Manikam Kalbu
airina
9:50 PG
7 Comments
JUDUL: MANIKAM KALBU
PENULIS: FAISAL TEHRANI
TERBITAN: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENULIS: FAISAL TEHRANI
TERBITAN: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
~ Rasaku… ~
Membaca novel ini menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Mungkin disebabkan penggunaan bahasanya. Aku perlu menjenguk halaman glossari di belakang buku dan ada masanya perlu menjengah ke Kamus Dewan hik3 lalala5 Namun, aku rasa ianya memang berbaloi. Sebuah cerita yang penuh harmoni dengan pelbagai jenis pakaian, warna, kain dan jahitan. Rujukan fesyen dan busana khususnya. Membawa aku mengenali dunia jahitan dalam falsafah Melayu. Sebuah cerita yang disampaikan dengan cukup santai walaupun ia sebenarnya gabungan cerita 2 zaman.
Ziryab; anak muda lelaki yang belajar menjahit. Sering diejek kerana dia dianggap lelaki yang tiada jantannya bila mendalami dunia fesyen. Namun, cinta Ziryab pada bidang ini tidak pernah luntur. Walaupun terpaksa menjaga neneknya yang menghidap penyakit alzheimer, Ziryab tak pernah putus harapan. Dia gigih belajar di samping mengambil upah menjahit di kedai peninggalan neneknya.
Manikam Kalbu – jangan terkeliru! Ia seekor kucing di zaman kini tetapi seorang jurubusana @ tukang jahit tersohor ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Watak ini tersangatlah istimewa. Aku suka dengan kucing yang comel penghibur duka buat Ziryab dan neneknya. Aku juga suka si tukang jahit yang begitu gigih memartabatkan busana Melayu bercirikan Islam ke seluruh pelosok negeri ketika itu. Pastinya kedua-dua watak ini berpadanan dengan tajuk novel ini sendiri… [jealous tengok cover si kucing comel yang sedang menjahit hahahaha]
Ada cinta yang terselit di hati Ziryab. Pada gurunya sendiri. Lebih kurang sama dengan Manikam Kalbu yang angau dengan guru minangnya. Sedar akan kedudukan diri masing-masing mereka bangkit semula. Dikecewakan oleh cinta bukan pengakhirannya, tetapi dengan rasa cinta itu mereka semakin gigih mempelajari bidang fesyen dan busana Melayu.
Ziryab – agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya… bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat! [page 356-357]
Ps: Aku beli secara online, so credit to Pondokbuku ;D
Happy reading (^-<)