Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)
Memaparkan catatan dengan label Sarnia Yahya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarnia Yahya. Papar semua catatan

Khamis, 19 Jun 2014

Secantik Anugerah

8:30 PG 0 Comments


Secantik Anugerah
Sarnia Yahya

ISBN: 9789834347376
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: 2008
Halaman: 502
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Done! Kononnya nak baca sikit-sikit, sekali habis. Rasanya lepas ni kalau tunggu si enche, leh standby novel. Novel tebal pun takpe agaknya hahaha.

Yup, ni bukan review *wink*

Full review: 18/06/2014

Berbual dengan sahabat, katanya buku ini adalah tulisan pertama penulis. Waaa... mujur dapat beli walaupun buku di tangan bukan cover sebenar, hinggakan si enche menegur akan kehijauan sampul bukunya hahaha.

Si isteri yang terlalu setia, meletakkan sepenuh jiwa dan raga pada suaminya hinggakan di satu saat, dia dibuang ke tepi. Alahai! Sadis benar ujian yang menimpa Aisya. Diceraikan ketika baru keguguran, dan suami; Azri bertindak mengahwini wanita lain. Walaupun secara mudahnya jodoh yang mengikat mereka sudah berakhir tapi jujurnya, aku masih tidak dapat terima Azri bertindak sedemikian tanpa berbincang dan berterus-terang dengan isteri sendiri. *sigh*

Aisya. Sukar untuknya bangkit. Walaupun dah bertahun, sisa cintanya masih ada. Hinggakan dia membina tembok tinggi-tinggi dalam hati, menghalang sesiapa saja yang mahu mengintainya. Tapi, Encik Firdaus nampaknya bersungguh benar. Dia sendiri pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya yang lalu, maka kehadiran Aisya bagaikan anugerah buatnya.

Sekali Aisya memasang tekad, dia tidak berundur. Lamaran Firdaus diterima walaupun pada mulanya dia sendiri tidak yakin. Tapi masa memang mengubat segalanya. Dalam tak sedar, dia jatuh cinta pada gaya Firdaus yang pandai mengambil hatinya. Pada Firdaus disandarkan kepercayaan agar tidak meninggalkannya lagi. Rasa insecure Aisya sepanjang di sisi Firdaus agak melelahkan aku. Mungkin kerana aku diajar agak menyimpan sedikit rasa kebergantungan itu. Sebab di saat kita jatuh, dengan rasa yang sedikit itulah pemangkin untuk bangkit semula.

Sedikit konflik di hujung cerita buat penambah rencah. Apatah lagi dengan terbukanya rahsia yang melibatkan keruntuhan rumah tangga Azri-Aisya, yang bersangkut-paut dengan keluarga Firdaus. Jeng jeng jeng...apakah? Sila dapatkan naskhah anda!

Kesimpulannya, garapan pertama yang tak menghampakan. Agak dramatik dan kalau ianya lebih tebal, aku akan kata ia seakan-akan telenovela. Tapi, aku tetap enjoy menikmati ‘hidangan’ ini. Disampaikan dengan cukup santai walaupun penuh dengan momen sedih. Dan, buat para peminat Kak Sarnia, harus beli untuk melengkapkan koleksi anda ya!

Happy reading (^-<)

Jumaat, 28 Februari 2014

Kisah Dari Hati

8:01 PG 0 Comments
Kisah Dari Hati
Hani Fazuha, Farah Husain, Syah Shah, Sarnia Yahya, Anna Lee, Que Sera Sera, Emy Roberto

ISBN: 9789671192566
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 600
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Macam makan aiskrim Pralines 'n Cream. Manis menyengat! Lepas makan kena ambil air kosong dengan kadar segera *wink*

Full review: 24/02/2014

Cerita-cerita pendek yang ekslusif terbitan IKP. Edisi terhad katanya. Terima kasih Mai yang sudi belikan sebuah untukku *wink*

Tapi ambil masa juga untuk aku habiskan. Aduh! Kurangnya fokus bila aku tau kisahnya pendek-pendek.

