Istana
PENULIS: CUCURATAP
TERBITAN: http://cucuratap.blogspot.com/
~ Rasaku… ~
Kali ni cerita Cik Cucur yang dah berkurun dah aku rasa. Cuma aku je yang selalu je lambat, ketinggalan nak baca hahaha
Permulaan ceritanya menarik. Ya lah, boleh pula ada gadis yang nak bertunang semata-mata kerana idamkan sebuah i-Pod Touch. Nasib baik ada Wawa, maka Ana tak lah mengarut sangat. Tapi apa pun kedua-dua sahabat ni memang sekepala, sama-sama geng masuk air. Wawa ni layan je idea yang entah apa-apa yang keluar daripada mulut Ana hahaha
Perbualan mereka di Delifrance rupanya didengari oleh Ikram. Dan memang tak disangka ada pula proposal untuk Ana. Ikram bagi cadangan yang memang tak masuk dek akal. Dia mahu belikan Ana i-Pod tu dengan syarat Ana akan menjadi isterinya. Kiranya kahwin! Gila lah! Kalau aku lah jadi Ana dah memang cabut lari punya. Dah lah tak kenal, tiba-tiba datang depan kita dan ajak kita kahwin.
Tetapi rupanya Ikram tak pernah berbohong. Pertemuan kedua diaturkan. Di saat itu Ikram mencadangkan agar mereka berkawan dulu. Belajar bercinta lebih kurang untuk sama mengenali antara satu sama lain. Ana gadis yang sering saja blur tak mampu nak kata tidak. Jadi bermulalah episod cinta Ana dan Ikram.
Kalau nak tahu Ikram ni somebody tau. Sebab tu Ana rasa macam tak padan je. Tak akan lah senang-senang je boleh suka kat dia yang biasa-biasa tu. Tapi apa pun Ikram memang sweet talker. Mudah je dia panggil Ana tu Love. Kiranya mudah juga lah hati Ana tu cair :)
Cuma kemunculan Awalludin menyebabkan dunia cinta Ana yang indah itu bertukar kelam. Kata-kata Awalludin yang juga sepupu kepada Ikram pahit untuk ditelan. Kenyataan kah itu? Penjelasan dicari tetapi salah faham juga yang muncul. Ana menghilangkan diri dan Ikram gagal untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Apa kesudahan cerita cinta antara dua darjat ini?
Kisah garapan ini nampak comel dan mudah dihadam. Apatah lagi susunan ayat yang teratur. Cuma rasanya cerita ini seperti terlalu cepat ke klimaksnya. Mungkin ia terlalu terburu-buru dinoktahkan. Andainya cerita ini diperkembangkan lagi ia akan jadi lebih menarik. Walau apa pun hasil tulisan penulis ini memang tak pernah mengecewakan. Aku cukup terhibur :))
Ps: Moga manuskrip 'Kamu Indah' dapat dijadikan kenyataan. Selamat berkarya :D
Happy reading (^-<)