Aktviti Membaca!

Isnin, 11 September 2017

Himpunan Puisi Palit Merah Jambu

Himpunan Puisi Palit Merah Jambu
Aima Chan

ISBN: 9789670707082
Penerbit: October
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 201
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Review pertama walaupun ini naskhah ketiga dalam cabaran GR 2016, dan aku sebenarnya masih berhutang berbelas-belas review 2015 haha *smirk*

Hmm, apa harus aku bilang?
Puisi... yes, it’s not my forte.
Tapi, aku suka puisi. Cuma, mungkin kali ini, kompilasi ini bukan jenis teh yang aku suka. Mungkin, jangkaan aku melebih-lebih. Ya, jadinya aku ‘tersangkut’ antara suka dan tak suka.

Tiada masalah dengan ritma atau apa cuma aku kurang suka bila dalam satu puisi, perkataan bahasa Inggeris dicampur-campur dengan bahasa kita, walaupun sudah di-italic-kan. Tak tahu, mungkin aku saja yang mengada-ngada hal ini. Tapi, itulah... aku rasa bahasa kita sudah cukup cantik seninya, kenapa kita perlu rojakkan dengan bahasa lain? Lainlah, kalau puisi itu ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, aku lebih menggemari begitu.

Beberapa kesalahan ejaan yang mulanya sikit, tapi makin ketara di catatan seterusnya. Sedikit menganggu kosentrasiku. Kemudiannya ada beberapa perkataan yang beri makna berbeza. Misalnya; ‘angels’ dan ‘angles’. Boleh diperbaiki untuk cetakan seterusnya.

Apa pun, aku suka catatan ini. Bagai kena dengan situasi diri;

 
Himpunan Puisi, Catatan Peribadi  

Mimpi Mimpi besar wahai khalifah di Bumi yang nyata 
Walau impian kau setinggi Puncak Mandala 
Dan kau hanya 154 sentimeter sahaja.

Dan, terima kasih sebab berjaya buat aku google apa itu – mini cut out / smocked & mini night skirt haha.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))