Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Isnin, 31 Mei 2010

Train_Wreck

10:45 PG 2 Comments

JUDUL: TRAIN_WRECK
PENULIS: ADDI
TERBITAN: http://ini-blog-addistry.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Ini cerita anak sekolah. Dah macam trend pula bila aku duduk membelek cerita budak-budak sekolah hahaha Tapi bukan apa, senang nak dihadam cerita macam ni. Sebab selalunya tak banyak konflik dan disampaikan dengan santai je.

Permulaan cerita di mana Sara berlanggar dengan Yusoff Adli [Adli]. Pertemuan yang tak berapa nak indah itu diselesaikan dengan cara basketball battle. Best pula membayangkan perempuan berbaju kurung main bola keranjang dengan budak lelaki. It’s sweet to imagine! Comel juga bila Sara digelar ‘Makcik Jalan Gostan’ hahaha Bermula dari saat itu Sara dah mula bersahabat dengan teman-teman Adli. Ada Zairi, Syah dan Lukman dan tak lupa Dila; rakan baik Sara.

Ketika Hari Guru, Sara dan Adli ditugaskan untuk buat persembahan nyanyian bersama. Duet tau! Berjela-jela senarai lagu yang teman-teman mereka ni bagi, tapi semuanya lagu jiwang. Siap ada lagu ‘Seiring Sejalan’ lagi hahaha Tak tahu la pula lepas tu si Sara ni ada peminat. Muncul Reed di tengah-tengah yang membangkitkan rasa cemburu di hati Adli.

Hubungan Sara dan Adli macam angin je. Sekejap ok sekejap macam ditiup angin taufan. Bila Adli ditugaskan menjadi mentor Sara dalam subjek Fizik, memang dah tak boleh elak. Tapi apa pun mereka boleh je serasi. Banyak cerita yang dikongsi. Suka masa Adli dan Sara saling beri teka-teki. Tetapi yang tak seronoknya, penulis ni meninggalkan para pembacanya dengan ending yang tergantung. Sungguh lah! Aku tak tahu apa sudahnya cerita ini. Harap-harap Addi ada alasan terbaiknya untuk karyanya ini.

Jalan cerita yang mudah dan terlalu simple. Terima kasih kerana mengembalikan ingatanku pada teori-teori fizik dan kimia yang dah lama aku tinggalkan. Cuma sedikit ingatan, rasanya lebih elok kalau menulis dengan perkataan yang penuh. Elakkan meringkaskan perkataan seperti 'nak', 'lagi', dan 'yang'.

Kalau nak tahu cerita ni lama gila pending sebab aku asyik lupa nak habiskan. Bila teringat nak baca aku kena mulakan dari episod 1 balik. Dan hari tu masa berbual dengan Bulanhijau baru aku teringat yang aku masih belum habiskan cerita ni hik3 lalala5 :P Teruk betul perangai.

Ps: Addi; lagu Oh Fizik versi Yuna tu sangat comel :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 25 Mei 2010

Versus

3:58 PTG 0 Comments

JUDUL: VERSUS
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Kemunculan karya garapan Hlovate ini memang dinantikan. Apatah lagi sebelum ini Ked's Story tidak begitu melekat dalam hatiku. Jadi harapan pada novel ini memang terlalu besar. Aku ingin penulis ini mengembalikan 'rasa' itu padaku dan ya, aku sudah dapat rentaknya semula. Terima kasih.

Versus itu bermaksud bertentangan, berlawanan. Sejajar dengan maksudnya novel ini membawa kita merasai apa yang akan berlaku bila kita melawan kebiasaan kita. Apa yang akan anda lakukan apabila anda harus menentang diri anda sendiri? Susah sebenarnya untuk merentangi fitrah sedia ada tetapi itulah dugaannya apabila kita cuba berusaha ke arah yang lebih baik. Melalui watak-wataknya; Minn Edina [Minn] dan Ashraf Omar [AO], kita mengenali bagaimana mereka cuba berlawan dengan sisi baik dan buruk yang ada dalam diri.

Minn – gadis ini berusaha keras untuk mengubah hidupnya kerana wasiat yang ditinggalkan oleh datuknya. Dunianya yang berputar dengan skate itu dilupakan sedikit demi sedikit. Berhijrah untuk ke arah yang lebih baik seperti mana hasrat keluarganya. Kepayahannya mengharungi keluarbiasaannya itu ditelan dengan sendirinya.

Dalam pada itu dia berkenalan dengan AO. Membantu lelaki itu dalam menyediakan tugasan di universiti membuka satu sejarah baru. Kedegilan AO membuatkan Minn rasa sesak. Lelaki itu banyak helah dan tanpa disedari kisah yang dah lama Minn tinggalkan dibuka semula, langsung membuatkan hati Minn terluka.

AO tak pernah menyangka dia membawa Minn ke daerah lama yang ingin dilupakannya. Sebenarnya dia cuma mahu mendampingi gadis Ed’Sassin of Wrath yang dipujanya dulu. Hingga dia terlupa gadis itu sudah pun berubah meninggalkan dunianya itu. Dan dalam diam AO ingin juga merasakannya. Bagaimana dunia Minn yang berubah arah 180 darjah, dia juga ingin melaluinya. Dunia skateboard perlu ditinggalkan. Alam street harus dilupakan.

Pertemuan mereka selepas itu membuatkan hati Minn terkesan. Inikah AO yang dikenalinya dulu? Benarkah ini AO yang buat tak peduli tentang hal-hal wajib tetapi kini begitu menjaganya? Dan bagi Minn sediri, adakah benar dia sudah pun berubah menjadi yang terbaik? Kalau ya, mengapa hatinya merasakan AO sejuta kali lebih baik daripadanya?

Sememangnya terlalu sukar untuk berubah tetapi Allah selalu membantu hambanya. Baik Minn atau pun AO, mereka sudah berada di landasan yang benar. Dilorongkan kepada insan yang sudi membantu mereka. Mereka memang baik tetapi benarkah 'baik' itu sudah dicapai? Tulisan penulis ini menyedarkan, benarkah kita juga sudah pun cukup 'baik'? Apa bezanya baik dengan menjadi lebih baik? Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri.

Secara jujurnya ini adalah karya terbaik garapan penulis yang aku gelar indie ini. Mendidik para pembacanya dalam cara yang halus sekali. Mengikat para peminatnya dengan caranya tersendiri. Seperti sebelumnya cinta hasil sentuhannya masih lagi memikat biarpun tanpa ayat yang berbunga-bunga. Kita masih dapat merasakan kehadiran cinta itu. Cinta itu fitrah, ia satu anugerah. Tak salah untuk setiap insan melaluinya tetapi perlu tahu di mana batasannya. Dan itu diungkapkan dalam karyanya ini.

Berusahalah untuk ke jalan yang baik kerana dalam diri setiap insan itu ada sisi baiknya tersendiri.

“…bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan…”

Ps: Aku fikirkan AO je boleh jadi kamikaze tetapi Ked lebih-lebih lagi! Kasihan Nawal hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 21 Mei 2010

Cinta Datang Lagi

8:33 PG 0 Comments

JUDUL: CINTA DATANG LAGI
PENULIS: BIKASH NUR IDRIS
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

CDL membawa cinta kali kedua. Mungkinkah kita selalunya dipertemukan dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat? Itu yang cuba dirungkai dalam kisah ini.

Nur Raisya [Raisya] benar-benar terluka bila cintanya tak kesampaian. Lelaki yang dipuja; Jaspal kini bertunang dengan orang lain dan akan berkahwin dengan pilihan keluarganya itu. Keadaan yang sama berlaku pada Fariz Daniel [Fariz]. Bertahun menyulam kasih dengan Shereen namun takdir memisahkan mereka. Dan anehnya Raisya dan Fariz bertemu di majlis perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Pertemuan yang akhirnya menyatukan hati yang menderita ini menjadi akrab.

Kemudiannya Fariz mula meletakkan harapan. Cuba menggapai cinta Raisya dan meyakinkannya cinta itu boleh datang lagi. Tetapi itu cuba dielakkan, Raisya tidak percaya lagi pada cinta. Dia tak mahu dikecewakan lagi. Fariz jadi lelaki yang tidak tahu malu, masih tak jemu memujuk Raisya. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Raisya.

Kesungguhan Fariz sedikit sebanyak berjaya mencuit hati Raisya. Hatinya terkesan juga dengan keikhlasan yang ditunjukkan Fariz. Perlahan-lahan dia membuka pintu hatinya. Tetapi di saat itu terbukalah semua rahsia. Fariz mempergunakannya hanya kerana ingin memiliki Shereen semula dan dia merancangkan agar Raisya pula akan mendapatkan Jaspal kembali.

Pedihnya hati bila itu semua dibongkar. Kesakitan hatinya lebih-lebih lagi daripada kecewanya bersama Jaspal. Difikirkannya yang Fariz itu jujur dan ikhlas namun siapa sangka kemanisan itu rupanya palsu semata-mata. Fariz pula mula menyedari akan hakikat yang sebenarnya bila Raisya makin menjauh. Rancangan untuk menyatukan empat hati tak menjadi sebaliknya hatinya pula menginginkan si manis Raisya. Cara apa yang harus dilakukan untuk memenangi hati gadis yang dikecewakan itu? Raisya, mahukah memaafi dan memberi peluang kepada Fariz sekali lagi?

Tulisan BKI seperti biasa penuh humor. Tetapi rasanya ada bahagiannya perlu diberi perhatian kerana rasanya beberapa plot dalam cerita ini tak berapa sesuai untuk bacaan remaja. Sedikit kacau bila Fariz itu menjadi terlalu gatal ya amat!

Ps: Beli online di sini :))

Happy reading (^-<)

Isnin, 17 Mei 2010

Sunshine Award

11:25 PG 0 Comments


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


Rasa terharu juga bila ada 2 insan yang sudi nak beri aku award ni.

Thanks to Cik Ulatbuku :)) Quoted from her!

Airina - satu-satunya reviewer yang paling rajin menapak ke sini and chit-chat with me. Thanks, dear! walaupun cik cucur pun tag you jugak, tak kira nak bagi jugak award ni, so, kira dapat double la ni ;) eh eh, dulu airina pernah bagi award tapi sampai sekarang tak buat lagi, hehe... sorry.

Quoted from Cucuratap :)) Thanks sis!

airina : juga reviewer yang rajin. dia review bidadara punya lah panjang lebar. rajin sungguh. =) boleh baca dekat sini.

So, my turn to spread the happiness and sunshine *wink*

1. PeiPan - Tulisan tuan tanah ni selalunya tak menghampakan. Daripada isu masyarakat, perkongsian ilmu dan agama mahupun politik ada banyak info yang boleh dikutip. Walaupun ada masanya mungkin agak kasar tetapi bagiku itulah satu-satunya cara untuk 'membangunkan' pembacanya. Aku paling suka katanya yang ini - 'Aku menulis untuk diri sendiri dan bukan untuk kamu.' Ps: Noticed that c.UB already tagged you this :)

2. Fira Ya Hilwa - Teman sejoli dalam Anak Ghimo. Si comel yang dulunya menulis di Friendster sebelum beralih ke blogspot. Menulis tentang dunianya sendiri bercampur aduk dengan suara hatinya sendiri. Ada masanya seperti membaca jurnal sang pengembara. Si rajin yang mengedit gambar-gambar dan suka tersenyum. Her smile may consider as sunshine :))

3. Datin Noris - Rakan sekolah yang suka sangat dengan Hello Kitty. Seriously aku tak tahu kau peminat kartun tu :P Suka membebel tentang dirinya di dalam blognya yang serba-serbi pink dan ada bling-bling [macam salji pun ada juga]

4. Bulanhijau - Si penulis muda yang rajin benar menulis. Selalu aku ikuti perkembangannya tetapi aku juga lah antara orang terakhir baca cerita yang dia tulis hik3 lalala5 She's kinda cute [perasan masa ber-YM hari tu]. All the best in your next story :))

5. x-po - Si kaki gosip hahaha Kalau nak tahu hal-hal terkini tak kisahlah dari segi apa pun selalu juga aku lepak sini. Pandangan daripada seorang cikgu kelahiran UPSI ada masanya penuh dengan kejutan. Tajuk post pun selalunya ada ciri-ciri x-factor yang kalau sekali tengok, mesti tangan gatal nak klik :P

6. Zihkir - Si penulis e-novel lagi. Masih belum punya masa nak selidik hasil karyanya. Big SORRY for that sis! Nanti bila dah baca akan aku paparkan di sini. Sekali imbas ceritanya ada unsur-unsur islamik. Cara yang paling bagus kalau nak mendidik para pembaca :))

7. HA - Jejaka bergelar Enche Hami Asraff ni punya banyak peminat. Dah lebih seribu orang berdaftar jadi follower. Tulisannya berkisar tentang dunianya sendiri di samping ada masanya menjadi kaunselor yang tak bertauliah. Dia punya suara tersendiri dalam melontarkan pandangannya :))


5 lagi? Aku dah tak tahu nak tag siapa. So I dedicate this award to those who are being my 'Silent Readers'. Thanks for reading.

For these 7 bloggers and the other 5 yet to be known, please claim your award and;
i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.


Ps: Mati kutu bila diminta describe blog orang.

Happy reading (^-<)

Ya Fattah; Cinta Sakti

11:18 PG 2 Comments

JUDUL: YA FATTAH; CINTA SAKTI
PENULIS: NOORFADZILLAH
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ramai pihak yang mencadangkan aku membaca novel ini. Alhamdulillah, aku dapat juga novel ni secara online. Credit to Syida

YFCS membawa kita ke alam kuasa telekinetik. Fattah; hero cerita ini mempunyai keistimewaan kuasa telekinetik dan minda. Digambarkan sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna pada fizikalnya, ditambah dengan akhlak yang mulia dan bijaksana. Terlalu ideal untuk sesuatu watak hingga bila digambarkan terlalu sempurna, ia jadi tidak realistik.

Keistimewaan Fattah itu adalah punca kepada pembunuhan kedua orang tuanya. Pelbagai fitnah yang dilemparkan walhal itu semua adalah helah daripada seseorang yang inginkan kuasa itu daripada si kecil Fattah. Kasihan Fattah. Usianya yang waktu itu baru mencecah 5 tahun tetapi melihat sendiri kematian ibu dan bapanya. Dia yang melarikan diri diselamatkan oleh Profesor Nik Daud dan Puan Zubaidah. Kerana kasihan, Fattah diambil menjadi anak angkat dan keistimewaan Fattah dirahsiakan.

Keupayaan Fattah bukan hanya boleh menggerakkan objek tetapi fikirannya boleh melihat masa depan atau pun visi buruk secara imbasan di fikirannya. Kuasa luar biasa itu digunakan dengan sebaiknya. Tiada siapa pun yang tahu cuma kejadian dia menyelamatkan sepupunya; Rahul menimbulkan banyak tanda tanya dalam kepala polis muda itu. Sedikit demi sedikit helaian sejarah Fattah dijejaki kerana dia tahu yang Fattah itu cuma anak angkat dalam keluarga pakciknya.

Malah kemuculan Fattah yang menyelamatkan Karina; gadis metropolitan dari Indonesia menyebabkan Rahul makin rasa sangsi. Fattah selalu ada di saat-saat genting. Karina pula diletakkan di bawah jagaan Rahul kerana kecelakaan terancang yang menyebabkan ayahnya terbunuh dan ibunya pula koma. Kiranya nyawa Karina kini dalam bahaya kerana giliran dia pula yang diburu.

Namun rupa-rupanya kejadian pembunuhan keluarga Fattah dan Kirana ada hubung kaitnya. Fattah dan Rahul masing-masing cuba menyiasat. Namun Fattah terlebih dulu memahaminya. Ironinya keluarga angkatnya pula yang ditawan dengan sebab yang hampir sama; kuasa luar biasanya perlu diserahkan kepada lelaki durjana itu.

Keseluruhannya novel ini berada di kelasnya tersendiri. Fakta dan fantasi yang diadun dengan baik. Cuma padaku penulis perlu lebih kreatif dalam menyampaikan fakta-fakta sainsnya. Ia akan menjadi lebih menarik kalau ia disampaikan dalam bentuk bahasa yang lebih mudah. Tidak perlu terlalu formal yang menyebabkan aku sebagai pembaca sedikit bosan untuk menelan setiap info sains itu.

Diingatkan yang novel ini bukan ceritera penuh cinta. Jadi kalau kamu dah terbiasa dengan cinta, rasanya ini bukanlah pilihan kerana cinta yang diselitkan hanya sedikit cuma sekadar penyeri sahaja bukan intipati keseluruhan cerita. Yang pastinya kalau kamu mahukan kelainan eloklah susuri novel ini kerana ia memang ada bezanya dengan lambakan novel-novel di pasaran.

Fattah - Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu [page 452]

Happy reading (^-<)

Khamis, 13 Mei 2010

Samudera Indah Nian

4:41 PTG 0 Comments

JUDUL: SAMUDERA INDAH NIAN
PENULIS: MAZNI DARWISYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

SIN amat menyenangkan aku. Menerokai dunia perkapalan memang sudah sebati dengan dunia pekerjaanku juga. Jadi, istilah-istilah yang diguna pakai memang senang sekali dihadam. Mengisahkan Yasmin Nur Raihan [Yasmin] dan juga Leftenan Komander Amru Iskandar [Amru] yang dipertemukan jodoh oleh kedua-dua keluarganya. Masing-masing akur dengan permintaan keluarga. Apatah lagi ketika itu, mereka tidak punya sebab yang kukuh untuk menolak.

Impian Yasmin supaya perkahwinannya bahagia selalu, mengharapkan Amru pendampingnya dunia dan akhirat. Walaupun tanpa cinta, tak pernah bersua muka namun dia yakin cinta dan kasih sayang boleh dipupuk dan dibaja. Sayangnya itu bukanlah apa yang difikirkan Amru. Dia yang bagaikan terpaksa menerima menjadi suami Yasmin meletakkan syarat. Kasihan Yasmin, syarat dah lah diberi pada malam pertama.

Yasmin hanya akur dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Biarpun diberi kebebasan, Yasmin tidak pernah melampaui batas. Status isteri dijaga dengan penuh tertib. Padanya selagi masa mengizinkan, dia berazam untuk terus menjadi isteri yang sebaik-baiknya. Amru masih lagi seorang suami yang harus dihormati.

Keadaan mula berubah apabila Yasmin ke Lumut untuk menghabiskan cutinya bersama Amru. Sikap Yasmin yang mesra dan ramah menarik hati kecil Amru. Apatah lagi selama dua minggu Yasmin di rumahnya, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri tak pernah diabaikan. Amru bahagia dilayan seperti itu. Tanpa disedari sudah ada rasa yang bertunas. Hati Amru tidak dapat menidakkan kehadiran Yasmin. Ketiadaan Yasmin yang outstation ke Jepun buat Amru penasaran.

Tak siapa menyangka tragedi menimpa Amru menyebabkan Yasmin makin menjauh. Kehadiran Leftenan Maya Athira [Maya] di antara mereka membuatkan Yasmin hilang kepercayaan kepada suaminya. Amru cuba meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangganya malah sudah bertekad untuk menyatakan rasa hatinya pada Yasmin. Cuma hati Yasmin sukar melupakan tragedi yang terjadi. Masakan boleh lupa bila si suami yang disayangi ditangkap basah dengan perempuan lain di rumah mereka sendiri?

Jalan cerita disampaikan dengan mudah, tidak berbelit-belit. Cuma aku tidak puas hati dengan satu perkara. Aku ingin tahu apa yang jadi pada Maya itu? Watak Maya tidak ditamatkan dengan baik. Ia dibiarkan tergantung begitu saja.

Cinta itu adalah 'cinta' apabila kita melafazkannya [page 1]

Happy reading (^-<)

Isnin, 10 Mei 2010

Seindah Derita

9:30 PG 0 Comments

JUDUL: SEINDAH DERITA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD


~ Rasaku… ~

Aku pernah kehilangan novel ini dan waktu tu aku sangat sedih hinggakan pernah berkata yang aku tak akan bagi sesiapa pinjam lagi novel-novelku hahaha Sungguh, kerana masa itu aku masih bergelar pelajar dan untuk mendapatkan sesebuah novel aku kena ikat perut. Malah novel ini aku beli di Pasar Seni dan kedai itu pun sudah tiada di sana. Jadi ia punya nilai sentimen yang amat tinggi. Namun siapa sangka jodohku bertemu lagi dengan SI dan kali ini aku tekad untuk menjaganya sebaik mungkin ;D

Cerita ini mendidik aku tentang nilai persahabatan. Benar, rakan menangis itu payah benar dicari. Dan andainya kita berjumpa pastikan kita jaga hubungan itu sebaiknya. Hardina Khamis [Hardina] adalah contoh sahabat yang sejati. Kesabaran, kesetiaan, keikhlasan dan kejujurannya merupakan tunjang cerita ini. Sanggup berkorban untuk sahabatnya tak perlu lagi diragui.

Kebaikan Hardina memang amat disenangi ramai. Malah Johan sendiri terlalu menyanjungi gadis ini. Namun dek kerana desakan teman-teman Johan, hubungan mereka putus begitu saja. Pertemuan kali kedua di alam dewasa membuka semula sejarah lama. Johan yang dah lama menyimpan rasa pada Hardina tidak ingin melepaskannya lagi. Dia tekad untuk mengambil hati Hardina semula. Kesalahan lampau ingin ditebus.

Namun pada Hardina itu semua cerita lama. Cerita anak sekolah yang baru belajar bercinta. Rasa suka dan benci itu tidak perlu diungkit lagi. Tetapi bila kedua-dua belah keluarga masuk campur, Hardina tersepit. Cadangan ibu dan ayahnya yang ingin menjodohkan Hardina dengan Johan buat dia keliru. Johan pula rasa amat berbesar hati. Peluang itu pastinya tidak akan dilepaskan. Cuma aku tak berapa berkenan la dengan sikap Johan yang selalu sangat jadi ulat bulu bila duduk berdua dengan Hardina.

Sebalik kisah Hardina-Johan, kita dihidangkan dengan kisah si isteri yang menderita kerana penyakit kanser. Azimah ditinggalkan suaminya kerana doktor mengesahkan yang penyakit Azmiah itu terlalu tipis untuk sembuh. Kejamnya Imran yang sanggup berkahwin lain ketika Azimah terlantar di hospital. Hardina kecewa kerana mengingatkan Imran yang selama ini amat memahami rupanya tidak sanggup susah bersama Azimah. Melihatkan Azimah, Hardina berazam untuk cuba mencari penawarnya. Dengan bantuan Johan yang bertugas sebagai doktor dan juga Dahlia; teman baiknya mereka bersama-sama memberi keyakinan pada Azimah. Setiap penyakit itu pastinya ada ubatnya kecuali mati.

Seperti karya-karyanya terdahulu, NB mengangkat martabat wanita di satu tempat yang tinggi. Ketabahan hati seorang wanita itu tak bisa digoyahkan. Tak kisahlah seberapa banyak kali kita terjatuh, pastinya kita perlu terus bangkit. Biar apa pun halangan kita perlu terus meredahnya. Hidup ini terlalu singkat untuk duduk menangis dan menderita. Hakikatnya kita harus percaya pelangi itu akan muncul apabila hujan berlalu pergi.

Happy reading (^-<)

Khamis, 6 Mei 2010

Hot N Cold

12:40 PTG 11 Comments

JUDUL: HOT N COLD
PENULIS: ZARITH
TERBITAN:
http://zarithnatasha.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Aku perasan kewujudan cerita ni dari Zatie's Link. Teringin cari e-novel yang best dan yang senang dihadam. Jadi terjumpa la cerita anak-anak sekolah yang comel ni sebab nama judulnya yang agak catchy. Seronok juga baca walaupun memang jenuh [hampir semput sebenarnya] la juga aku nak cecah episod last. Ada la beberapa hari duk menghadap komputer hik3 lalala5 ;P

Permulaan cerita dihiasi dengan kisah Putri Aryana Danila [Aryana] yang berebutkan buku Kimia dengan Carl Ezairy [Carl]. Ganas sungguh Aryana, boleh selamba je mencekik kolar kemeja Carl hahaha Kan dah tak pasal-pasal kena denda dengan PK HEM. Jadi dari saat itu, mereka dah memang tak sebulu. Ada saja kes-kes yang buat Aryana berang. Carl ni pun antara yang heartless, cold semacam je.

Namun ada satu kisah mereka jadi ala kamceng, walaupun tak serapat mana tapi mesti terkejut kan bila dengan berita mereka berdua ni couple? Ha, nak tau bagaimana mereka boleh jadi pasangan tu kena baca cerita ni. But somehow the hot and cold cannot be together. Dengan satu tragedi semuanya berakhir. Aryana pula kecewa sebab dalam hati dia memang macam dah rasa suka dengan mamat bajet cool tu. Oh, ya! Kisah mereka di alam sekolah ni panjang sangat. Hampir ¾ daripada ceritanya berkisar tentang kisah budak sekolah.

Kisah mereka menginjak dewasa hanya bermula di episod ke 48. Aryana dibawa oleh ibunya ke rumah teman rapat ibunya dan dia dikenalkan dengan Ikhwan. Hasrat kedua-dua ibu itu tak kesampaian sebab dua-dua anak mereka lebih senang berkawan. Tetapi mana la tau kan Ikhwan ni rupanya sepupu pada Carl. Elak punya elak, Aryana bertemu juga dengan Mr. Cold.

Pertemuan kali kedua mengundang pelbagai rasa. Dalam benci ada rasa suka yang terselit. Namun luka yang ditinggalkan oleh Carl terlalu sukar untuk dilupakan. Jadi, apa yang berlaku bila Aryana dipinang oleh Carl? Kena baca sendiri untuk tahu kesudahannya.

Cerita anak sekolah ni disampaikan dengan teratur, kemas susunan plotnya walaupun ada ketikanya aku rasakan sedikit meleret. Namun sebagai permulaan bagi seorang penulis baru, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Selamat berkaya :))

Ps: Actually ‘Thalia Taliban’ seems nice name hahaha ;P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)