Panggil Aku Dahlia
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING
~ Rasaku… ~
Ngee~ Inilah novel pertama Kak Su yang ada dalam koleksi aku. Yang sebelum ni aku cuma mampu pinjam je kat library. Sebabnya tulisan Kak Su kebanyakannya terbitan Creative, dan aku waktu dulu-dulu tak mampu nak beli hik3 lalala5
Macam biasa Kak Su penuh dengan humor. Ayatnya cukup simple, tak perlu nak berbelit-belit. Bunga-bunga bahasa pun rasanya mudah sangat nak difahami. Kisah ni tentang Dahlia, ha tepat sangat la dengan tajuknya ni. Apa lagi dengan covernya yang cukup menggambarkan bunga dahlia itu sendiri.
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!
Happy reading (^-<)