Mama Mia Saza
airina
9:52 PG
0 Comments
Mama Mia Saza
Emy Roberto
ISBN: 9789671174111
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 512
Harga: RM22
Halaman: 512
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Full review: 19/11/2015
2.5*
Hmm.. sayangnya bila dah baca karya keduanya
yang memikat, buku pertamanya ini aku cuma katakan ok-ok saja.
Suka? Ya,
ada beberapa yang aku suka. Misalnya hubungan ibu dan anak. Penulis berjaya
memotretkan hubungan antara Maya dan Mia Shaza dengan baik sekali, sepertinya
aku percaya akan kewujudan dua beranak yang ‘kehilangan’ ini. Syabas!
Aku juga
suka dengan gaya penceritaan. Ceritanya pantas bergerak... tau-tau sudah sampai
ke penghujung cerita. Ada flashback dan semuanya dilakarkan dengan baik sekali.
Tapi
sayangnya aku terganggu dengan ‘campur tangan’ yang boleh dikatakan ada di
setiap bab. Sekali, ok boleh terima tapi kalau banyak kali jumpa. Pheww... *tarik nafas*. Misalnya; “tak
senonoh okey – halaman 13”, perkataan okey tu saja dah bikin mood aku terbang
melayang.
Keduanya,
aku tak ‘faham’ akan kehendak Maya. Berikrar setia menanti sang suami, tapi
bila sudah jumpa Syazwan amarahnya tak surut-surut juga. Dan, bila talak sudah
dilafazkan, barulah jatuh-terjelepuk-tak-mau-bangun-bangun. Hubungannya dengan
Nadia yang dulunya rapat pun renggang akibat hal ini. Tolak satu lagi markah
kerana seakan reda dengan kejadian ‘putus kawan’ ni. Hmm, bagaimana ya mahu aku
katakan? Watak si Maya tak seutuh Rafeeqa.
Apa pun
tahniah! Ternyata penulis begitu berhati-hati menyampaikan isi penghijrahan. Ada
beberapa part yang menyentuh hati. Dan, Emy Roberto, saya tunggu novel awak
seterusnya. You go, girl!
Happy reading (^-<)