Transit Cinta
Iqbal Syarie
ISBN: 9789670201276
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Februari 2012
Halaman: 390
Harga: RM20
Halaman: 390
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
setiap manusia punya sejarahnya,
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan [blurb novel]
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan [blurb novel]
Aku suka betul dengan blurb di halaman
belakang novel ni. Tak tahu kenapa tapi ia beri satu inspirasi :D
Orang kata pengalaman mematangkan fikiran.
Aku setuju kerana dalam naskhah kedua coretan adinda Iqbal, ternyata isinya
lebih ummphh. Menggunakan dunia penerbangan sebagai jalan cerita, penulis
nampaknya lebih senang melarikan penanya. Mungkin ia lebih mudah kerana itu
dunia encik penulis :D
Akiff Firdaus, anak muda yang mahu bangkit
selepas berdepan dengan kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas
udara. Akiff ada Tok Ayah, Nenek, keluarga Pak Ngah &
Paksu Man yang senantiasa menjadi tulang belakangnya dalam meneruskan
hidup. Walaupun pada asalnya dia tak betah dengan semuanya, akhirnya dia temui
sesuatu. Sesuatu yang berjaya memulihkan hatinya dengan pantas.
Aku suka melihat hubungan Akiff dengan Ben
Hafiz [Ben]. Bagaimana Akiff sabar mengajak temannya itu ke jalan Allah. Dan
bagaimana juga Ben begitu tegar membiarkan ajakan Akiff itu. Ia, hidayah bukan
di tangan kita. Namun kedua-duanya tak pernah bermasam muka. Buatlah baik tanpa
perlu kau kira berapa banyak kebaikan yang telah kau lakukan. Tertanya-tanya
sama ada apakah aku sudah cukup baik dengan para teman di sekeliling? *wink*
Aku tertarik dengan kisah Puteri Nur Diana
[Diana]. Sesiapa pun kita akan diuji. Dan bila jatuh, apakah kita mampu untuk
terus berdiri? Dari seorang gadis yang mencintai Tuhan, dia berubah 360 darjah!
Apakah luka di hati Diana begitu perit hingga dia seakan menidakkan takdir yang
tertulis? Baik Akiff yang terlalu cepat menghukum atau pun Fatihin yang sabar
mentarbiah Diana kembali, nyata aku lebih suka gandingan Diana-Akiff kih5
Dan aku juga suka dengan pengakhiran
naskhah yang sarat dengan pengisian ini. Pengakhiran yang baik untuk Akiff, Ben
dan juga Diana. Apatah lagi novel ini dipenuhi dengan tazkirah yang diselitkan
dengan penuh bijaksana. Penulis tidak membiarkan aku 'lemas' dalam setiap
tazkirahnya. Dan aku amat sarankan pada para pembaca. Bacalah untuk mengetahui
ke mana cinta itu 'ditransitkan' oleh Iqbal Syarie :D
Ps: Mungkin lepas ni Iqbal boleh 'bercerita' tentang Sarah [adik Diana] yang 'tertinggal'
di bumi Aberdeen? ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan