Cinta Untuk
Sedetik Lagi
Ezza Mysara
ISBN: 9789670246291
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 816
Harga: RM28
Halaman: 816
Harga: RM28
~ Rasaku… ~
Gigih aku baca buku tebal ni. *tepuk
tangan*
Agak pening juga saat membacanya, bukan apa..
jenuh nak tengok nama heroin. Farafeesa ke Faraneesha haha. Pengsan!
Aku suka cara penulis mengolah kisah kembar
seiras ini. Kasih sayang yang kuat mengikat mereka adik-beradik. Part ibu tu
ada terasa sedihnya, kasihan sang anak bila disisihkan walaupun ibu mungkin
tidak sengaja. Ada kan ibu bapa yang tak reti menunjukkan kasih sayang mereka.
Tapi apa pun, tiada ibu yang tak sayangkan anaknya sendiri cuma cara setiap ibu
itu berbeza.
Hubungan Ezrakil-Farafeesa pada awal-awal
cerita ok, tapi bila dah jadi suami isteri macam out sedikit. Aku la kot rasa begitu haha.
Penyakit SLE Farafeesa habis begitu saja
ke? Selepas bersalin ia ‘baik’ sendiri kah? Atau aku ada tertinggal apa-apa
nota penting tentang SLE ini?
Keseluruhannya masih ok. Kiranya edisi boleh
hadam kerana ini buku pertama EM yang aku baca jadi tiada bandingan dengan
novel beliau yang lain. InsyaAllah ada rezeki, akan dicari novel-novel
seterusnya.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan