Comolot
Hilmi Lona
ISBN: 9789670954561
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Julai 2016
Halaman: 326
Harga: RM21.90
Halaman: 326
Harga: RM21.90
~ Rasaku… ~
Not so bad.
Lama tak baca buku
keluaran Fixi, dan aku pilih ini kerana tajuknya. Teringat masa belajar dulu,
kawan-kawan suka guna istilah comolot ni -- melambangkan betapa ‘geng’nya
mereka.
Aku suka dengan idea
penulis. Ingat senang nak gabung manusia dan segala jenis entiti paranormal
lain? Bravo!
Plotnya mengisahkan
dunia si manusia biasa, Kerabat Dia Pandora dan Puaka (makhluk alam ghaib).
Dan, jangan lupa si Komolot. Eh, ni watak penting tau! Ketiga-tiganya dijalin
dengan kemas walaupun ramai sangat karakter yang diketengahkan. Cuma, mungkin
ada masanya keliru kerana terdapat selingan imbas kembali di antara bab.
Aku suka watak Che
Baya tu. Lagi-lagi bila sampai dia dipanggil Nenek Kebayan. Laaaaaa *wink*. Kisah anak-anaknya pun
menarik. Memang kena baca sampai habis. Cuma awal-awal tu, hmm… memang buku Fixi sangat. Nak buat bagaimana. Tapi aku kira
kalau tiada pun, ianya tak mencacatkan cerita ini.
Tapi ya, ada beberapa
persoalan yang aku musykil (atau ada yang aku terlepas pandang). Contohnya:-
- Anak Che Baya tu, aku rasa dia tak mati. Tapi mana?
- Kisah Fairuz [baca: Zee]. Wataknya ‘muncul’ tiba-tiba saja.
Asal-usul tak diperinci dengan lebih jelas, terutama yang mana katanya
benci sangat dengan kaum sejenis yang menjadikan dia begitu.
- Asal usul Kerabat Dia Pandora pun tak diceritakan sangat. Bagai
manusia biasa, tapi ada kuasa luar biasa.
- Dendam Komolot. Ha, ni sebenarnya paling utama, kalau tak
memang tiadalah cerita ni, kan?
- Watak Mak Emboh tu something
sangat. Dia sangat membantu Delima, tapi yang ‘kejahatan’ dia tu... ya ampunnn!
Ending?
Haihh.. kena sambung lagi ni. Twist yang buat tak senang duduk haha. Watak Leyla tak kan habis camtu je? Nak tahu juga punca
kenapa dia jadi sampai begitu.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan