Lengloi
Maria Kajiwa
ISBN: 9789674462154
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2015
Halaman: 496
Harga: RM21
Halaman: 496
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Oh, myyyyy! I don’t like the cover haha. Ni kalau nampak muka depan terus rasa nak tutup buku haha.
Good job MK. Apa yang harus aku kata.
Cerita seperti ini memang ‘makanan’ beliau. Tiada apa yang kurang cuma ya,
kerana aku sudah dapat mengagak siapa ‘Lengloi’ tu di awalnya, jadi bintang
berkurang satu.
Namun, ianya masih
tidak mengecewakan. Genre seram/misteri ini masih berjaya mengikat aku ke titik
penamatnya tanpa perlu melangkau pembacaan. Apatah lagi aku cukup bersemangat
mahu merungkai rahsia di sebalik kedai bernombor 55 itu.
Jalan cerita disusun
dengan teratur, tidak terlalu terburu-buru. Masing-masing akan sama-sama terasa
seramnya. Dan, dek kerana mahu menonjolkan plot masa yang berbeza, penulis akan
mencatat tarikh dan masa di awal setiap bab. Jadi tidak akan berlaku
kekeliruan.
Dan, bila rahsia
kematian itu diketahui, tidak dapat tidak aku turut merasa akan kesakitannya.
Ngerinya dilapah hidup-hidup. Oh, Tuhan! Memang manusia itu lebih kejam
daripada haiwan. Kasihannya Suzy.
Penutupnya aku cukup
lega, puas hati. Semua yang terlibat sudah menerima balasannya. Adilkan
percaturan Tuhan? Cuma ya, kita ini ada masanya cepat sangat mengalah, berputus
asa dengan dugaan yang mendatang. Hidup perlu senantiasa percaya, tanam dalam
hati, bulatkan keyakinan -- Tuhan
bersama si dia yang teraniaya.
Sedikit nasihat,
mungkin elok kalau tidak dibaca di tengah malam. Bukan apa, takut ada yang
memerhati! Jaga-jaga! Haha :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan