Sunan Cinta Nan
Sakti
Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789678606387
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2015
Halaman: 662
Harga: RM30
Halaman: 662
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
Aci tak kalau aku
ulang baca kesemua siri Sunan yang lain? Haha..
Ya, memang itulah yang aku rasa bila tamatkan siri yang terakhir [harapnya ini
memang yang terakhir] ini. Tapi dek terkenangkan buku yang berderet dalam gobok
aku pendamkan dulu. Lagipun buku ini aku peram hampir 2 tahun [Haaa… Nampak tak betapa peram dan aku
sukar dipisahkan haha :P], makanya aku berazam untuk tidak berbuat
begitu pada buku-buku lain juga ahaksss…
Buku ini pelengkap
pada kesemuanya, tapi aku kira ia adalah kesinambungan yang terbaik buat SunanNaggroe Sang Kembara. Ia menjawab hampir keseluruhan apa yang aku mahukan
daripada buku sebelumnya. Syabas RAM. Cuma, ada sesetengah part yang seperti ada yang tidak kena, namun aku masih enjoy membacanya. Dan, twist tentang Seroja itu sangat aku
suka. Yayyyy.
“Sebagai
manusia... aku sayang padamu.” --
Rupanya di sini lah mulanya. Bagaimana Sang Ratu bertemu si Sunan. Namun, ianya
‘dipadam’ dalam minda masing-masing di akhirnya. Aku boleh kata ianya tidak
pernah aku jangkakan. Tahniah RAM.
Tak mahu cerita lebih kerana aku senang
dengan kesemua yang ada. Debaran yang menemani sepanjang tempoh pembacaan.
Apatah lagi dapat berkenalan dengan Sirangka. Aku mengharapkan agar ada hidayah
untuk bangsanya.
Untuk kesekian kalinya, ketika tiba di
perenggan ini, aku masih berkira-kira untuk reread
siri Sunan haha. Dan, jujurnya
Sunan akan kekal sebagai watak laksamana yang hebat di hati, watak yang tak
akan pernah dilupai.
Ps: Fong Sai Lam itu banyak kali aku baca
sebagai Fong Sai Yuk haha.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan