2 x 5
airina
11:50 PG
4 Comments
JUDUL: 2 x 5
PENULIS: AREILA SAHIMI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: AREILA SAHIMI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
~ Rasaku… ~
Satu-satunya yang aku perasan tentang kelebihan penulis ini adalah keupayaannya dalam memanipulasikan tagline iklan sedia ada. Sungguh ia kelihatan amat menarik apabila sudah disusun menjadi ayat. Kelakar pun ada juga. Bermula daripada novelnya yang pertama dan disusuli novel terbaru ini, aku kira ia sudah jadi satu trademark untuk Areila Sahimi :)
Novel kedua kali ini mengisahkan tentang pasangan yang baru berkahwin. Oh, bukan kahwin kerana cinta ok! Tapi kerana percaturan antara dua keluarga. Ahmad Zaim [Zaim]; trauma sebab ditinggalkan bakal isteri ketika hari perkahwinannya. Jadi sejak hari itu dia mengelak daripada menyebut hal-hal kahwin. Ibunya memang tak betah melihatkan anaknya membujang sampai ke tua. Makanya dicarikan pengganti.
Syakirin anak jiran sebelah dirisik. Haru! Mana la Zaim tak haru bila melihatkan calon pilihan ibunya. Dia tak berkenan sangat pada Syakirin tu. Tetapi apa boleh buat, kalau ibu dan ayah dan mendesak. Dia akur. Aku suka scene masa nak beli barang hantaran. Bukan main lagi si Syakirin. Habis ditarahnya Zaim. Kalau Zaim menolak dia mula ugut nak call emak Zaim, jadi nak nak tak nak dilayan juga. Beribu-ribu habis, nasib hang lah Zaim hahaha
Di awal perkahwinan mereka ni memang biasa-biasa je. Adatlah kahwin tanpa cinta jadi seorang ke hulu yang lagi seorang ke hilir. Tetapi akhirnya Zaim mengalah juga. Tak dapat nak mengelak daripada jatuh cinta pada bini sendiri. Namun sayangnya kisah cinta pasangan ini diduga. Kedatangan Sofea; bekas kekasih Zaim menyebabkan Syakirin dilanda cemburu yang maha hebat.
Sofea cuba dekat-dekat dengan Zaim. Menceritakan kisah sebenar mengapa dia lari dari hari perkahwinan mereka. Kehadiran anak Sofea pula mencuit hati Zaim. Mereka sering berhubungan dan tanpa disedari Syakirin berjaya mengintip jejak mereka. Hatinya hancur. Masakan boleh melawan kehebatan Sofea yang pernah menjadi ratu di hati Zaim. Sedangkan dia gadis yang biasa-biasa saja.
Ikutkan cemburu Syakirin itu bersebab juga lah. Yalah suami sendiri digoda bekas kekasih lama. Tetapi tahap cemburu yang melampau itu membebankan Zaim. Sudah puas dijelaskan tetapi Syakirin tetap begitu. Bermula dengan pertengkaran kecil akhirnya ia merebak menjadi besar. Kemuncaknya di malam Syakirin ditampar oleh Zaim. Adusss, apalah Zaim ni! Malam itu juga Syakirin keguguran. Zaim pula hilang entah di mana.
Berita Syakirin keguguran menyentap hati Zaim. Bukan sengaja nak menampar isterinya itu tetapi dia sudah hilang sabar. Syakirin dijejaki. Kemaafan diminta. Tetapi hati Syakirin terlalu beku. Kerasnya si isteri menyebabkan hubungan mereka kembali seperti dahulu. Zaim berusaha pelbagai cara untuk memujuk Syakirin. Akan berjayakah?
Ha, kalau nak tahu Zaim ni adik Zain. Ala Zain yang dalam BPMA tu. Rindu pula dengan pasangan sejoli tu. Entah apa kisah mereka hik3 lalala5 Novel kedua menunjukkan penulis semakin matang. Plot cerita sudah semakin kemas dan tidak begitu meleret. Tahniah :)
Ps: Teringat pula pada makcik-makcik aku yang berkenan sungguh dengan penulis ini. Wah, sudah jadi pilihan kegemaran ya!
Happy reading (^-<)