Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Jumaat, 28 Februari 2014

Alamak! Lagi-lagi Dia

8:13 PG 3 Comments
Alamak! Lagi-lagi Dia
Mazni Aznita

ISBN: 9789670535111
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 752
Harga: RM27.90

~ Rasaku… ~

Novel cinta romantik bukan thriller. Alaaaa... *muka tak puas hati* Sebenarnya rindu nak baca karya thriller daripada penulis ini.

Seperti yang aku bilang tadi, ini kisah romantik. Kisah cinta yang santai dan senang hadam. Buat para pembaca novel cinta Melayu pasti akan suka dengan yang ini, cuma mungkin bila sudah terbiasa dengan garapan novel penulis, aku jadi lebih demanding atau mungkin juga novel ini dibaca dalam keadaan aku yang uzur, maka ia juga mempengaruhi mood membacaku.

Apa yang aku suka:-
1. Perhubungan antara isi keluarga. Suka dengan gaya Cika dan abangnya. Begitu juga dengan Nadim-Zakri. Orang yang paling dekat dengan kita pastinya keluarga kan? Dan itu menjadikan aku senang sekali.
2. Isunya -- mangsa buli. Tak pernah alami situasi seperti ini, dan kalau ada tolonglah pantau. Kasihan mereka! Tetiba teringat filem Buli.
3. Cika -- karakter yang tak mudah mengalah. Dari si ugly duck jadi swan. Sweet! Tapi traumanya pada kejadian bulinya buat dia ‘buta’ akan rasa hatinya.
4. Watak Nadim -- cool. Tak habis belajar lepas tu patah hati sebab kekasih meninggal, jadi mana istimewanya? Mungkin kerana dia punya tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi sikap diktator ayahnya. Oh! Aku tau, aku suka dia sebab dia pandai main piano hahaha
5. Watak-watak pembantu yang menggerakkan cerita. Aku suka adanya Zakri dan Ubek. Buat cerita ni funny! Tuan Aaziz tu walaupun menjengkelkan aku, tapi auranya buat aku sabar meneliti tiap halaman untuk tahu kenapa dia begitu mengawal susun atur hidup Nadim.

Dan, yang aku tak gemar sangat:-
1. Sikap ibunya yang seorang cikgu itu -- Pn Bahyah. Adoiii... ada lagi ya ibu-ibu yang sebegini? Mungkin ya, seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak gadisnya tapi urusan jodoh biarlah Allah yang uruskan.
2. Adegan tarik tali Cika-Nadim. Masa Nadim dah cakap, ‘ya’... jangan tangguh-tangguh lagi. Memanglah faktor usia memainkan peranan, tapi kalau si muda itu pilihan jantung hati, jangan dilepaskan! *wink*
3. Idham -- ni nak habaq mai sikit na. Hang kalau suka kat marka tu, ce buat perangai senonoh sikit. Haihh...

Keseluruhannya, masih tak dapat menandingi perasaan jatuh cinta pada Kojie-Anabella. Eh? Mereka ada tau dalam novel ni. Tapi ya, sebagai peminat MA, karyanya ini tidaklah mengecewakan. Masih berbaloi untuk dihadam, apatah lagi dengan adegan yang ada masanya tak disangka-sangka. Apakah tu? Ha, sila-sila baca sendiri :D

Happy reading (^-<)

Love & Misadventure

8:07 PG 0 Comments
Love & Misadventure
Lang Leav

ISBN: 9781449456474
Penerbit: Andrews McMeel Publishing, LLC
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 78
Harga: -

~ Rasaku… ~

I’m not really an avid reader of poetry. So, I will not complaining if it rhymes or not.

In short, love -- undefined.

I found it -- too much pain & heartbreaks, but some of them were cute. Eh? hahaha :P Maybe coz the author, yes... she’s brilliant, in playing off the sympathies and emotions, something that related to the girly-experiences.

I loved the simplicity of her words, or should I say -- a little too easy to understand [?]. But still, I know my little sis shall love this. Undoubtedly.

Ps:
(1) Credit to Qoma & Shy :D
(2) Just realised that Lang Leav being phenomena in Tumblr. lol.

Happy reading (^-<)

Kisah Dari Hati

8:01 PG 0 Comments
Kisah Dari Hati
Hani Fazuha, Farah Husain, Syah Shah, Sarnia Yahya, Anna Lee, Que Sera Sera, Emy Roberto

ISBN: 9789671192566
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 600
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Macam makan aiskrim Pralines 'n Cream. Manis menyengat! Lepas makan kena ambil air kosong dengan kadar segera *wink*

Full review: 24/02/2014

Cerita-cerita pendek yang ekslusif terbitan IKP. Edisi terhad katanya. Terima kasih Mai yang sudi belikan sebuah untukku *wink*

Tapi ambil masa juga untuk aku habiskan. Aduh! Kurangnya fokus bila aku tau kisahnya pendek-pendek.

Yang aku suka:-

Maaf Tak Indah – Emy Roberto
Kalau ada part ibu-anak gini, hati memang cepat saja tersentuh. Terharu. Kebetulan baru lepas tonton filem Tamil; Priyasakhi. Kagumnya aku pada kesabaran sang suami menghadapi si isteri yang tak cukup dewasa ini. Tapi, hati ibu. Walaupun seteruk mana, kasih ibu masih tiada gantinya. Dan benarlah kata pujangga, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.

Rahsia Kita – Anna Lee
Interesting. Teringat satu drama Melayu dulu, lupa dah tajuknya. Hati-hati ya kaum Hawa sekalian. Cinta sehebat mana pun, jagalah dirimu sebaik-baiknya. Hidup kita tak macam novel yang selalunya punya ending manis. Tapi langit juga tak akan sentiasa mendung, tiap kali terjatuh jangan lupa untuk bangkit kembali.

Tetap Sempurna – Emy Roberto
Ending tergantung [?]. Tapi aku suka pula hahaha Mungkin kerana ketabahan heroinnya. Walau ada perasaan tak puas hati pada si lelakinya. Eee... mudahnya jadi lelaki ya? Ok, terlebih emo di sini :P

Isteri Soleh Suami Solehah – Syah Shah
Cerpen terakhir dalam novel tapi cerpen pertama yang aku baca & aku suka. Mula-mula baca tu aku gagal nak meneka siapa perempuan dan siapa lelaki tapi tajuknya sudah bagi hint *wink* Cuma kisah Fawwaz tu memang begitu sajakah? Wataknya sangat ‘hidup’, teringat si Syafiq dalam JIMK. Kot ada sambungan, aku nak kisah si Fawwaz tu [Amboiii! hahaha :P]

Keseluruhannya, memang manis. Tak percaya? Sila baca dan rasa kemanisannya itu sendiri. Dan sedikit ingatan, kisah manis sebegini bukan untuk bacaan umum.

Ps: Orang bercuti, ha memang ginilah. Baca novel sambil layan TV. Hikmah dalam keuzuran, ada banyak waktu senggang. Alhamdulillah :D

Biar Cinta Bertaburan

7:53 PG 0 Comments
Biar Cinta Bertaburan
Yusnida Tajuddin

ISBN: 9789670448077
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 458
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

10/02/2014 - Review ketika baca

Sebenarnya kisah ni cam dejavu. Seriously. Mengingatkan aku pada temanku. Betapa teguhnya dia tika diuji sebegini. Memang jika dilihat, murahnya dia! Dia mendapat didikan lebih baik dariku. Dia disayangi, dimanjai oleh setiap ahli keluarganya. Dia tunjang keluarganya, dan akhirnya dia juga memusnahkannya.

Tapi kerana aku mengenalinya, membesar bersamanya semenjak kecil. Aku yang mengakui temannya yang paling rapat, apakah aku juga bisa menghukumnya? Menidakkan dia yang menjadi sahabat paling setia di sisiku? Berdosakah aku, kalau aku katakan aku menyokongnya, walau seisi dunia menghukumnya?

Dejavu. Ya. Ini dejavu.
Dan sekarang, aku perlu memberhentikan pembacaan, buat sementara waktu.

*** dah habis baca 13/02/14, tapi masih takde mood nak beri ulasan penuh. Will update later!

Full review: 18/02/2014

1* untuk hubungan kekeluargaan.
1* untuk cinta Emeer.
0.5* untuk perasaan dekat di hati :D

Sebenarnya buku ni mengingatkan aku pada novel Tiada Khatimah Cinta. Ada sedikit persamaan tentang karakter wanitanya. Cuma mungkin ketika aku baca novel tu, aku tidak mengalami dejavu semasa membaca novel ini. Makanya, aku terpaksa menghentikan pembacaan beberapa kali.

Tiada masalah dengan gaya bahasa dan teknik penceritaan. Elok semuanya. Cuma ruang untuk si pelaku itu tak cukup solid. Mungkin kerana cerita ini menggunakan sudut pandang pertama, maka aku cuma bisa melihat watak Ayesha yang menyesal, kecewa dan bertaubat.  Tapi, dalam pada masa yang sama aku mengharapkan Emeer Zafran [Emeer] juga punya ruang untuk memperbaiki diri, bukan hanya membetulkan kesalahannya.

Ada beza ya memperbaiki dan membetulkan? Ada. Dari sudut pandangan aku yang serba kerdil ini. Apa yang Emeer lakukan -- membetulkan kesilapannya yang terlanjur. Tiada ruang untuk Emeer berkongsi rasa sesal & takutnya atas kesilapannya itu. Mungkin aku terlepas pandang, takpe nanti aku akan ulang baca bila mana ada waktu terluang. Tapi yang paling banyak aku jumpa adalah saat-saat romantik antara hero-heroinnya. Teguhnya Emeer memegang cintanya pada Ayesha. Dan untuk itu, aku tambah 1 bintang buat cinta Emeer.

Watak Ayesha buat aku sakit hati. Bila mana orang yang dicintai membalas cintanya, kenapa perlu lari ya? Betul, tak mahu menganggu pertunangan si dia, tapi dari mula lagi kalau sudah tahu tidak boleh menanggung kesengsaraan, Ayesha sepatutnya lari lebih jauh. Dari mula jangan pasang impian! Bukan bila sudah berlaku, baru tu nak sedar. Eeee, aku memang emosional sangat dengan watak Ayesha ni *wink*

Tabik dengan penerimaan keluarganya. Betul. Itulah sebenar-benarnya keluarga, menerima si anak dengan hitam atau putihnya. Serius. Aku memahaminya dan aku pernah jua mengalami situasi itu. Dan aku boleh katakan, apa yang terjadi pada teman rapatku adalah ujian buat aku. Melihat bagaimana aku untuk menerima atau menghukum?

Senyum.
Tiap manusia itu pernah melakukan kesilapan. Semua. Pernah.

Happy reading (^-<)

Rabu, 12 Februari 2014

Perahu. Kumpulan Puisi

12:19 PTG 3 Comments
Perahu. Kumpulan Puisi
Ramlah Abdul Rasid

ISBN: 9789674302047
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 435
Harga: RM15

~ Rasaku… ~

3* untuk isinya.
1* untuk menghargai usaha sendiri kerana berjaya menghadam puisi dengan cara aku tersendiri.

Full review: 11/02/2014

Ketika sedang menunggu dindaku shopping, aku terpandang buku nipis ni. Cover -- minimalis. Tapi sudah cukup menggodaku, atau sebenarnya tika itu aku sudah hampir penat menghadap ribuan manusia yang gilakan membeli-belah tak kira masa. Jadi, ini umpama escapism yang paling segar :D

Dan jujur, aku memang tidak tahu ‘berbicara’ tentang puisi. Tapi, aku cukup terkesan dengan setiap lontarannya. Sampai ke hati. Cukup seadanya -- kasih sayang, cinta, keinsafan & kekaguman pada Pencipta-Nya.

Paling aku suka yang ini:-


Ketika berhadapan ujian-NYA, kata ayah, meski
wajah terlihat muram, seakan membendung air mata
“Kau perlu kuat, sayang. Ini urusan-NYA.” [petikan puisi Kata Ayah]
 
Ujian menimpa kita tanda kasih sayang-Nya.
Senyum. Alhamdulillah :))

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)