Haq II
Dhiya Zafira
ISBN: 9789671431320
Penerbit: Poreng Kertas Publication
Tarikh Terbit: 2017
Halaman: 348
Harga: RM56 (Harga Kombo #Yana)
Halaman: 348
Harga: RM56 (Harga Kombo #Yana)
~ Rasaku… ~
Aku ulang baca Kief
hanya kerana nak dapatkan mood Haq. Patutnya
aku ulang baca Antologi Cinta Dia. Bukan apa, suka untuk aku katakan kalau
berbanding Kief, Haq II ternyata lebih aksinya. Kudos DZ! Terasa seperti beliau ‘mendengar’ luahan hati ceq seusai baca Kief dulu. Ecehhh… perasan haha.
Cuma sayang, cover depan yang lawa dicacatkan dengan spot UV yang lari. Alaaa…
kalau ikut ‘spesifikasi’ aku dah reject
awal-awal buku ni. Tapi, bersyukur sangat tiada masalah dalam isinya, semua
helaian mencukupi. Jadi aku pejam mata saja. (Ok, hal cover pun ceq over tau haha. Ni masalah aku yang bekerja di
bahagian penerbitan, sampai kulit pun aku teliti *wink*)
Ok, berbalik pada isi
cerita. Gilaaaaaa. Memang tak boleh
duduk senang aku dibuatnya. Haq ni kalau aku kategorikan lagi brutal la
daripada watak-watak DZ sebelum ni. SANGAT brutal ok. Dan, sampai hati aku kata
tolonglah jangan buat watak dia kerja dengan orang jahat haha *sengal*
Aku sangat suka dengan
watak Haq-Alin. Sama-sama sepadan. Seorang dah hilang rasa, yang seorang lagi
tu memang langsung takde ‘rasa’. Eh! Tak juga bila Haq dah masuk frasa jatuh
cinta, dia dah penuh perasaan hihi.
Dan watak Daniel tu memang dilakar dengan sangat baik. Nampak la sisi lain
Daniel dalam kisah SDN.
Dan, jujurnya
berbanding novel sebelumnya, aku kira ini memang yang paling mendebarkan.
Paling matang aku kira sebab cukup dengan serba-serbinya. Pastinya pengalaman
DZ di Turki diadaptasikan dengan baik untuk kisah Haq-Alin di sana.
Senang cerita aku suka
Haq II. Menjawab persoalan aku tentang dirinya dalam cerpen sebelum ini. Bias? Hmm… mungkin. Tapi sebenarnya kita
kekurangan penulis yang mampu menghasilkan genre sebegini. Jadi kalau ada,
marilah kita meraikannya.
Ps: Tiba-tiba ‘nampak’
Hayat. Ehhhh… terus rasa tak sabar
nak tunggu Eddie hehe :D
Pss: Kak, kalau saya request kisah Mike, boleh tak? *kelipmatacomel*
Psss: Akhirnya lengkap
sudah koleksi DZ, tinggal buku SDN untuk diresensikan (ke ada buku lain ya yang
aku lupa review? Haha).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan