Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Rabu, 24 Mac 2010

Tangisan Bulan Madu

9:30 PG 0 Comments

JUDUL: TANGISAN BULAN MADU
PENULIS: SHAMSIAH MOHD NOR
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD


~ Rasaku… ~

TBM ni bercerita tentang Amira; gadis kampung yang biasa. Menjadi seorang lepasan universiti tetapi gagal pula mendapat pekerjaan bukanlah impiannya. Malah manakan dia tahu yang seorang siswazah tak laku pula. Penganggur tetap yang tak bergaji memang merimaskan. Lebih-lebih lagi bila ibunya; Mak Bedah sering saja membebel.

Amira bukannya cerewet tetapi memang bukan rezekinya. Semua kerja tak sangkut. Kasihan betul! Ingatan untuk kamu bakal graduan – sila jangan memilih kerja. Benar penat lelah di universiti perlu di bayar dengan pangkat dan gaji yang bagus tetapi dengan memilih kerja mana yang sesuai tak akan bawa kamu ke mana. Kutip pengalaman daripada bawah tiada salahnya ;D

Ok, stop! Berbalik pada novel ni Amira akhirnya dapat peluang bekerja di sebuah butik hanya sebagai jurujual. Itu cukup memadai buatnya untuk sementara waktu kerana dia sudah berfikir-fikir untuk membuat Diploma Pendidikan pula. Bekerja dengan Puan Marina tiada susahnya cuma bila berhadapan dengan Bogatt dia jadi resah. Tak biasa dengan perhatian yang diberi oleh anak majikannya itu. Lagipun dia bimbang juga kalau-kalau dikatakan perempuan gatal.

Bogatt pula buat tak kisah sebab hatinya sudah terpaut pada Amira. Dia menyenangi keluarga besar Amira yang penuh dengan kasih sayang. Suka melayan keletah adik-adik kecil Amira. Namun sukar sebenarnya meyakinkan Amira. Gadis ini pernah patah hati bila rakan sekampusnya, lebih tepat teman istimewanya memilih untuk berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.

Berkat kesabaran Bogatt yang setia menanti akhirnya membuahkan hasil. Luka cinta lama terubat dengan kehadiran Bogatt. Namun perbezaan darjat menjadi halangan dan bila halangan berjaya diharungi perpisahan pula terjadi.

Pernah baca novel ni waktu di zaman sekolah. Lama dah tu, yang aku beli ni cetakan yang ke-13 [2004]. Novel ini ada 4 siri dan juga sudah pun diangkat ke layar TV. Cuma hari tu aku tak jumpa pula episod lain atau mungkin ada yang aku terlepas pandang hik3 lalala5 ;P

Ps: Sebuah novel baru yang aku beli dengan hanya RM5. Sila percaya! ;D

Happy reading (^-<)

Bila Dah Suka

9:24 PG 2 Comments

JUDUL: BILA DAH SUKA
PENULIS: MIMIE AFINIE
TERBITAN: KARNADYA SOLUTIONS


~ Rasaku… ~

Mengisahkan percintaan anak gadis bernama Nurul Huda [Huda] di samping terselit juga penderitaan Huda yang terpinggir daripada kasih sayang ayahnya sendiri. Huda menaruh hati pada Shazlan namun kasihnya tak disambut. Shazlan memilih Diba; bekas kakak iparnya. Kecewa dengan itu dia membawa diri ke Taiping dengan alasan mencari abangnya; Amar Safuan. Namun malangnya Huda diragut dan momen itu menemukannya dengan keluarga Tarmizi dan dijadikan anak angkat Puan Mahani.

Hati Huda berbunga-bunga kembali bila dia jatuh hati buat kali kedua dengan Anuar; anak sulung Puan Mahani. Tetapi bila masing-masing tak reti nak meluahkan dah timbul salah faham. Anuar ingatkan Huda tu menyintai adiknya; Alam. Anuar tegar memilih Erin, sepupunya dan melamar Erin menjadi isteri. Patah hati buat kali kedua membuatkan Huda pulang ke KL. Di rumahnya Huda berdepan pula dengan sikap cemburu Kak Diba apabila melihat kemesraan Shazlan dengannya. Tak mahu mengeruhkan keadaan, Huda kembali ke Taiping.

Sekembalinya di Taiping tiada bawa beza. Huda tertekan dengan sikap Erin yang tak senang dengan kehadirannya di rumah Puan Mahani. Apatah lagi Erin merasakan yang Anuar seakan mahu kembali pada Huda. Aku tak suka dengan watak Anuar ni. Pada mulanya dia dipotretkan sebagai lelaki yang cukup budiman malah sanggup mengalah demi adiknya sendiri tetapi bila sudah menjadi suami orang, kenapa pula hatinya menginginkan Huda? Kan lebih elok dia tak kahwin dengan Erin bila Alam dah jelaskan tentang perasaan Huda yang sebenarnya.

Alam pula waktu di awal cerita memang agak menjengkelkan. Suka bergaduh dengan Huda tetapi di akhir-akhir cerita dia berubah menjadi lelaki yang memahami. Dan bila melihat kelukaan Huda, entah bila pula dia jatuh hati. Tetapi itu semua ambil masa juga sebab Alam kecewa apabila cintanya; Intan Nurhanis berkahwin dengan orang lain. Orang lain tu kan abang Huda! Cuma kasihan pula sebab hasrat Huda nak jumpa abangnya tak kesampaian sebab watak Amar Safuan yang dimatikan terlalu awal.

Ini cerita cinta biasa dan aku tak mengharapkan banyak sebab bila melihat keseluruhan watak Huda yang terlalu 'mentah'. Bila hatinya kecewa ataupun dilukai dia jadi terlalu lemah. Kecewa dengan cinta bukanlah pengakhiran dunia. Melarikan diri bila timbul masalah juga tidak akan bawa kita ke jalan penyelesaian. Ingat itu! Ada satu persoalan yang tinggal di kepala: Kenapa ayah Huda begitu membenci anak-anaknya tetapi boleh pula menyayangi orang lain? Ada sesiapa mahu jawab?

Happy reading (^-<)

Isnin, 22 Mac 2010

Seribu Kali Sayang

9:46 PG 0 Comments

JUDUL: SERIBU KALI SAYANG
PENULIS: ANIS AYUNI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Cerita ini bercerita tentang Nur Qazrina [Abby] yang tidak begitu sebulu dengan kakaknya sendiri. Pada Kak Lisa, Abby itu punca utama keluarga mereka porak-peranda. Disebabkan Abby, maka ayah mereka pergi meninggalkan mereka semua. Perasaan benci Kak Lisa tak pernah surut, malah sampailah mereka semua menginjak dewasa tiada apa yang berubah. Hakikatnya tetap sama Abby tidak pernah mendapat tempat di hati kakaknya sendiri.

Namun Abby tak pernah membenci kakaknya jauh lagi menyimpan dendam. Dia pasrah kerana tahu air yang dicincang tak akan pernah terputus. Sesekali bila dia pulang dari Padang, Indonesia dia cuba untuk memperbaiki hubungan mereka adik-beradik. Ha, Abby ni sebenarnya belajar kat universiti di Padang tu.

Kepulangannya semasa cuti semester kali ini menemukan dia dengan Syed Nadjmil Faiz [Faiz]. Teman baru kakaknya kali ini dilihat sebagai yang paling terbaik di kalangan koleksi teman-teman lelaki kakaknya. Apatah lagu sikap tanggungjawab yang ada pada Faiz buat dia yakin Faiz adalah calon terbaik untuk menjadi suami Kak Lisa. Dalam diam, ada masanya Abby gerun dengan hatinya sendiri. Kehadiran Faiz membuai-buai hati wanitanya tetapi Abby cepat sedar. Faiz bukanlah untuknya.

Namun siapa sangka kerajinan Faiz menjengah rumahnya bukan kerana kakaknya sebaliknya kerana Faiz terpaut pada Abby. Memang di luar jangkaan bila rombongan meminang yang dihantar Faiz adalah merisik Abby bukannya Kak Lisa. Mana tak terkejut! Berkawan dengan kakak namun meminang adiknya pula. Namun pada Faiz, itulah rasa hatinya. Jatuh cinta dengan Abby adalah di luar kawalannya. Konflik tercetus lagi. Pinangan daripada Faiz meletakkan Abby dalam dilema. Tak diduga, hikmah terselit di saat-saat ini. Kehadiran Pak Mus sebagai wali yang sah membuka kembali sejarah lama.

Ps: Novel ini juga dibeli secara online dan aku tetap tak dapat mengingati di blog mana aku membelinya hik3 lalala5 ;D

Happy reading (^-<)

Jumaat, 19 Mac 2010

Gurindam Jiwa

4:27 PTG 2 Comments

JUDUL: GURINDAM JIWA
PENULIS: HLOVATE, IMAEN & NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Ceriteria I - Schubert’s Serenade [Hlovate]

Schubert's Serenade...
lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
Ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
Ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
Ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

Mungkin lagunya sedih
Mungkin ceritanya pun sedih
Namun kenangan yang bertanda dalam diri saya, yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata

There could be beauty in tragedy, anyway. [Blurb novel]

Berkisar tentang Ju’a yang bagaikan 'terpaksa' menerima kehadiran Shah dalam keluarganya setelah ibunya berkahwin dengan Uncle Zainal. Bukan sebab tak suka dengan perkahwinan itu cuma dia rasa janggal, kurang menggemari tingkah anak ayah tirinya itu.

Namun seiring waktu yang berlalu, Ju’a makin menyenangi kehadiran Shah kerana mereka punya minat yang sama iaitu muzik. Kalau Ju’a bermain violin, Shah pula mahir bermain piano. Jadi kerana cinta yang sama itulah yang buat hubungan mereka makin rapat. Malah Ju’a mula menyayangi Shah sebagai abangnya. Sayangnya saat-saat bahagia itu hinggap sebentar cuma. Ketika mereka menanti kehadiran baby baru dalam keluarga, Shah pula yang dijemput Ilahi. Pemergian abang yang amat disayanginya itu turut membawa ke semua kebahagiaan Ju’a. Sukar untuk menerimanya namun dia akur. Takdir Tuhan itu lebih berkuasa.

Cerpen yang paling menarik hasil garapan Hlovate. Aku suka dengan jalan ceritanya. Mudah dan seperti biasa disampaikan dengan cukup santai. Aku belajar mengenali dunia muzik yang disisipkan. Walaupun ada masanya aku terkial-kial untuk memahami muzik apa yang dialunkan ;D

Ps: Semasa membaca novel ni aku mula membayangkan lagunya! Payah! Jadi terpaksa mencari lagu ini di Youtube ;D


Ceritera II – Vendetta [Imaen]

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! Aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!" [Blurb novel]

Pada mulanya aku tak berkenan sangat nak baca kisah ni tetapi bila dah baca bab pertama tak boleh nak berhenti! Kisah cinta thriller ni memang mengikat hati. Bercerita tentang D yang menjadi pemburu. Memburu sesiapa saja yang terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas yang turut meragut nyawa isterinya, Lia. Dasyat sungguh penangan cinta Lia pada D.

Jalan ceritanya memang mudah dihadam. Banyak juga yang aku dapat kutip daripadanya. Cuma aku sangat-sangat berharap yang D tak terus membunuh. Dendam tak akan bawa kita ke mana. Boleh juga aku bayangkan, kalau lah betul-betul terjadi kat Negara kita macam ni... pastinya tak senang duduk pihak polis kita hehehe

Ps: Sewaktu membaca cerita ni fikiran tak dapat lari daripada cerita V for Vendetta dan ada masanya teringat kisah 6 Jahanam hik3 lalala5 ;P


Ceritera III – Hati Andriyana [Noor Suraya]

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri. [Blurb novel]

Pada mereka yang membaca Tanah Andriyana [TA] seharusnya membaca cerpen ini pula. Kesinambungan kisah HA adalah pelengkap pada TA. Mengimbas kembali kisah cinta 4 keturunan yang saling bersangkut-paut dalam dua keluarga ini. Bermula dengan Andriyana & Ku Fitri, Manjalara & Joshua, Ali Hakeem & Maryam dan terakhir pastinya Aliya & Hadi.

Persengketaan antara dua keluarga ini bagaikan tiada akhirnya. Dan pertemuan Aliya dan Hadi pula telah menyebabkan sejarah lama diungkit semula. Saling menyukai antara satu sama lain tetapi Aliya cukup berhati-hati. Dia tak mahu perkara lama berdarah kembali.

Aliya dan Hadi berusaha membongkar kisah di sebalik permusuhan dua keluarga bersaudara ini. Salasilah keluarga dijejaki dan pastinya harapan mereka untuk melihat keluarga ini bersatu semula. Lagipun, bolehlah nanti Hadi masuk meminang Aliya hik3 lalala5 ;P

Ps: Aku pernah baca TA. Sekarang masa untuk memilikinya semula ;D

Happy reading (^-<)

Jumaat, 12 Mac 2010

Hati Yang Luka

10:17 PG 0 Comments

JUDUL: HATI YANG LUKA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NHF MEDIA



~ Rasaku… ~

Membaca HYL tak mengambil masa yang lama, walaupun ketebalannya juga buat tangan lenguh nak memegangnya hehehe Mungkin kerana dah memang suka dengan NB jadi tak terasa la lenguh-lenguh tu ;D

Cerita tentang Widad dan Raof. Hubungan mereka bermula dengan keluarga Widad yang bekerja dengan keluarga Raof. Apabila meningkat dewasa, keluarga Raof yang memang sukakan Widad masuk meminang. Maka jadilah mereka tunangan dalam usia yang aku kira muda juga lah.

Raof ni memang ada sikit perasaan pada Widad tu. Yalah, Widad yang cantik, yang manis dan yang amat berbudi bahasa tu memang menarik hati sesiapa saja. Namun, dek kerana malu dengan status Widad yang hanyalah anak orang gaji di rumahnya itu buat dia mula menolak kehadiran Widad. Pentingkan status la kononnya! Widad yang mengerti membawa diri dan pertunangan mereka juga diputuskan. Widad ingin membuktikan yang anak orang gaji pun juga boleh berjaya.

Kepulangan Widad ke tanah air bertepatan di saat Raof memerlukannya. Itu semua gara-gara Raof yang memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Dia dituduh mengasari bekas kekasihnya dan diheret ke mahkamah. Raof yang ketika itu tiada jalan lain memohon bantuan Widad. Raof memerlukan Widad menjadi isterinya kerana mengikut saranan peguamnya, dia memerlukan alibi yang menunjukkan dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang bukannya seorang yang kejam seperti yang didakwa.

Widad yang tersepit dengan kehendak keluarga bekas majikan ayahnya tiada jalan lain. Mereka berdua berkompromi dan perkahwinan dilangsungkan dengan kadar segera. Sepanjang perkahwinan, Raof ni pelik orangnya. Suka perli-perli, menyakitkan hati Widad dengan kata-katanya tetapi dalam masa yang sama tetap melayan Widad dengan baik. Baik hati sangat lah Widad ni, kalau aku lah memang tak tunggu Raof tu.

Aku memang geram dengan si Raof tu. Gaya tulisan NB memang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala batu Raof tu! Ego sangat! Erk, napa aku pula yang emosional sangat ni? ;P

Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah [Blurb novel]

Ps: Aku beli secara online, tapi tak ingat di mana hik3 lalala5 ;P

Happy reading (^-<)

Khamis, 11 Mac 2010

Hanya Dia Tahu

4:15 PTG 0 Comments

JUDUL: HANYA DIA TAHU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Aku cukup senang dengan HDT yang bertitik-tolak daripada hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Kisah persahabatan antara Nasuhah dan Ariana mungkin ada di mana-mana saja cuma harapnya tak setragik kisah mereka ni.

Nasuhah berkenalan dengan Ariana; gadis yang pada mulanya sedikit liar tetapi berubah bila mula bersahabat dengan Nasuhah. Hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik-beradik. Baik keluarga Ariana mahupun Nasuhah amat menyenangi kedua-duanya.

Ariana melihat Nasuhah sebagai gadis yang cukup sempurna, terlalu menyanjungi teman baiknya itu. Dalam diam dia berhasrat untuk menjodohkan abangnya, Zaen Luthfi [Zaen] dengan Nasuhah. Puas dia menjual nama 'Nasuhah' pada abangnya sehinggakan abang kesayangannya rasa muak. Zaen yang tak berkenan dengan cara adiknya itu pula bertindak dengan menelefon Nasuhah. Kasar benar bahasa Zaen tu sehinggakan melukakan hati Nasuhah. Macam lah Nasuhah nak sangat dengan dia! Perasan betul si Zaen tu!

Namun tanpa di duga semasa Zaen bertemu dengan Nasuhah, dia sudah angau! Wajah Nasuhah yang sungguh cantik itu tak dapat dilupakan dan dia berazam untuk memiliki Nasuhah. Zaen tak teringat langsung yang gadis yang dia angaukan itu adalah Nasuhah yang pernah dia reject dulu. Jadi, dah tentulah Nasuhah selalu mengelak daripada Zaen. Orang dah tak nak kan, tak nak terhegeh-hegeh lagi? Kalau aku pun yang jadi Nasuhah mesti lari jauh daripada Zaen tu. Cara nak pikat anak dara orang macam apa je. Menakutkan sungguh!

Kemunculan Rezuan, rakan satu universiti bagaikan satu mala petaka. Hasrat Rezuan yang inginkan Nasuhah tu aku tak kisah sangat cuma caranya tak kena. Dia mempergunakan Ariana untuk mendekati Nasuhah. Zaen pula dapat tahu lagilah dia mengamuk. Apatah lagi kedua-duanya insan yang paling disayanginya.

Nasuhah pula yang rimas dengan Zaen bertindak menerima lamaran Rezuan tanpa mengetahui yang Ariana sebenarnya mencintai Rezuan. Haru sungguh bila Ariana membawa diri. Lagi haru bila Nasuhah tahu akan kebenarannya. Dia menarik diri di saat-saat akhir pernikahannya. Padan muka Rezuan! Dua-dua melepas! Cuma kelakar pula tengok gaya Zaen di akhir-akhir cerita. Dia macam baik sikit lah bila bertemu dengan Nasuhah sebab dia ingatkan Nasuhah memang dah jadi isteri orang. Ending? Itu kena baca sendiri hik3 lalala5 ;P

Ini adalah novel kedua penulis yang ada dalam simpanan aku. Jadi bila aku bandingkan dengan novel pertamanya aku cukup puas hati sebab terlalu banyak peningkatan. Malah ia berjaya membuatkan aku mula berkeinginan untuk mengumpul kesemua novel penulis. So, the hunting starts now! ;D

Ps: Thanks again to Sis Yayah & Bro Riq :D

Happy reading (^-<)

Teluki Itu Untuk Aku

9:30 PG 0 Comments

JUDUL: TELUKI ITU UNTUK AKU
PENULIS: NAZAWATI
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

TIUA adalah karya pertama Nazawati yang aku baca. Kisah ini ada cerita yang sedih! Cerita tentang tiga orang sahabat iaitu Seri Kurnia [Seri], Firdaus Ikram [Firdaus] dan Tajul Ajmal [Ajmal] yang akhirnya terpisah kerana satu peristiwa aib yang amat memilukan membabitkan keluarga masing-masing. Peristiwa yang tak disangkakan itu memusnahkan hubungan Seri dan Firdaus. Seri pergi membawa diri setelah dirinya dihujani dengan pelbagai tohmahan. Pedih untuk menerimanya andai itu semua keluar daripada temannya sendiri; Firdaus.

Kepulangan Seri ke tanah air setelah 10 tahun disambut dengan penuh syukur oleh Ajmal. Hanya dia sahaja yang masih setia menjadi temannya. Menjadi salah seorang arkitek di Juta Bumi rupanya membuatkan luka lama berdarah kembali. Tanpa disedari Firdaus juga berada di situ. Bergandingan dengan Firdaus bukannya mudah apatah lagi hati Firdaus masih menyimpan dendam, penuh dengan amarah.

Insiden yang tak dapat dielakkan berlaku ketika mereka berdua outstation ke Kelantan. Atas saranan Tan Sri Kamarul, mereka berdua akur untuk berkahwin dan ini pastinya membuatkan Firdaus makin membenci Seri. Menggunakan title sebagai suami, Firdaus menggunakan pelbagai cara untuk membalas dendam. Namun hati kecil Firdaus tidak dapat mengelak daripada Seri. Gadis yang amat dibencinya itu adalah isteri sahnya kini. Malah sebelum peristiwa hitam yang berlaku mereka adalah pasangan sahabat yang paling serasi. Jadi bagaimana mahu mengelak daripada jatuh cinta pada insan secantik Seri Kurnia?

Niat suci Ajmal yang mahukan hubungan tiga serangkai ini kembali jernih seperti dahulu akan berjayakah? Baik Seri mahupun Firdaus, mampukah rasa sayang yang mula bertunas itu memadamkan api kebencian di hati masing-masing?

Membaca blurb novel buat aku terpaut, sukar sekali untuk melepaskan novel ini setelah mula membaca bab yang pertama. Cerita yang juga tanpa aku sedari buat air mata ini mengalir. [Ia benar, dan aku tak tahu mengapa aku jadi si cengeng dengan tiba-tiba!]. Hati kecilku terusik bila membaca peristiwa hitam yang diselitkan dalam cerita ini. Itu lebih menyedihkan daripada kes heronya ditikam! Cuma di penghujung jalan cerita itu aku tak berapa gemari. Sahabat sebaik Ajmal tiba-tiba 'dimatikan' dengan cara yang 'sebegitu'. Kasihannya! Aku juga keliru apa gunanya kehadiran Murad yang berkelakuan pelik sepanjang cerita ini. Ia buat aku tertanya-tanya siapa sebenarnya Murad itu?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...? [Blurb novel]

Ps: Thanks to Sis Yayah & Bro Riq for the lovely surprise!

Happy reading (^-<)

Selasa, 9 Mac 2010

Buku oh buku!

2:40 PTG 0 Comments
'Pemergian' aku yang hanya sebentar cuma beberapa minggu lalu rupanya beri kesan yang mendalam. Aku jadi makin kekok menulis... menekan keyboard pun makin lembap! Tenggelam dengan buku-buku dan sibuk mencari bahan literature review di sambung dengan minggu exam, terus buat aku lupa pada laman blog sendiri hik3 lalala5

Jadi, cubaan pertama maka aku tempekkan ini! Aku tau info ni dah makin lapuk! hahaha



Puas aku cuba memendekkan wishlist untuk kali ini. Namun nampaknya tak berkesan langsung. Apa lagi bila mendapat kupon istimewa ini!



Ha? Macam mana? Adakah anda juga teruja?

Ps: Dapat merasakan tamatnya PBAKL nanti, maka tamatlah juga riwayat poket kecilku itu!

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)