Himpunan Puisi
Palit Merah Jambu
Aima Chan
ISBN: 9789670707082
Penerbit: October
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 201
Harga: RM22
Halaman: 201
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Review pertama walaupun ini naskhah ketiga
dalam cabaran GR 2016, dan aku sebenarnya masih berhutang berbelas-belas review
2015 haha *smirk*
Hmm, apa harus aku bilang?
Puisi... yes, it’s not my forte.
Tapi, aku suka puisi. Cuma, mungkin kali
ini, kompilasi ini bukan jenis teh yang aku suka. Mungkin, jangkaan aku
melebih-lebih. Ya, jadinya aku ‘tersangkut’ antara suka dan tak suka.
Tiada masalah dengan ritma atau apa cuma
aku kurang suka bila dalam satu puisi, perkataan bahasa Inggeris
dicampur-campur dengan bahasa kita, walaupun sudah di-italic-kan. Tak tahu,
mungkin aku saja yang mengada-ngada hal ini. Tapi, itulah... aku rasa bahasa
kita sudah cukup cantik seninya, kenapa kita perlu rojakkan dengan bahasa lain?
Lainlah, kalau puisi itu ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, aku lebih
menggemari begitu.
Beberapa kesalahan ejaan yang mulanya
sikit, tapi makin ketara di catatan seterusnya. Sedikit menganggu kosentrasiku.
Kemudiannya ada beberapa perkataan yang beri makna berbeza. Misalnya; ‘angels’
dan ‘angles’. Boleh diperbaiki untuk cetakan seterusnya.
Apa pun, aku suka catatan ini. Bagai kena
dengan situasi diri;
4
Himpunan Puisi, Catatan Peribadi
Mimpi Mimpi besar wahai khalifah di Bumi yang nyata
Walau impian kau setinggi Puncak Mandala
Dan kau hanya 154 sentimeter sahaja.
Dan, terima kasih sebab berjaya buat aku google apa itu – mini cut out / smocked & mini night skirt haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan