Sesungguhnya... Dia Lelaki Pelindungku
Wan Rohayu
ISBN: 9789670657141
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 579
Harga: RM24
Halaman: 579
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Aku bagi extra 1* untuk ending..
aku suka ending. Kalau yang lain? Aku rasa ianya sungguh melodrama. Haihh...
dah ada gaya sinetron. Dan, untuk itu aku tabik dengan kesungguhan aku sendiri
dalam menghabiskan novel ini hahaha :P
Full review: 23/11/2015
Hmm... mungkin ianya tidak kena dengan selera, atau aku mungkin
konservatif. Tapi, ini yang aku nampak:-
1. Pergaulan bebas pasangan. Walaupun
mungkin anda sepupu, ianya masih tak menghalalkan pasangan itu untuk
berpegangan tangan mahupun berpeluk sakan. Bercinta, bertunang atau apa saja
bukan tiketnya. Malah, kalau heroinnya bukan bertudung pun, aku masih mahu
katakan -- jagalah maruah anda wahai sang gadis! Cinta bukan takat suka-suka,
ia membawa tanggungjawab ke bahu anda!
2. Watak lelaki sang pelindung. Seperti ada
yang tak kena, tak pasti. Tapi si Daris yang aku kira baik pun tidak seputih
mana. Ya, benar... lelaki dan nafsunya. Tapi, hmm... okay, I reserve my comments.
3. Melodrama -- dirogol, aku terima.
Kemudian berkahwin dan diceraikan, aku terima lagi. Kemudian ibu bapa
meninggal, family Zara jatuh muflis,
Zara hidup merempat bak pengemis, anak tidak dianggap anak [amnesia akibat
traumatik] blablabla... pheww, memang
ada gaya sinetron. Daripada perasaan kasihan pada heroin, tapi akhirnya ianya
jadi zero. Tak pasti kenapa. Mungkin
aku ‘letih’ membaca tiap perkara tragis yang menimpanya.
4. Aku tak jumpa titik penyesalan watak-watak.
Ia, ini bukan kisah islamik. Tapi, at
least ada rasa sesal di hati Qaiser dan kembali pada sang Pencipta. Atau,
mungkin Zara... setelah diuji dan diuji, kenapa tidak kembali pada fitrah kita
sebagai hamba-Nya? Kalau aku terlepas pandang, aku minta maaf.
Tapi, aku suka ending. Aku kira ianya cukup ‘cantik’ buat ketiga-tiga watak. Dan,
ya... jujurnya aku lebih menyukai novel pertama penulis.
Sekali lagi, ini pandangan peribadiku.
Jangan mudah terpengaruh dengan pendapatku. Baca dan kemudian letaklah
penilaian anda sendiri.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan