemunculan watak Arisa Nur Adalia [Ari] mula meneutralkan perasaan itu. Tetapi tak kekal lama, plot seterusnya sudah berjaya membuatkan jantungku berlari ke sana ke mari. Mujur saja aku tak semput kih5 :P

ASP Ziyad Sidqi [Sid], sememangnya seorang anggota polis yang komited pada tugasnya. Dan kerana tugasnya, dia kini bersama Inspektor Fauzan berganding bahu dalam menyelesaikan pembunuhan kejam yang didalangi oleh Angel. Dalam menyelesaikan misinya dia bertemu Ari; satu-satunya mangsa Angel yang masih selamat. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah Ari itu merupakan isterinya yang 'lari' itu. Tiada apa yang lebih menakutkan, melihat sang isteri hampir putus nyawa di hadapannya.

Ari memang bernasib baik. Umurnya masih panjang. Mungkin kerana ada lagi perkara yang tak beres antara dia dan suaminya, maka tiap perselisihan faham itu perlu dijernihkan. Kepayahan Ziyad dalam meyakinkan Ari untuk memaafkannya membuatkan aku melihat Ziyad itu sebagai suami yang benar-benar sabar. Bukan semua insan bisa bertahan seperti Ziyad. Mana untuk mencari Angel, dan melindungi buah hatinya yang terang-terang menolak kehadirannya di sisi.

Kisah Angel dan bagaimana dia menjadi begitu kejam terselit di setiap bab. Lebih mudah begitu dan ia tidak langsung menganggu pembacaanku. Cuma bila saja kisahnya ada di tiap bab, aku sudah dapat meneka siapa Angel itu dan itu menyebabkan rasa surprise itu hilang sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun olahan cerita itu tetap membuatkan aku terus terpaku hingga ke halaman terakhir :D

Kisah Sid & Ari memang menarik namun ia tak sehebat kisah JKP. Perasaan jatuh cinta pada Rif & Afi lebih hebat berbanding Sid & Ari. Alahai! Nampaknya Kapten Rif dan isteri masih menang dari pelbagai segi hik3 lalala5 :P Mujur ada juga kisah mereka di hujung-hujung cerita. Bukan mereka saja, kesemua pasangan dalam novel terdahulu pun ada.

Sekalung tahniah buat Kak Dhiya atas kehadiran novel kelimanya. Nama penulis di bahagian kulit novel sudah dibesarkan, pastinya menandakan DZ kini menjadi sebahagian daripada keluarga penulis prolifik Alaf 21. Betulkan tekaan saya? :D

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. [Blurb Novel]

Ps: Makin tak sabar menanti Jimmy's Story. Ala, abang Afi dalam JKP :))


Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)