Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Isnin, 25 Oktober 2010

Seperti Keju & Coklat

10:10 PG 4 Comments

JUDUL: SEPERTI KEJU & COKLAT
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Ini merupakan novel kisah anak remaja sebenarnya. Tetapi memandangkan nama penulisnya hati tak teragak-agak nak membelinya :D Mungkin kerana sasarannya adalah anak remaja, maka jalan ceritanya amat simple dan teramat mudah dihadam.

Membawa kita mengenali Safiy Aqil [Aqil], anak muda yang dikatakan ada masalah mental. Tapi benarkah lelaki yang ada rupa dan kacak seperti Aqil itu sakit mental? Namun bagi Raisya pula, dia meragui kata-kata teman sekuliahnya. Melihatkan Aqil dia pasti yang Aqil itu lelaki yang normal.

Kebetulan untuk subjek studio, Raisya berada dalam satu ruangan bersama Aqil. Sepatutnya Aqil ni dah pun dapat Diplomanya tetapi dia perlu mengulang subjek studio kerana gagal sebelum ini. Hairan juga pelajar-pelajar junior lain kerana kebanyakan pensyarah memuji Aqil itu kreatif. Masalahnya tak akan kalau dah bijak pandai dan kreatif boleh gagal?

Di dalam kelas, Aqil menjadi kera sumbang. Tak mahu bergaul dengan para pelajar lain. Hanya Raisya yang selalu menegurnya. Bukan apa dah duduk pun bersebelahan kan? Tapi Aqil tetap Aqil. Dingin dan beku. Lantas membuatkan Raisya semakin penasaran untuk mengenalinya.

Amaran yang diberi Rafa’e tidak diendahkan langsung oleh Raisya. Lagipun Raisya sendiri meluat tengok gelagat Rafa’e itu. Mentang-mentanglah senior, berlagak pula tu. Rafa’e sebenarnya ada hati dengan Raisya sebab tu dia tak suka tengok Raisya makin rapat dengan Aqil.

Aqil pada mulanya memang dingin. Dia susah nak menerima Raisya. Tetapi cara Raisya itu memikatnya. Raisya yang selamba itu tak seperti orang lain. Raisya menerima Aqil apa adanya dan itu yang membuatkan Aqil makin senang dengan kehadiran Raisya. Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat. Disebabkan itu ramai pula yang mencemburui.

Sara yang memendam rasa pada Aqil mula memasang niat jahat. Projek Raisya disabotaj. Tapi mana tahu pada hari itu bukan saja projek Raisya yang jahanam, projek Aqil turut disabotaj. Angkara siapa pula? Satu demi satu menimpa Aqil. Membuatkan Aqil dan Raisya makin tak senang duduk. Tapi siapa? Dan apa sebenarnya hubungan Rafa’e dan Aqil? Sehinggakan Rafa’e benci betul dengan kehadiran Aqil?

Walaupun ini cerita untuk anak remaja nampaknya Kak Rose masih tak boleh lari dengan hero-hero yang bisa menggetarkan jiwa. Macam Aqil, aku dah bayangkan dia seperti Ben Barnes; lelaki yang berambut panjang, agak beku tapi memang smart habis. Siapa Ben Barnes? Ala, dia yang jadi Prince Caspian dalam Narnia tu hik3 lalala5 :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 21 Oktober 2010

Menjawab Tag Fira :))

1:41 PTG 0 Comments
1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?.
Apa ya? Semuanya terasa penting dan bermakna :))

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri?.
Aku rasa slack sebab ada diskaun 50% kat Isetan kelmarin hik3 lalala5 :P

3. Dimanakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?.
Pastinya di teratak Pak Zahari. WAJIB tau! Tapi tak tahu bila la ye :D

4. Adakah ada sedang bercinta sekarang?.
:))

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
For the rest of my life… phewitt [penangan MZ :D]

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang anda beli?
1. Tak Mungkin Kuhindar – Ana Sofiya [FP]
2. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? – Manjlara [JS]

7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?
Oh, saya tak tahu ber-dating!

8. Apakah nama penuh anda?
A for Airina :))

9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra.
Kedua-duanya

10. Namakan orang yang betul-betul anda ingin jumpa dalam hidup anda?
Dia yang bisa berikan aku kebahagiaan dunia akhirat

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri!.
Tolong masukkan dalam mesin basuh je hahaha :P

12. Dimanakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
Turki

13. Pililh satu, peluk atau cium?.
Peluk

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
1. Dia ni hard-die-fans of Abe Maher Zain ekeke :D
2. Teman sejoli-sekepala-sekaki di FB
3. Kami sama-sama meminati Kak Su
[Noor Suraya]

15. 5 benda yang ada sayang dalam hidup anda?
1. Rak putih yang memuatkan hampir keseluruhan koleksi novelku
2. Plastic cover, gunting dan tape – benda yang amat berjasa dalam membalut novel-novel
3. Handphone
4. Laptop
5. Mashimaro pencil case
:D

16. 5 lagu yang selalu anda dengar?
1. All Or Nothing – O-Town
2. Saat-saat Terindah – Rama Band
3. Battelfield – Jordan Sparks
4. Menunggu - Akim
5. Pujaan Malaya – Adzrin Azhar


17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan dimanakah anda menyambutnya tahun lepas?
28/07/86.. tak ingat la pula

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag? (click to the name)
1. Pei Pan
2. Addi
3. Zatie
Yang ke-4 dan seterusnya adalah para pembaca yang budiman :D

19: Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag?
Dia penulis yang ada identiti dan berideologi. Menulis dengan caranya yang tersendiri dan melihat sesuatu daripada sudut pandangan yang berbeza. Oh, dia juga pencinta buku! :D

Happy reading (^-<)

Isnin, 18 Oktober 2010

Kutemui Cinta

3:43 PTG 0 Comments

JUDUL: KUTEMUI CINTA
PENULIS: NURAQILAH SYUHAIDA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Sememangnya tidak dapat tidak, cover novel ini yang buat aku tertarik untuk membelinya :D Satu risiko sebenarnya kerana nama penulis ni pun aku tak pernah dengar. Mungkin penulis baru agaknya. Dalam naskah ini plot ceritanya boleh tahan panjang. Kisah anak muda belajar ke universiti kemudiannya bekerja dan berkahwin. Tiga plot yang berbeza dihidangkan sehingga aku rasa sedikit lelah dengan rentak yang agak perlahan.

Adam, anak orang berada yang mempunyai segala-galanya. Namun dek kerana kurangnya kasih sayang dan agama, dia menjadi sedikit liar. Amat berbeza sekali dengan abang kembarnya; Yusof. Memiliki rupa paras yang kacak dan kaya merupakan kelebihan untuknya memperdaya gadis-gadis.

Namun ketika bertemu dengan Nadya, tanpa disedari hatinya sudah terpaut. Sikap dan pekerti halus Nadya membuatkan Adam jatuh hati. Sayangnya cintanya tak terbalas, Nadya menyambut huluran cinta Hafiz; teman sebilik Adam. Adam yang sememangnya tidak menyukai Hafiz menjadi seorang yang pendendam. Dia makin memusuhi Hafiz. Pelbagai cara yang dilakukan sehinggalah kemuncaknya Nadya pula yang memutuskan persahabatan antara mereka.

Berjauhan dengan Nadya membuatkan Adam merana. Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang Hafiz sudah pun melamar Nadya. Hancur hatinya tetapi mengerti siapalah dirinya di hati Nadya. Akhirnya Adam pasrah. Setelah itu hatinya bagaikan sudah terkunci buat perempuan lain. Adam yang kini bukanlah Adam dahulu. Perubahannya yang menjadi lebih baik itu amat disenangi tetapi dalam pada masa yang sama Adam kini tidak lagi ceria.

Kematian Hafiz menyebabkan Nadya hilang arah. Tanpa siapa tahu rupanya Hafiz sudah meninggalkan amanah yang besar kepada Adam. Diminta supaya Adam menjaga dan melindungi Nadya sebaiknya. Tetapi tidak bagi Nadya. Dia tak mampu menerima Adam dalam hidupnya.

Nadya bertemu Rafi; seorang pelakon. Hatinya terusik. Rafi pula terang-terangan amat menyukai Nadya. Siapa ya yang tertarik dengan Nadya itu? Mukanya digambarkan seperti anak patung Barbie :D Ha, mestilah comel kan? Melihatkan hubungan antara Nadya dan Rafi menyebabkan Adam mengundur diri. Dia akur kerana tahu bahagia yang Nadya cari bukanlah bersamanya.

Sayangnya Rafi pula ditangkap basah bersama Hani; gadis yang begitu tergila-gilakan Rafi. Hati Nadya hancur lagi. Dan buat kesian kalinya Adam pengubat luka. Kerana kasihkan ayahnya, Nadya menerima Adam sebagai suami. Walaupun tiada cinta Adam memang mengerti. Tak pernah memaksa dan tak pernah mengungkit.

Hubungan perkahwinan mereka biasa-biasa saja. Adam bersungguh-sungguh mengatakan cinta dan sayangnya tetapi Nadya tak mampu membalasnya. Dia bagaikan merpati, kadang-kadang jinak dan selebihnya dingin. Namun Adam tetap bersabar. Doanya satu agar Nadya membuka hatinya.

Nadya disahkan menghidap penyakit buah pinggang akibat daripada amalannya yang suka mengambil pil pencegah penyakit. Hati suami mana yang tak galau melihatkan si isteri terlantar sakit. Sudahnya Adam yang menawarkan diri. Salah satu buah pinggangnya didermakan pada isteri kesayangannya. Sepanjang Nadya sakit, barulah dia mengerti betapa besar cinta Adam terhadapnya. Tetapi Adam rupanya sudah punya rancangan lain. Dia berhajat untuk membebaskan Nadya. Baginya Nadya lebih bahagia bersama Rafi.

Bagaimana kisah Adam dan Nadya? Bolehkah Nadya menolak suaminya itu hanya kerana cintanya pada Rafi? Dalam hati Nadya sendiri, masih tertanya-tanya siapakah penderma yang budiman itu? Dan kalau benar Adam, bisakah Nadya mencintai Adam sepertimana Adam yang amat mencintai isterinya itu?

Happy reading (^-<)

Khamis, 14 Oktober 2010

Rooftop Rant

10:35 PG 2 Comments

JUDUL: ROOFTOP RANT
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

...lontarkan......
kalau tidak ia meracun......
kongsikan.......
walau hanya pada awan-awan... [Blurb novel]

Tak tahu mengapa aku agak lambat membaca novelnya yang satu ni hahaha Mungkin kerana perlukan kelainan, maksudku aku mahukan sesuatu yang lain dahulu kemudian baru mencapai novel ini. Seperti mana jangkaanku pada Versus, aku juga tak dapat lari daripada menjangkakan hal yang sama pada novel ini. Mujur saja rentaknya sedikit berbeza. Penulis selalunya menggunakan kerjaya doktor atau engineer dalam ceritanya terdahulu. Berbeza sekali dengan yang ini.

Jade dan Trisy; kedua-duanya anak remaja yang suka lepak di bumbung menara Topaz. Mencari diri sendiri bila rasa kehilangan. Sukarnya menjadi anak remaja yang ketandusan kasih sayang dalam keluarga terutamanya Trisy. Mungkin Jade nampak lebih matang tetapi si Trisy yang masih lagi bersekolah nampaknya terumbang-ambing dalam membina kehidupannya sendiri.

Trisy tak punya banyak kawan. Dan bila dia bertemu dengan Jade, dia bersungguh-sungguh menjaga Jade. Berbual dengan Jade memberi impak yang amat besar buatnya. Kata-kata Jade umpama azimat untuk Trisy meneruskan hidup. Hari-harinya yang dilalui bersama-sama Jade lebih indah dan berwarna-warni. Namun tekanan datang menyerang, membuatkan Trisy semakin lemah. Kecewanya Trisy kali ini mengakibatkan dia overdosed. Di bumbung Topaz, Trisy dijumpai dan diselamatkan oleh Jade. Bahaya tau Trisy ni, kadang-kadang tu akibat banyak sangat makan ubat depressed nanti leh jadi suicidal.

Tindakan Trisy menyebabkan ibu dan ayahnya tekad menghantar dia balik kampung duduk bersama datuk dan neneknya. Walaupun kecewa, dia akur. Lagipun menurut kata Jade, mungkin itu yang terbaik buatnya. Tahun depan kan Trisy nak ambil SPM. Jadi, mungkin dengan suasana dan persekitaran yang baru akan menjernihkan kembali fikiran Trisy.

Hidup Trisy di kampung lebih bermakna. Dia ada datuk dan nenek yang menyayanginya. Dijaga makan minum dan hal ehwalnya. Ada tempat nak bermanja. Trisy berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Dia belajar mengenal agama dan Tuhannya. Malah kehadiran Pak Su Wan yang ala-ala ustaz tetapi still maintain rock tu memeriahkan hidupnya. Cuma satu je, dia hilang Jade.

Dalam pada itu Jade masih lagi bertatih untuk membina tapak sebagai pelukis komik. Berbekalkan semangat yang diperoleh daripada Trisy dia mula berjaya melakar masa hadapannya. Sekaligus membuktikan pada keluarganya akan cita-citanya tidak salah, malah boleh menjamin masa depan. Surat-surat Trisy dijadikan peneman, buat pembakar semangat.

Sememangnya hidup Trisy bersama datuk dan neneknya membuka jalan yang lebih baik untuknya. Keputusannya SPM yang cemerlang membolehkan dia melanjutkan pelajarannya. Ha, waktu ni dia bertemu Lekiu, sound familiar kan? Ala Lekiu ni adik-beradik Jebat [5T5B]. Macam-macam cara Lekiu buat tuk menarik perhatian Trisy. Si Jebat lak lagi advance! Siap hantar utusan merisik lagi supaya Trisy boleh terima Lekiu sebagai kawan hahaha Tetapi apa pun Trisy ni kuat imannya. Hatinya percaya pada seorang teman. Mungkin mereka tak pernah saling berharap tetapi kepercayaan antara satu sama lain itu yang mengikat mereka :))

Dan ending memang akan buat kita tersenyum. I love it :D Kalau nak tahu aku baca cerita ni sebab nak kasi mata mengantuk, sudahnya mengantuknya hilang dan aku berjaga sampai habis membacanya hik3 lalala5 You won’t find mushy-mushy love story in here but still you will feel the love :D

whatever it is, to live well or live hell, you choose... [Blurb novel]

Ps: Fira, sudah habis kah mengulit novel ni? :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 12 Oktober 2010

Tiada Sepertimu

11:59 PG 0 Comments

JUDUL: TIADA SEPERTIMU
PENULIS: ANITA ARUSZI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTREPRISE



~ Rasaku… ~

Kisah ini membawa kita berkenalan dengan Zara Melissa [Zara] yang amat tidak ngam dengan Keifli Benjamin [Kif]. Pertemuan mereka bermula ketika Kif terserempak dengan Zara yang disimbah air. Dan semenjak itu mereka selalu sangat bertembung dengan keadaan itu. Kasihan Zara!

Namun pada itu Zara tak tahu pula yang Kif itu kenalan mamanya; Rubiah [Ruby]. Dan bila Zara mengetahuinya dia sudah tak senang duduk. Dia tak suka mamanya berkawan dengan anak muda yang entah bagaimana peribadinya. Dia tak mahu mamanya ditipu dan diperdaya dengan lelaki-lelaki sebegini. Apa yang Zara tak tahu pula, Ruby sebenarnya sudah lama mengenali Kif. Dia sudah faham benar sikap Kif itu bagaimana, makanya tolakan Zara itu tidak dipeduli.

Dek kerana mahu melindungi mamanya, Zara bertindak agak luar biasa. Kif ni ada restoran. Dan itu memudahkan jalan Zara. Dia memasukkan lipas dalam makanan yang dipesannya di restoran Kif. Apa lagi kecoh dibuatnya. Yang lebih malang, waktu itu Kif sedang berurusan dengan pihak bank untuk memohon pinjaman. Sudahnya pinjaman bank ditolak dan pelanggan pula nyaris lari.

Pekerja-pekerja Kif yang geram dan sakit hati dengan perkara itu menculik Zara. Kif yang menyedarinya pula menghulur bantuan tetapi kerana sikapnya yang mahu melindungi pekerjanya, dia mengaku itu semua rancangannya. Apa lagi perang tercetus lagi antara Zara dan Kif. Tetapi Kif ni bijak juga, dia mengugut Zara yang dia mempunyai gambar-gambar Zara ketika dia pengsan dulu. Zara tak mahu gambar-gambarnya diedarkan dan dengan itu dia bersetuju menjadi pekerja Kif di De’Raya.

Bekerja di bawah Kif membuka mata Zara. Dia mula mengerti lelaki itu tidaklah seteruk yang disangkakan. Namun itu tak bermakna mereka sudah kamceng. Ada-ada saja perkara yang akan buat pasangan ini bertengkar. Namun, takdir memang menentukan segalanya. Kejadian Ruby yang masuk ke hospital secara tiba-tiba menyebabkan dunia Zara gelap-gelita. Ruby rupanya menghidap penyakit jantung yang kronik. Mungkin hidupnya juga dah tak lama dan hasratnya adalah ingin melihat anak tunggalnya berkahwin.

Ruby melihat Kif adalah calon yang paling tepat. Pastinya hasratnya itu dianggap gila oleh Zara dan Kif. Tetapi Kif memang lelaki yang cukup memahami. Lagipun antara syarat supaya restorannya berkembang ialah berkahwin dengan Zara. Kemudian itu barulah bapa saudara Zara akan membantunya. Zara serba-salah. Dalam banyak-banyak lelaki tak tahu mengapa mamanya mahukan dia berkahwin dengan Kif. Tak tahu apa lagi kelebihan Kif di mata mamanya itu. Tetapi kerana kasihkan ibunya Zara menurut. Perkahwinan dilangsungkan sebagai syarat yang ibunya itu akan menjalani rawatannya.

Perkahwinan antara pasangan ini ada pasang surutnya. Apatah lagi berkahwin tanpa cinta benar-benar menguji. Kif terperangkap dengan masa silamnya. Dia pernah bercinta dulu dan padanya walau telah ditinggalkan, hatinya sukar beralih pada Zara. Namun dia akui ada masanya hatinya terusik dengan sikap isterinya. Zara pula mula rasa sesuatu. Hatinya mula terpikat dengan tingkah Kif. Cara Kif yang begitu melindungi itu membangkitkan rasa lain dalam hatinya. Sudah jatuh cintakah? Tetapi kalau jatuh cinta dengan Kif pun tiada salahnya. Bukankah Kif kini merupakan suami sahnya?

Kepulangan Intan; bekas kekasih Kif menyebabkan Zara rasa rendah diri. Siapalah dia di mata Kif? Kehadiran Gabriel; anak teman mamanya juga membangkitkan rasa cemburu Kif. Barulah Kif menyedari bahawa Zara kini sudah mula mendapat tempat dalam hatinya. Namun kerana ketidakyakinan Zara, dia menolak Kif.

Watak Riana mengundang rasa menjengkelkan. Dan plot-plot seterusnya lebih menarik. Apa terjadi pada Zara dan Kif bila mengetahui akan kisah silam Kif? Dan siapa Riana dalam hubungan mereka? Intan pula bersediakah berundur selepas tahu yang hati Kif sudah beralih arah? Dan pastinya kita semua mahu tahu akan apakah hubungan sebenarnya antara Kif dengan mama Zara? Ha, jangan tunggu lagi. Cepat dapatkan naskah ini di pasaran.

Aku kira identiti penulis ini memang sudah terbias dengan gaya thriller. Dalam kisah romantis begini pun, beliau punya kesempatan menyelitkan adegan thriller. Ia merupakan kelebihan yang jarang-jarang ada sebenarnya terutama buat penulis wanita. Syabas :D

Ps: Nampaknya Kojie; hero SV yang selamba itu tetap menjadi pujaan hatiku berbanding dengan Kif hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Isnin, 11 Oktober 2010

Bidadari Hujan

3:50 PTG 4 Comments

JUDUL: BIDADARI HUJAN
PENULIS: NOOR AZZAHRA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Kasihan itu salah satu cabang cinta! [Blurb novel]

Aku dapat banyak komen daripada rakan-rakan FB bila meletakkan potongan ayat di atas. Ramai yang berpesan jangan bercinta kerana kasihan. Oh! Begitu kah? Tetapi rasanya dalam novel ini kasihan itulah puncanya pada cinta. Yang membawa kepada bahagianya rasa jiwa pada dua insan yang sudah cukup derita. Menariknya cerita ini diceritakan dari sisi seorang lelaki. Jarang berjumpa dengan penulis yang berani meletakkan 'aku' itu di watak lelaki. Jadi syabas untuknya :D

Rain seorang lelaki awal 30-an. Mempunyai paras rupa yang kacak dan berkerjaya membuatkan dia lupa pada cinta. Namun pertemuan dengan Qamalia [Lia] sewaktu Lia menumpangnya di masa hujan membuatkan Rain jatuh cinta. Gadis berusia 21 tahun yang dianggap Bidadari Hujan itu sudah berjaya mencuri hati Rain. Dan pastinya Rain lelaki yang paling bahagia apabila cinta yang dihulurkan mendapat balasan.

Kisah cinta Rain-Lia kelihatan manis dan memang nampak seperti pasangan yang paling secocok. Namun siapa tahu takdir mengaturkan sesuatu yang lain. Rain dipaksa menerima calon isteri pilihan keluarganya. Sudah puas memujuk tetapi dia gagal. Sudahnya saranan membuat istiqarah diturutkan. Dan mimpi Rain yang bertemu seorang lagi Bidadari Hujan membuatkan aku makin tak sabar untuk mengetahui kehidupan Rain selepas itu.

Berkahwin dengan Sufi Sofea [Sufi] bukanlah angannya. Jadi dia memilih untuk menyakiti hati isteri sendiri. Kasihan Sufi! Layanan baiknya tak pernah dipeduli. Rain buat Sufi bagai tak wujud je di rumah mereka. Namun hati Rain tertanya-tanya, tak berperasaankah Sufi? Bagaimana gadis itu masih bisa tenang dan tersenyum? Malah tidak sedikit pun keburukan Rain diceritakan pada keluarga mereka.

Kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa Sufi membawa Rain mengenali sisi lain Sufi. Gadis yang selalunya tenang itu sudah tiada di matanya. Sebaliknya kini Sufi sudah pun kalah dengan air mata. Keceriaan dan semangat Sufi turut dibawa pergi. Rain menjadi serba-salah. Kasihan beraja di hati bila melihatkan air mata Sufi.

Bermula saat itu, Sufi sudah jauh berubah sehinggalah Sufi jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Penemuan diari Sufi menyingkap rahsia hati seorang isteri. Barulah Rain mengerti akan sengsaranya Sufi dengan perkahwinan ini. Malah rahsia hidup Sufi sebelumnya turut diketahui. Dia merasakan dia sudah banyak berkorban, tetapi yang nyata Sufi lebih besar pengorbanannya.

Rasa kasihan itu akhirnya menjadi kasih. Rain sudah boleh menerima Sufi sebagai isterinya. Tetapi Sufi pula sedia mengundur diri kerana baginya bila ibu bapanya sudah pergi bermakna tiada lagi hati yang perlu dijaga. Ha, waktu ni baru si Rain tu tak senang duduk. Angau pada isterinya mengalahkan rasa angau pada Lia dulu. Paling kuingat masa doktor lelaki cek degupan jantung Sufi, ketekunan doktor itu saja dah berjaya membangkitkan rasa cemburu di hati hahaha

Yang pastinya ending kelihatan manis sekali. Suka sangat! Sebagai penulis baru, aku kira ini adalah buah tangan yang amat bagus. Lain daripada yang lain :D Ada masanya terasa penulis ini combination of two writers; Hlovate yang santai dan sempoi dengan Kak Su yang manis berpuitis. I’m looking forward your next novel :))

Happy reading (^-<)

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jauh Kau Pergi

10:50 PG 13 Comments

JUDUL: JAUH KAU PERGI
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.

Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai teman rapat iaitu Haiyan Rifqi [Rif], Eddi, Lukman dan Helmi. Masing-masing sudah berkerja dengan pihak ATM. Cuma Afi je yang jadi pustakawan. Kematian Najmi membuatkan Afi hilang arah. Dia dah tiada sesiapa nak menumpang kasih apatah lagi kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dari seorang yang ceria Afi kini jadi sangat sensitif.

Disebabkan kematian Jimmy yang secara tiba-tiba, Afi sukar menerimanya. Rif pula dan teman mereka yang lain mula syak sesuatu. Ada yang tidak kena dengan kematian Jimmy. Apatah lagi Rif mula rasa Afi juga diancam bahaya. Mereka berempat berusaha melindungi Afi. Tapi Afi ni kalau nak tahu degil juga. Orang dah pesan jangan ke mana-mana seorang diri, dia main belasah je. Sudahnya Rif juga yang susah. Ingat lagi scene Rif menyelamatkan Afi. Dia bawa Afi terjun dari apartment 10 tingkat dengan cara rappelling malam-malam buta. Gila lah! Afi pula kerjanya asyik nak melawan. Tapi aku memang rasa tak boleh bla la bila membayangkan Afi dipaksa terjun dengan keadaan pakai seluar tidur gambar Popeye tu hahaha

Satu-persatu cubaan cuba membunuh Afi dapat ditangkis oleh Rif. Tetapi dia gusar lagipun mereka bukannya mahram. Rif mengambil keputusan untuk mengahwini Afi. Sebenarnya masa tu pun Rif macam tercabar bila tengok ada kawan lelaki pejabat Afi yang cuba mengurat Afi tu. Tetapi macam Rif aku pun rasa tiada lelaki lain yang lebih sesuai daripada diri Rif sebenarnya. Sebab musuh yang nak membunuh Afi ni memang sangat-sangat bahaya lagi kejam.

Perkahwinan yang dibina atas dasar itu sebenarnya rupanya hanya mencelarukan perasaan masing-masing. Rif ni dulu pernah bertunang tapi tunangnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia rasa dia tak akan pernah dapat mencintai Afi lagi. Namun tidak pada Afi. Dia pula sebenarnya pernah ada rasa suka pada Rif waktu mereka remaja lagi. Cuma orang lain tak tahu saja.

Plot-plot seterusnya lebih kepada rasa Afi terhadap Rif. Bagaimana hidup mereka setelah berumah tangga. Dan juga misteri tentang kemunculan Cougar yang gila punya kejam. Cubaan Cougar dalam nak membunuh Afi sering saja tersasar disebabkan Cougar tak sanggup apabila melihatkan wajah polos Afi.

Kalau nak tahu, kematian Jimmy sebenarnya bersangkut-paut dengan Tengku Azhar. Ada rahsia sulit Tengku Azhar yang disimpan oleh Jimmy. Dan disebabkan Tengku Azhar yakin yang rahsianya sudah berpindah pada Afi, dia menjadikan Afi pula buruannya. Klimaks pastinya di saat Afi diculik oleh Tengku Azhar. Apa kesudahannya? Dapatkah Rif menyelamatkan Afi dan juga kandungannya? Dan siapa sebenarnya Cougar tu kan? Pastikan anda semua mencari novel ini tetapi macam biasa jangan risau sebab Alaf 21 memang pasti akan kasi happy ending buat para pembacanya :D

Tetapi aku rasa ada sedikit kesalahan di muka awal, ada typo. Sepatutnya bukan OC [pegawai pemerintah; level Kapt/Mejar] tetapi CO [pegawai memerintah; Lt Kol]. Harap diperbetulkan bila diulang cetak nanti. Apa pun karya terbaru penulis ni dah berjaya buat aku nak pergi cari novelnya yang terdahulu. Nasib baik cuma ada 3 buah, kiranya sempat lagi nak dicari buat koleksi :))

Ps: Aku sudah jatuh cinta pada Komando hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)