Yang aku suka:-

Maaf Tak Indah – Emy Roberto
Kalau ada part ibu-anak gini, hati memang cepat saja tersentuh. Terharu. Kebetulan baru lepas tonton filem Tamil; Priyasakhi. Kagumnya aku pada kesabaran sang suami menghadapi si isteri yang tak cukup dewasa ini. Tapi, hati ibu. Walaupun seteruk mana, kasih ibu masih tiada gantinya. Dan benarlah kata pujangga, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.

Rahsia Kita – Anna Lee
Interesting. Teringat satu drama Melayu dulu, lupa dah tajuknya. Hati-hati ya kaum Hawa sekalian. Cinta sehebat mana pun, jagalah dirimu sebaik-baiknya. Hidup kita tak macam novel yang selalunya punya ending manis. Tapi langit juga tak akan sentiasa mendung, tiap kali terjatuh jangan lupa untuk bangkit kembali.

Tetap Sempurna – Emy Roberto
Ending tergantung [?]. Tapi aku suka pula hahaha Mungkin kerana ketabahan heroinnya. Walau ada perasaan tak puas hati pada si lelakinya. Eee... mudahnya jadi lelaki ya? Ok, terlebih emo di sini :P

Isteri Soleh Suami Solehah – Syah Shah
Cerpen terakhir dalam novel tapi cerpen pertama yang aku baca & aku suka. Mula-mula baca tu aku gagal nak meneka siapa perempuan dan siapa lelaki tapi tajuknya sudah bagi hint *wink* Cuma kisah Fawwaz tu memang begitu sajakah? Wataknya sangat ‘hidup’, teringat si Syafiq dalam JIMK. Kot ada sambungan, aku nak kisah si Fawwaz tu [Amboiii! hahaha :P]

Keseluruhannya, memang manis. Tak percaya? Sila baca dan rasa kemanisannya itu sendiri. Dan sedikit ingatan, kisah manis sebegini bukan untuk bacaan umum.

Ps: Orang bercuti, ha memang ginilah. Baca novel sambil layan TV. Hikmah dalam keuzuran, ada banyak waktu senggang. Alhamdulillah :D

Selasa, 1 Oktober 2013

Akan Ku Tunggu

9:01 PG 0 Comments
Akan Ku Tunggu
Sania Yasmin

ISBN: 9789831246078
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2010
Halaman: 525
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Macam baru je baca karya tulisan Kak Sarnia.. tup tup ada lagi bukunya. Cuma kali ini keluaran Grup Buku Karangkraf [baca: Alaf 21]. Dan setakat yang aku perasan, kalau dengan penerbit yang ini hero semuanya hampeh sikit. *wink*

Syamil padaku bukan jenis lelaki pujaan ramai. Walau mungkin dia sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik, baginya perempuan itu tak ubah seperti lampin pakai buang. Dah puas boleh campak macam sampah. Tetapi sejak terpandang Ayu Rihana, dia nekad untuk berubah. Mendekati si gadis ayu itu bukannya senang. Dia perlu jadi lelaki sebaik-sebaik alam.

Perhubungan rapat antara keluarga memang memudahkan langkah Syamil. Kata saja pada ayah bonda, terus rombongan meminang dihantar. Tanpa bantahan, Ayu harus menerimanya. Kasihan Ayu! Walau hati sudah terpaut pada Paksu sendiri; adik ibu tirinya, kehendak keluarga diturutkan.

Sebenarnya aku faham situasi Datin Noraini. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Dia tahu yang Taufik itu sebenarnya sebaik-baik pasangan buat Ayu tapi memikirkan keadaan, dia tegar melukakan ke semuanya. Memang agak awkward kot bila adik sendiri jadi anak menantu.

Perubahan Syamil ada pasang surutnya. Ugutan daripada bekas kekasih buat Syamil kembali kepada zaman liarnya. Berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Hati sang isteri ingin dijaga, tapi dalam masa yang sama masih berteman mesra dengan perempuan lain. Alahai!

Kasihan Ayu. Rumah tangga tak habis-habis dilanda badai. Satu per satu kesabarannya teruji. Bertahankah hatinya?

Kalau beremosi seperti aku, rasanya ini memang bukan buku pilihan untuk anda. Mujur ada happy ending, kalau tak memang aku debik si Syamil tu. Eh! hahaha ;P

Happy reading (^-<)

Selasa, 20 Ogos 2013

Dekat PadaMu

10:04 PG 0 Comments

Dekat PadaMu
Sarnia Yahya

ISBN: 9789671174104
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Februari 2013
Halaman: 534
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

2.5*
 
Review? Lepas raya la...sekarang mood cuti raya hikhikhik ;P

Full review: 19/08/2013

Syafiqa umpama sebatang kara walaupun dia sebenarnya mempunyai kembar; Syafiq. Tetapi dek kerana Syafiq kini ditahan di pusat sehenti akibat daripada ketagihan dadah, Syafiqa kelihatannya bersendirian. Mujur ada Ashila dan Iskandar. Dua beradik yang menjadi tempat Syafiqa menumpang kasih.

Namun persahabatan dengan Ashila ada pasang-surutnya. Terutamanya bila saja Ashila bertindak membelakangkan keluarganya di saat dia ditunangkan dengan Rayyan. Syafiqa yang pernah bekerjasama dengan Rayyan berasa Ashila bodoh kerana tak pernah beri peluang untuk mengenali Rayyan dengan lebih dekat. Sebaliknya dia sibuk mengejar Jay yang kaki kikis. Aduh! Cinta membutakan Ashila.

Rasa kasihan yang timbul akhirnya membawa kepada perasaan lain. Seboleh mungkin Syafiqa mengelak, tetapi lelaki sebaik Rayyan juga yang bisa mencairkannya. Namun pada masa yang sama abang Iskandar tak pernah melepaskannya. Dalam diam rupanya duda terhangat itu menyimpan rasa. Jadi siapa pilihan Syafiqa?

Episod kematian dalam kehidupan Syafiqa yang berturut-turut mengundang simpati. Bermula dengan kemalangan Ashila, kemudiannya Rayyan dan akhirnya Syafiq. Kasihan sungguh. Tapi semangat Syafiqa cukup membara. Walau patah, berderai seribu..hatinya masih mahu bangkit. Mujur juga ada Iskandar di sisi. Menemani saat-saat duka Syafiqa. Tapi sayangnya, Syafiqa masih beku. Cinta yang dihulur masih belum disambut. Apa bisakah Iskandar menjadi penunggu setia?

Aku sedikit teragak-agak bila nak diberikan rating. Bukan apa, terasa ‘kehilangan’ Sarnia Yahya dalam novel ini. Mungkin tak berapa kena dengan jiwa. Hingga ada beberapa halaman yang aku baca laju-laju kerana bosan. Tapi jika anda peminat penulis, jangan risau. Karyanya ini masih tak menghampakan  ;))

Gaya bahasa tak perlu dipersoalkan. Penulis otai ni, jadi tak banyak masalah. Jalan ceritanya pun mudah cuma kisah hidup heroin tu je yang berliku. Banyak sangat adegan kematian dan kehilangan. Aduh! Dan mungkin kerana itu aku rasa agak letih nak baca hahaha

Happy reading (^-<)

Isnin, 27 September 2010

Tiada Yang Kedua

12:52 PTG 2 Comments

JUDUL: TIADA YANG KEDUA
PENULIS: SANIA YASMIN
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Dalam novel pertama Sania Yasmin bersama Alaf 21, masih lagi mengekalkan kisah cinta romantis. Hairan juga pada mulanya melihatkan nama penulis, lepas tu bila diteliti barulah tahu ohhh… Kak Sarnia rupanya! :))

TYK kisah kahwin paksa. Siapa yang suka genre ini pastinya boleh membelinya sebagai koleksi. Tetapi bagi aku, kisah DDI lebih memorable. Plot dalam DDI lebih menarik dan lebih kuat tetapi cerita ni pun boleh tahan juga.

Shira berkahwin dengan pilihan keluarganya. Sebagai anak yang baik, dia gembira dengan perkahwinan itu walaupun tak kenal langsung dengan pasangannya. Padanya apa saja yang menggembirakan ibu bapanya, dia akan rasa gembira. Shira ni kiranya family type dan dia tersangatlah rapat dengan kedua ibu bapanya.

Tetapi hati Shira hancur bila mengetahui yang Imran; suami yang baru saja menikahinya tak pernah setuju dengan perkahwinan mereka. Semuanya dibuat kerana ayah dan ibunya. Malam pertama yang diharapkan sebaliknya dia diberitahu yang Imran akan menceraikannya selepas 2 tahun kerana Imran sudah punya pilihan hati.

Hati mana yang tak terluka mendengarkan pengakuan sang suami? Namun Shira masih menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan sebaik mungkin. Tetapi dia seboleh mungkin mengelak daripada terlalu rapat dengan Imran. Dia tak mahu menjalinkan sebarang perhubungan dengan Imran.

Sepanjang tempoh mereka berkahwin, Imran mula menyedari akan kebaikan isterinya. Dia mula membandingkan isterinya dengan Niza; kekasih hatinya yang lebih kaya dan manja. Nampaknya Shira menang dari setiap segi. Disebabkan itu Imran cuba mengubah pendiriannya. Dia mula belajar untuk menerima Shira sebagai isteri. Shira dipikat dan dicurah kasih sayang sepenuhnya.

Niza yang kecewa mencari Shira. Sengaja mempergunakan cintanya untuk mengugut Shira. Antara percaya dengan tidak, rupanya 2 tahun seperti yang dijanjikan sudah tiba. Shira berperang hebat dengan perasaanya, makin keliru. Dalam diam dia lebih rela pergi kerana tak sanggup mendengar lafaz perpisahan yang bakal Imran ucapkan.

Imran yang terlalu menyayangi Shira terdesak untuk mencari isterinya. Perasaan bersalah dan kesal yang menggunung apatah lagi Shira ketika itu masih lagi dalam keadaan sedih kerana kehilangan ibu dan ayahnya. Nasib Imran baik kerana mempunyai adik ipar yang cukup memahami. Shira ditemui dan Imran berjanji yang tiada lagi Niza dalam hubungan mereka.

Kebahagiaan pasangan ini sukar bertahan lama kerana sikap Imran yang terlalu cemburu. Cemburu butanya menyebabkan Shira mula menjauh dan akhirnya sekali lagi Shira pergi meninggalkan Imran. Kali ini Imran semakin parah kerana perginya Shira bukannya seorang malah membawa anak mereka sekali.

Bagaimana kesudahan kisah Imran-Shira? Siapa pula Rizal yang menjadi papa pada Rina; anak Shira? Ha, kenalah cari dan baca novel ni :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 21 September 2010

Datang Dengan Indah

9:54 PG 0 Comments

JUDUL: DATANG DENGAN INDAH
PENULIS: SARNIA YAHYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

DDI ni macam kisah kahwin paksa juga. Mana taknya si adik kena menggantikan tempat sang kakak yang lari daripada majlis kahwinnya sendiri. Yang pelik tu kakak tu nak kahwin dengan pilihan hati sendiri bukan kerana kahwin aturan keluarga. Sebagai anak yang baik; Ardini rela berkorban demi menyelamatkan maruah keluarganya. Majlis perkahwinan antara Ruzana dan Izzuddin masih diteruskan cuma pengantin perempuannya saja yang sudah bertukar. Rela dalam paksa Izzuddin menerima Ardini sebagai isterinya.

Perkahwinan tanpa cinta memang menyukarkan. Apatah lagi sikap Izzuddin yang acuh tak acuh dengan kehadiran Ardini sebagai isteri. Dia menyimpan dendam. Kakak dan adik sama sahaja. Suka menyakitkan hati dan menyusahkan. Namun tidak pula pada Ardini. Hatinya dibuka sedikit demi sedikit. Pasrah dengan ketentuan, dia mula belajar menerima hakikat. Belajar untuk menyayangi dan menyintai suami sendiri.

Mujur saja pasangan ini duduk bersama keluarga Izzuddin, makanya ada juga tempat Ardini berkongsi rasa. Ibu mentuanya memang menyenangi kehadiran Ardini. Seboleh mungkin dia menjaga Ardini. Cuma dia terkilan kerana Izzuddin tak pernah cuba membuka hatinya untuk mengenali Ardini. Dan permintaan Ardini yang inginkan dirinya dilepaskan memang amat mengejutkan. Tak disangka ada perjanjian itu antara Izzuddin dan menantunya. Izzuddin berjanji akan menceraikan Ardini selepas sahaja Ardini tamat belajar.

Izzuddin mula menyedari sesuatu. Usia perkahwinan dengan Ardini sudah menginjak lima tahun. Sedar yang janjinya dulu pada Ardini harus diselesaikan. Namun jauh di sudut hati ada rasa yang tak enak. Dia tak dapat menipu diri yang dia tak mampu melafazkan talak pada Ardini. Apatah lagi keprihatinan Ardini yang menjaganya ketika dia sakit membuka matanya. Hatinya cair dengan kebaikan dan ketulusan Ardini. Dia tahu Ardini tak salah. Dia saja yang buta dalam menilai permata di depan mata.

Kebencian yang ditanam selama ini bertukar menjadi cinta. Namun macam-macam cara yang harus Izzuddin lakukan untuk menambat kembali hati seorang isteri. Payah sebenarnya nak mencapai kembali cinta Ardini apabila si isteri pula yang membenci. Tetapi hati perempuan Ardini mula terusik. Cinta yang disangkanya sudah pergi mula bertamu kembali di hati. Akhirnya dia mengalah. Akur kerana sesungguhnya dalam hati Ardini, sudah terpahat nama Izzuddin.

Kemunculan Ruzana ketika pasangan ini sedang berbahagia mengusik rasa. Ruzana iri hati dengan kemesraan Ardini dan Izzuddin. Ruzana bertekad untuk mengambil haknya kembali. Dah tak betul agaknya si Ruzana ni! Dia yang tinggalkan Izzuddin ada hati pula nak kata yang Ardini merampas haknya? Aduhai… kasihan Ardini! Izzuddin pun satu tak reti-reti nak jaga hati isteri sendiri. Makanya bagaimana kisah cinta Ardini dan Izzuddin? Terus mekar mewangi atau kecundang dengan kehadiran bekas kekasih?

Happy reading (^-<)

Selasa, 1 Jun 2010

On Cinta

4:25 PTG 0 Comments

JUDUL: ON CINTA
PENULIS: SARNIA YAHYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Mini Novella yang sungguh comel ni memang cepat benar dikhatamkan. Bila letak kat dalam rak pun comel juga tetapi macam kelakar la bila duduknya tak sama tinggi dengan novel-novel lain hik3 lalala5

Ia bercerita tentang Fatini, gadis awal 20-an yang merasakan dia terlalu muda untuk memasuki alam percintaan. Dia cuma mahu fokus pada kerjayanya dan juga pelajarannya. Namun siapa sangka rancangan orang tuanya tidak dapat ditolak.

Walaupun tak begitu suka, dia tanpa rela akur dengan kehendak ibu dan ayahnya. Pilihan keluarganya diterima dengan meletakkan beberapa syarat. Gila juga si Fatini ni sampai langsung tak nak tahu apa-apa tentang bakal suaminya itu. Nama pun langsung tak diambil peduli.

Di tempat kerjanya memang tiada yang tahu dia bertunang. Itu semua dirahsiakan. Cuma tak sangka pula dia dinaikkan pangkat menjadi setiausaha kepada Penolong Pengurus Besar, Perhubungan Awam; Encik Fahmi. Berbagai-bagai perkara yang berlaku antara dia dan orang atasannya yang terang-terangan selalu saja mengusiknya.

Cara Fahmi melayannya lain benar. Budak kecil pun tahu itu cara sang lelaki memikat. Walaupun tahu kedudukan Fahmi yang juga dah bertunang, tetapi hati kecil Fatini terkesan jua. Cuma selalu saja dibataskan diri mengingatkan yang dia juga kini adalah tunangan orang.

Sudahnya Fatini keliru. Antara tunangnya dan Fahmi, dia perlu juga buat keputusan. Nak diselidik tunang sendiri dia dah jadi malu. Tu la, siapa suruh buat syarat yang bukan-bukan? Kan dah tersepit? Jadi, siapa pilihan Fatini. Dan cinta mahu on pada siapa ya?

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)